Turun 10sen Pada Hari Terakhir 2015.

HARGA petrol RON95 dijangka turun 10 sen seliter malam ini. Ianya berkemungkinan akan dijual pada harga RM1.85 seliter.

Ini berdasarkan laporan harga minyak mentah, Brent bagi Disember 2015 yang diterjemahkan secara anggaran kepada harga MOPS RON95 bagi minggu terakhir Disember 2015 menggunakan kadar tukaran matawang semasa.

Berita selanjutnya menyusul kemudian.

 

Sumber Dari :http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Banjir : Semua Pusat Pemindahan Di Terengganu Telah Di Tutup.

Bilik Gerakan Bencana Banjir Daerah Kemaman hari telah ditutup secara rasminya pada jam 2.30 petang ini. Walau bagaimana pun agensi penyelaras yang bertanggungjawab sentiasa bersiapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan pada setiap masa.

Berita itu disampaikan menerusi sekeping surat yang dilampirkan kepada media serta ditandatangani oleh Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Pembangunan Masyarakat Mohd Azmi Mamat.

Sehubungan dengan itu semua pusat pemindahan banjir telah……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

1MDB Hampir Selesai….

1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah mengumumkan penjualan 60% daripada ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd.

Perjanjian itu telah diumumkan selepas sebuah tender antarabangsa terbuka –yang telah menarik perhatian banyak pihak- dilakukan sebagai sebahagian daripada rancangan rasionalisasinya.

IWH merupakan syarikat pemegang penuh bagi anak syarikatnya Iskandar Waterfron City Bhd, yang merupakan 60% milik taikun Tan Sri Lim Kang Hoo dan 40% milikan kerajaan Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Oktober lalu, 1MDB telah mengumumkan bahawa pelan perancangannya untuk Bandar Malaysia telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan, yang akan merangkumi pembangunan kiraan nisbah 4.05, perancangan pembinaan kereta api berkelajuan tinggi Singapura-Malaysia (HSR) dan dua buah stesen MRT.

Sejumlah 40 peratus daripada kawasan tersebut…………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Sorotan Parlimen 2015.

Berikut adalah sorotan penting sepanjang 2015 bagi persidangan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 tahun ini.

MAC:

9 Mac – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-13.

16 Mac – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohonnya.

30 Mac – Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015; Rang Undang-undang Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015; Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012; Akta Pencegahan Jenayah 1959; Akta Penjara 1995; Kanun Keseksaan; dan Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012), dibentangkan untuk bacaan kali pertama.

Ia merupakan antara rang undang-undang yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi melengkapkan pelaksanaan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

APRIL:

1 April – Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong berikutan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohonnya.

4 April – Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis maut dalam kejadian helikopter terhempas di Semenyih.

5 April – Kerusi Parlimen Rompin diisytihar kosong berikutan kematian Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

8 April – Persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015, pada 2.25 pagi, selepas dibahaskan lebih 12 jam.

9 April – Persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 pada 2.15 pagi.

10 April – Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 diluluskan pada pukul 2.30 pagi, selepas dibahaskan kira-kira 14 jam di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Turut diluluskan adalah Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Ahli Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lalu.

Berikutan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Sebelum ini, anggota Parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain………………………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Nik Abduh Tidak Prihatin.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz perlu melihat kelemahan Kerajaan PAS Kelantan yang selama ini tidak pernah ‘melakukan dua kerja’ dan ‘ bekerja lebih masa’ sebelum mengkritik saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Ahmad Maslan.

Selama PAS memerintah, rakyat Kelantan turut menerima tempias pembangunan Negara walau pada kadar minimum kerana kemunduran pentadbiran PAS.

Masih terdapat kemiskinan yang wujud di Kelantan dimana PAS mewakili tempat terbabit tanpa mewujudkan peluang kerja untuk penduduk setempat. Telah hampir 3 dekad menguasai Negeri dan PAS sendiri GAGAL menyelesaikan masalah tersebut dengan efisien.

Walau Umno mengalami kekalahan di Pasir Mas namun kebajikan rakyat setempat tetap di titik beratkan. Kawasan yang di wakili Nik Abduh masih diberi perhatian oleh Umno kerana kegagalan Ahli Parlimen terbabit yang tidak membuka peluang penduduk setempat mengembangkan ekonomi.

Logikkah Bandingkan Dengan Sweeden?

Membandingkan Sweden yang mengurangkan waktu bekerja juga satu kenyataan dangkal dari Nik Abduh.

Beliau tidak dapat berfikir logik geografi perbezaan waktu siang dan malam………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Dyana Sofea Sokong Israel?

Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Dyana Sofya Mohd. Daud menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan sikap pilih kasih dengan melarang dua atlet dari Israel menyertai satu pertandingan sukan di negara ini.

