Rasisme – Retorik DAP Burukkan Sistem Sekolah Satu Aliran

 

kula_politikkaum-650x340
DAP Tolak Sekolah Satu Aliran – Siapa Yang Amal Rasisme?

 

Democratic Action Party (DAP) mendakwa sistem politik dan dasar yang berasakan kaum merupakan punca rasisme di Malaysia menurut Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M.Kula Segaran. Beliau membidas kenyataan ahli akedemik Prof. Dr Teo Kok Seong yang merumuskan sistem pendidikan pelbagai aliran merupakan faktor utama kepada masalah antara kaum di negara ini.

  • Teo Kok Seong merupakan Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia

Kula Segaran yang menyelar kenyataan Kok Seong yang menyarankan agar kerajaan mewujudkan sistem sekolah satu aliran bagi menggantikan sekolah vernakular. Kewujudan sekolah vernakular merupakan antara penyumbang sikap rasisme dikalangan rakyat kerana pergaulan yang terbatas hanya dengan satu kaum sahaja dan ini tentunya tidak memupuk kefahaman antara kaum seawal usia muda.

DAP sebagai sebuah parti sekular sosialis tidak perlu gusar dengan cadangan Kok Seong untuk kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran. Semangat muhibbah antara kaum dalam Malaysia pasti akan terlaksana apabila cadangan itu diluluskan oleh kerajaan demi persefahaman dan seruan kerajaan yang mahukan rakyat bersatu padu tanpa mengira kaum atas semangat 1Malaysia.

Perlu diingatkan selama 50 tahun, DAP mengamalkan sikap pilih kasih didalam parti kerana tidak pernah melantik wakil dari kaum lain sebagai Setiausaha Agung melainkan Lim Kit Siang dan kemudiannya di warisi Lim Guan Eng. Menurut senarai pemilihan CEC DAP 2013, hanya 3 orang dari kaum lain berada dalam senarai yang dikuasai hanya satu kaum.

Rekod pemilihan 20 tempat teratas pemilihan semula CEC Kongres Khas DAP 2013 dari laman rasmi DAP Roketkini.com

  1. LIEW CHIN TONG –  1438
  2. LIM KIT SIANG – 1436
  3. KARPAL SINGH – 1421
  4. GOBIND SINGH DEO – 1409
  5. LIM GUAN ENG – 1304
  6. CHONG CHIENG JEN – 1294
  7. LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) – 1263
  8. CHOW KON YEOW – 1203
  9. FONG KUI LUN – 1193
  10. TENG CHANG KHIM – 1164
  11. PUA KIAM WEE (TONY) – 1158
  12. ZAIRIL KHIR JOHARI – 1132
  13. KOK SUH SIM (TERESA) – 1127
  14. CHONG ENG –  1111
  15. M. KULA – 1088
  16. TAN KOK WAI – 1088
  17. TEO NIE CHING 1081
  18. BOO CHENG HAU 961
  19. NGA KOR MING 956
  20. NGEH KOO HAM 809

Kula yang meminta Kok Seong menghormati Perlembagaan yang membenarkan kaum lain mengamalkan bahasa ibunda dan hak lain perlu memandang kepada DAP sendiri kerana mereka tidak mengamalkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sebagai bukti, kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri melakukan penindasan terhadap kaum lain apabila menghalang perarakan Maulidur Rasul serta meminta pihak surau dan masjid memperlahankan laungan azan menggunakan pembesar suara. Penindasan ketara DAP terhadap kaum lain juga jelas terjadi kepada peniaga jalanan apabila mereka di halang dari menjalankan perniagaan tetapi satu kaum lain tidak pula di halang.

Pecah dan Perintah juga diamalkan DAP Pulau Pinang apabila secara halus menghalau kaum bumiputera dari Pulau ke Seberang Prai dengan menaikkan harga hartanah hingga hanya menjadi rumah ‘mampu lihat’ sedangkan kerajaan sebelumnya telah merizabkan kawasan untuk pembinaan rumah rakyat mampu milik.

Pengambilalihan tanah secara tidak adil juga dilakukan kerajaan DAP dalam projek Mega DAP di P.Pinang. Banyak persoalan timbul selama DAP memerintah P.Pinang dan perkara ini disorokkan dari pengetahuan rakyat kerana DAP sering mendakwa mereka telus kepada rakyat namun sebaliknya yang terjadi. Kisah seorang ADUN dari PKR yang merintih kepada kerajaan DAP semasa Sidang Dewan Undangan juga membongkar sikap sebenar DAP terhadap kaum bumiputera.