Kata beliau, kerajaan Malaysia sepatutnya mengenakan tindakan yang sama ke atas negara lain seperti Myanmar dan Sri Lanka kerana melakukan genosid terhadap umat Islam di negara itu.

“Kita tidak sepatutnya `double standard’ dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin menerusi laman Facebook beliau.

Dyana Sofya dalam nada provokasi turut menyatakan bahawa langkah tersebut bagi menghantar mesej jelas kepada pemimpin negara terbabit walaupun tidak adil kepada atlet mereka.

“Ini adalah pendirian peribadi saya,” katanya.

Pemimpin DAP sebelum ini mengutuk kerajaan Malaysia menyekat dua atlet Israel menyertai……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/dyana sofea

Tidak Mampu Walau Sepasang Baju….

Semalam ini diviralkan satu kisah sedih yang melibatkan seorang ibu tunggal yang merayu jasa dan budi baik rakyat Malaysia untuk menyumbang pakaian sekolah terpakai untuk melengkapkan persediaan persediaan anaknya menjelang sesi persekolahan 2016 yang akan tiba tak sampai seminggu sahaja lagi.

Bicara.news terpanggil untuk mencari maklumat tentang ibu tunggal tersebut. Pencarian itu telah berjaya mendapatkan sendiri ibu tunggal yang bernama Puan Noridah binti Mohd Nor yang tinggal di Kampung Chendering Baru Pandan 2, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Kisah sedih ibu tunggal bersama tujuh anaknya yang kehilangan suami tercinta bermula apabila suaminya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya setahun yang lalu.

Sejak itu bermulalah kisah hidup terumbang-ambing apabila kehilangan mengejut itu……………………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

PAN Puji DAP Isu Atlet Israel.

Ahli Parlimen Shah Alam yang bertindak keluar dari PAS dan menyertai parti yang diasaskan oleh Mat Sabu, PAN, Khalid Samad dengan bangganya melabelkan betapa DAP adalah sebuah parti yang begitu cakna kepada Islam dan Melayu di Malaysia. Ini merujuk kepada tindakan DAP yang amat berani menarik balik bantahan ke atas kerajaan kerana melarang atlet Israel menyertai satu pertandingan di Langkawi, Kedah.

Khalid Samad yang juga Pengarah Komunikasi PAN turut mengucapkan tahniah kepada DAP. Tindakan pantas yang patut mendapat pujian keatas kepedulian mereka terhadap sensitiviti masyarakat Melayu Islam. Menurut Khalid Samad, ini jelas membuktikan kepalsuan dakwaan golongan perkauman Melayu terhadap DAP selama ini.

Khalid dengan itu memohon agar orang Melayu tidak terpedaya dengan laungan perpaduan Melayu Islam yang nyaring dilaungkan mutakhir ini dan dakwa beliau itu cuma laungan yang bertujuan untuk mengkekalkan Melayu di bawah tempurung UMNO.

DAP dikecam ramai pihak baru-baru ini berikutan tindakan pemimpin parti itu mengutuk kerajaan menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Langkawi. Khalid mungkin lupaPemuda PAN turut mengecam tindakan DAP…………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/khalid samad.jpg

USD300Juta Dana Pru DAP?

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mendesak supaya DAP menafikan dakwaan tentang parti itu ditawarkan dana USD300 juta oleh Israel sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, kegagalan DAP menjawab pendedahan oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel.

“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zuhdi berkata, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

“Batut” Bakal Gugur Pru14

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dikatakan tidak akan di pilih mewakili parti tersebut dalam Pru akan datang. Menurut sumber dari bilik gerakan pakatan harapan, penguguran Kor Ming adalah kerana pimpinan tertinggi DAP mahu memberi laluan kepada muka baru.

Turut tidak di nafikan ialah penglibatan Nga dalam beberapa siri ‘skandal projek’ yang memberi impak negatif kepada DAP dan yang terbaru kebocoran bahawa beliau amat tidak begitu mahir berbahasa kebangsaan yang menyebabkan DAP malu. Isu “BATUT”.

Antara ‘Skandal’ Nga:

Dikenali sebagai seorang yang biadap berikutan merujuk Menteri Besar Perak, Dato Zambry Kadir sebagai “black metalic” dalam satu ceramah pada 2011 di Kamunting. Walau bagaimanapun Kor Ming menafikannya. Perkara tersebut juga menimbulkan rasa tidak senang kepada mendiang Karpal Singh.

Kor Ming merupakan antara yang lantang dalam mengkritik serta memfitnah pemimpin lawan dalam isu rasuah serta salah guna kuasa. Namun begitu ternyata Nga tidak terlepas dari melakukan kesalahan sama.

Syarikat milik isteri beliau dikatakan mendapat kontrak membekalkan………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/