Kula yang tidak memahami semangat 1Malaysia hanya berpegang kepada konsep Malaysian Malaysia yang di doktrinkan DAP kepada ahlinya untuk mewujudkan sebuah negara sosialis sekular. Pastinya impian DAP itu akan diterapkan jika mereka menguasai Putrajaya dengan bantuan sekutu di dalam Pakatan Harapan.

Konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak sebenarnya memupuk kembali semangat muhibbah antara kaum di Malaysia dan DAP tidak mahu melihat ini terjadi kerana beranggapan konsep ini akan memudaratkan dan menyukarkan mereka untuk menabur dakyah palsu terhadap kerajaan.

Konsep sekolah satu aliran sebenarnya baik untuk rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum bagi memastikan kefahaman antara kaum berlaku dengan baik dan seterusnya meningkatkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.

Inilah konsep yang ditakuti DAP dan mereka akan terus berusaha menggagalkan metlamat menyatupadukan kaum di Malaysia kerana mahu memerintah Malaysia secara sekular kelak.

Rakyat Malaysia yang cintakan negara pastinya mahu perpaduan kaum dipupuk dari peringkat kanak kanak dan ini akan memastikan Malaysia terus berdaya saing tanpa ada perasaan curiga antara kaum demi membangunkan tanahair tercinta.

Kula Segaran perlu melihat cermin sebelum membidas pandangan ahli akedemik yang berusaha menyatukan rakyat Malaysia dan beliau sepatutnya membetulkan DAP dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan ‘bodoh’ mengenai rasisme.

DAP

 

 

Gobind Deo Tidak Berani Desak Siasat DAP

Gobind Singh Deo Ahli Parlimen DAP Puchong yang lantang bersuara mendakwa dan membidas Kerajaan Pusat kononnya melakukan penyelewengan dan ketirisan sepatutnya berasa malu dengan dirinya sendiri dan partinya yang hari ini kerana kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor yang sebenarnya sedang berdepan dengan masalah ketirisan,pembaziran wang rakyat dan pengagihan projek-projek kepada kroni pihak-pihak tertentu sahaja. Dan ianya ‘dibocorkan’ oleh kepimpinan mereka sendiri.

Baca: Skandal Rasuah Mega Kerajaan Pulau Pinang, Pengakuan Bekas Pemimpin DAP Terima Latihan Di Israel

Pendedahan salah laku terhadap kegagalan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yan didedahkan sendiri oleh individu-individu yang berada dalam DAP dan PKR langsung tidak diambil peduli oleh pimpinan atasan kedua-dua parti tersebut.

Antara pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP……….

BACA SINI

DAP Pulau Pinang Beri Hutan Paya Bakau Kepada ‘Penderma Dana’?

LEBIH kurang 500 nelayan pantai di Kuala Sungai Pinang dan Kuala Jalan Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang terjejas teruk sumber pendapatan mereka berikutan pelaksanaan projek ternakan udang yang dilakukan secara berleluasa di kawasan itu.

Baca: Projek Laluan Basikal Pulau Pinang RM30 Juta, SPRM Tidak Berminat?

Baca: Wujud Unsur Rasuah Ratusan Juta Ringgit Dalam Projek Tambak Laut Pulau Pinang?

Projek tersebut bukan saja memusnahkan beratus ekar kawasan hutan paya bakau yang menjadi tempat pembiakan hidupan laut tetapi juga telah mencemarkan zon tangkapan nelayan-nelayan berkenaan mencari rezeki.

Sisa buangan kolam yang mengandungi bahan kimia dibuang ke perairan oleh pengusaha projek ternakan udang telah menyebabkan berbagai spesies hidupan laut yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan terbabit telah berkurangan dan…………….

Baca Sini

DAP Ada ‘Barua’ Dalam Agensi Kerajaan?

Dap0.7Pengaruh DAP terhadap penjawat awam semakin kuat setelah pelbagai propaganda mengenai kelebihan parti tersebut sering di gembar-gemburkan oleh wakil dari kaum Melayu yang bergerak aktif dalam parti. Sejak dari penubuhan parti serpihan People Action Party (PAP), Lim Kit Siang tidak pernah jemu untuk menanam rasa bencikan kerajaan Umno pada setiap ahlinya.

Ditubuhkan pada 11 Oktober 1965, DAP asalnya dinamakan Parti Demokratik Sosialis pada 18 Mac 1966 melancarkan The Rocket sebagai bahan propaganda untuk mempengaruhi rakyat. Pada tahun yang sama DAP menyertai 55 parti sosialis dalam ‘Socialist International’ dan menyertai Persidangan Sosialis di Zurich,Switzerland.

Dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘Malaysian First’, DAP kini mengorak langkah membuka ruang kepada kaum bumiputera untuk bersama mereka menjayakan agenda parti. Walaubagaimanapun pemerhatian dalam senarai CEC DAP mendapati hanya terdapat 6 orang sahaja dari kaum Melayu menduduki senarai terataas di pusat. Manakala di peringkat negeri pula Tengku Zulpuri dari Pahang mewakili kaum Melayu dan selebihnya dari kaum lain. dap000

Selama menjadi parti politik dalam Malaysia, DAP mengekalkan rekod cemerlang mereka dengan hanya seorang Setiausaha Agung yang memegang jawatan itu berdekad lamanya. Malah lebih hebat lagi sumber kewangan DAP tidak pernah didedahkan oleh mana mana pemimpin parti itu kepada ahlinya sendiri. Kerahsiaan dana politik yang menjadi tanda tanya tidak diulas oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kini tercabar dengan pendedahan oleh bekas ahlinya sendiri.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga enggan mengulas pendedahan yang dibuat mengaitkan dana politik DAP yang dikatakan datang dari Israel, dan sebagai balasan Port Dickson ditawarkan menjadi pengkalan untuk negara yang menyalurkan dana kepada DAP. Terdapat sumber mengatakan sumber dana politik DAP juga datang dari kelab lumba kuda.

Sila Baca Di Sini : http://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2015/08/dana-dap-dari-kelab-lumba-kuda.html

Mengapa DAP tidak berani mendedahkan sumber mereka dan hanya menuding Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mendedahkan dana yang didermakan oleh individu dari Timur Tengah. Isu penderma telah selesai baru baru ini dan pihak SPRM diarahkan menutup kes tersebut.

Sila Baca Di Sini : http://www.bicara.news/dana-politik-rm2-6-b-hadi-awang-sokong-tidak-berbelah-bagi-kepada-pm/

Krisis CEC DAP yang masih tidak selesai hingga kini juga agak pelik. Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bermain tarik tali dalam kes yang membabitkan DAP dan seperti memihak kepada kemahuan DAP dengan membiakan perkara ini berlanjutan. Apakah ada individu didalam ROS turut terlibat melengahkan keputusan mengenai kesahihan mesyuarat DAP, atau lebih memburukkan keadaan ROS juga mengikut jejak langkah individu didalam SPRM.

Sila Baca Di Sini : http://www.bicara.news/isteri-kedua-pegawai-sprm-guna-suami-ambil-alih-syarikat-abg-kandung/

DAP juga perlu didesak menjelaskan sumber dana politik mereka kerana perbelanjaan untuk pilihanraya dan sebagainya memakan jumlah yang agak besar. Beranikah SPRM menyiasat sumber dana DAP serta kelewatan ROS dalam menyelasikan krisis CEC DAP. Rakyat memerhati dengan penuh minat setelah pelbagai isu yang melanda politik Malaysia dan sebarang kejutan sememangnya dinantikan.

Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan juga enggan menjelaskan sumber dana mereka kerana tidak mahu disiasat SPRM. Malah PKR menggunakan projek Pintu Gerbang Selangor untuk mengalih perhatian sumber dana politik mereka dengan menyatakan ada penderma yang membiayai projek berharga Rm9.8 juta. Taktik PKR berjaya mengelakkan mereka dari disiasat oleh SPRM dan hingga kini tiada siasatan dilakukan terhadap pembaziran yang terjadi kepada wang rakyat. Jumlah dana politik DAP dikatakan mencecah berbillion ringgit pula senyap dan tiada tindakan proaktif SPRM untuk melakukan sebarang siasatan mendatangkan persoalan kepada rakyat.

Sila Baca Di Sini : http://www.bicara.news/dap-bangga-akui-berjaya-wujudkan-persepsi-negatif-terhadap-kerajaan-pusat/

DAP yang menaja Parti Amanah Malaysia (PAN) tentulah telah menyediakan sejumlah besar dana untuk memastikan hasrat mereka sejak penubuhan parti tercapai. Malah dengan memilih bekas pemimpin dari PAS, DAP ternyata berjaya merealisasikan impian tanpa disedari kaum Bumiputera. Ternyata PAN merupakan satu lagi bahan eksperimen DAP untuk menjatuhkan demokrasi yang subur di Malaysia.

Mampukah SPRM dan ROS menyelasikan perkara berbangkit mengenai DAP ini. Dari pemerhatian yang dilakukan dikhuatiri pengaruh DAP terhadap ketelusan dan intergriti kedua-dua agensi terbabit amat kuat hingga hampir tiada tindakan dibuat keatas DAP.

 

 

Guan Eng vs Nasrudin – Siapa Bohong?

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan hampir melanggar syarat-syarat penyelesaian luar mahkamah dalam saman fitnah yang difailkan olehLim Guan Eng ke atasnya, kata peguam Syahredzan Johan.

Berikutan penyelesaian di luar mahkamah mereka, Syahredzan menjelaskan, satu-satunya maklumat yang boleh didedahkan adalah hanya syarat-syarat penyelesaian dan tidak apa-apa lagi, melainkan jika pihak-pihak berkenaan juga bersetuju supaya syarat-syarat penyelesaian juga tidak didedahkan.

Perbincangan berhubung syarat penyelesaian itu hanya khusus kepada pihak-pihak yang terbabit dalam pertikaian itu, iaitu peguam mereka dan hakim perbicaraan tersebut.

Baca: Siapa Berbohong dan Siapa Merayu: Nasrudin Atau Guan Eng?

Klik Sini:http://www.bicara.news/category/politik/

Tidak Puashati-Tony Pua Sentuh Sensitiviti Islam?

DAP menuduh pemimpin PAS tidak menerima ajaran Islam yang tepat oleh guru-guru mereka kerana tidak menunjukkan akhlak seperti seorang ahli agama yang sewajarnya.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mendakwa, pemimpin PAS menonjolkan sikap bukan ahli agama kerana masih mendabik dada walaupun selepas mengakui memfitnah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Jelas dah mengaku membuat tuduhan tanpa asas. Katanya dah kesal dan tarik balik. Kena bayar kos lagi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Tapi selepas tu, mendabik dada antara pemimpin PAS. Dah fitnah orang, tak menunjuk perasaan kesal langsung, tapi mengucap tahniah pula. Akhlak dan tabiat sebegini, ada ikut agama ke?…………….

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/politik/

DAP Pantai Sepang Putra Dibubarkan

DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, di sini dibubarkan selepas kesemua 25 anggota cawangan itu mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Bekas setiausaha cawangan terbabit, N Thanaletchumi berkata keputusan itu dibuat selepas semua anggota cawangan tersebut hilang kepercayaan kepada parti ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Kami anggota DAP cawangan Pantai Sepang Putra sebulat suara mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa hari ini, katanya pada sidang media di sini.

Beliau mendakwa, pemimpin DAP hanya datang bertemu mereka ketika memerlukan sokongan pada pilihan raya umum dan semasa pemilihan parti.

Menurut Thanaletchumi beliau sudah menghantar surat mengisytiharkan keluar………………….

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/politik/

DAP Jual Tanah Rakyat Kepada Siapa?

Setelah pendedahan hubungan rapat kerajaan DAP Pulau Pinang dengan Israel didedahkan, kini satu lagi skandal penyalah gunaan kuasa pula didedahkan oleh satu sumber yang rapat dengan kerajaan negeri itu baru-baru ini.

Seperti sedia maklum, DAP telah berjaya menawan Pulau Pinang sejak Pilihanraya Umum ke 12 lagi. Sejak itu, pelbagai cerita timbul hasil kerakusan pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Bermula dengan tidak berminatnya kerajaan negeri Pulau Pinang membina rumah mampu milik bagi rakyat Pulau Pinang, kini isu penjualan tanah pula menjadi sebutan.

Sepanjang pentadbirannya, lebih 1,100 ekar tanah……………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/pandangan/

Dinasti Lim Berakhir PRU14?

Amat mengejutkan apabila sebuah akhbar Cina melaporkan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk Chew Jetty, yang membantah cadangan kerajaan negeri untuk menganjurkan Festival Kesenian & Kebudayaan di kawasan terbabit.

Menurut laporan akhbar terbabit, Guan Eng telah melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk Chew Jetty dengan mengatakan penduduk disitu tidak mempunyai hak untuk membantah festival terbabit diadakan kerana tanah di kawasan itu bukan milik bapa diorang!!

Sememangnya biadap apabila Guan Eng melemparkan kata-kata begitu kepada rakyat di bawah pemerintahannya. Walaupun kawasan yang mahu diadakan festival anjuran kerajaan…………………….

Baca Seetrusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Mat Sabu Ugut Siapa?

Seolah-olah sudah muak dengan perangai rakan pakatan baru, Kerajaan negeri Selangor menyelar parti Mat Sabu bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai masa untuk melayan karenah mereka yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi untuk ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), kata ahli exco kanan, Datuk Teng Chang Khim.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan terjejas jika PAN enggan menerima lapan kerusi majlis tempatan yang diperuntukkan itu.

“Kerajaan negeri tidak kisah kalau PAN tidak mahu terima tawaran lapan kerusi PBT berkenaan. Kita akan serahkan semula kepada PKR, PAS dan DAP untuk uruskan seperti sebelumnya.

“Kita tidak ada masa untuk layan semua ini. Lagipun tak nak timbul gangguan tugas harian peringkat PBT, buat masa ini terimalah dahulu lapan kerusi itu tapi kita harap………………………

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/