Rasisme – Retorik DAP Burukkan Sistem Sekolah Satu Aliran

 

kula_politikkaum-650x340
DAP Tolak Sekolah Satu Aliran – Siapa Yang Amal Rasisme?

 

Democratic Action Party (DAP) mendakwa sistem politik dan dasar yang berasakan kaum merupakan punca rasisme di Malaysia menurut Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M.Kula Segaran. Beliau membidas kenyataan ahli akedemik Prof. Dr Teo Kok Seong yang merumuskan sistem pendidikan pelbagai aliran merupakan faktor utama kepada masalah antara kaum di negara ini.

  • Teo Kok Seong merupakan Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia

Kula Segaran yang menyelar kenyataan Kok Seong yang menyarankan agar kerajaan mewujudkan sistem sekolah satu aliran bagi menggantikan sekolah vernakular. Kewujudan sekolah vernakular merupakan antara penyumbang sikap rasisme dikalangan rakyat kerana pergaulan yang terbatas hanya dengan satu kaum sahaja dan ini tentunya tidak memupuk kefahaman antara kaum seawal usia muda.

DAP sebagai sebuah parti sekular sosialis tidak perlu gusar dengan cadangan Kok Seong untuk kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran. Semangat muhibbah antara kaum dalam Malaysia pasti akan terlaksana apabila cadangan itu diluluskan oleh kerajaan demi persefahaman dan seruan kerajaan yang mahukan rakyat bersatu padu tanpa mengira kaum atas semangat 1Malaysia.

Perlu diingatkan selama 50 tahun, DAP mengamalkan sikap pilih kasih didalam parti kerana tidak pernah melantik wakil dari kaum lain sebagai Setiausaha Agung melainkan Lim Kit Siang dan kemudiannya di warisi Lim Guan Eng. Menurut senarai pemilihan CEC DAP 2013, hanya 3 orang dari kaum lain berada dalam senarai yang dikuasai hanya satu kaum.

Rekod pemilihan 20 tempat teratas pemilihan semula CEC Kongres Khas DAP 2013 dari laman rasmi DAP Roketkini.com

  1. LIEW CHIN TONG –  1438
  2. LIM KIT SIANG – 1436
  3. KARPAL SINGH – 1421
  4. GOBIND SINGH DEO – 1409
  5. LIM GUAN ENG – 1304
  6. CHONG CHIENG JEN – 1294
  7. LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) – 1263
  8. CHOW KON YEOW – 1203
  9. FONG KUI LUN – 1193
  10. TENG CHANG KHIM – 1164
  11. PUA KIAM WEE (TONY) – 1158
  12. ZAIRIL KHIR JOHARI – 1132
  13. KOK SUH SIM (TERESA) – 1127
  14. CHONG ENG –  1111
  15. M. KULA – 1088
  16. TAN KOK WAI – 1088
  17. TEO NIE CHING 1081
  18. BOO CHENG HAU 961
  19. NGA KOR MING 956
  20. NGEH KOO HAM 809

Kula yang meminta Kok Seong menghormati Perlembagaan yang membenarkan kaum lain mengamalkan bahasa ibunda dan hak lain perlu memandang kepada DAP sendiri kerana mereka tidak mengamalkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sebagai bukti, kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri melakukan penindasan terhadap kaum lain apabila menghalang perarakan Maulidur Rasul serta meminta pihak surau dan masjid memperlahankan laungan azan menggunakan pembesar suara. Penindasan ketara DAP terhadap kaum lain juga jelas terjadi kepada peniaga jalanan apabila mereka di halang dari menjalankan perniagaan tetapi satu kaum lain tidak pula di halang.

Pecah dan Perintah juga diamalkan DAP Pulau Pinang apabila secara halus menghalau kaum bumiputera dari Pulau ke Seberang Prai dengan menaikkan harga hartanah hingga hanya menjadi rumah ‘mampu lihat’ sedangkan kerajaan sebelumnya telah merizabkan kawasan untuk pembinaan rumah rakyat mampu milik.

Pengambilalihan tanah secara tidak adil juga dilakukan kerajaan DAP dalam projek Mega DAP di P.Pinang. Banyak persoalan timbul selama DAP memerintah P.Pinang dan perkara ini disorokkan dari pengetahuan rakyat kerana DAP sering mendakwa mereka telus kepada rakyat namun sebaliknya yang terjadi. Kisah seorang ADUN dari PKR yang merintih kepada kerajaan DAP semasa Sidang Dewan Undangan juga membongkar sikap sebenar DAP terhadap kaum bumiputera.

Kula yang tidak memahami semangat 1Malaysia hanya berpegang kepada konsep Malaysian Malaysia yang di doktrinkan DAP kepada ahlinya untuk mewujudkan sebuah negara sosialis sekular. Pastinya impian DAP itu akan diterapkan jika mereka menguasai Putrajaya dengan bantuan sekutu di dalam Pakatan Harapan.

Konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak sebenarnya memupuk kembali semangat muhibbah antara kaum di Malaysia dan DAP tidak mahu melihat ini terjadi kerana beranggapan konsep ini akan memudaratkan dan menyukarkan mereka untuk menabur dakyah palsu terhadap kerajaan.

Konsep sekolah satu aliran sebenarnya baik untuk rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum bagi memastikan kefahaman antara kaum berlaku dengan baik dan seterusnya meningkatkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.

Inilah konsep yang ditakuti DAP dan mereka akan terus berusaha menggagalkan metlamat menyatupadukan kaum di Malaysia kerana mahu memerintah Malaysia secara sekular kelak.

Rakyat Malaysia yang cintakan negara pastinya mahu perpaduan kaum dipupuk dari peringkat kanak kanak dan ini akan memastikan Malaysia terus berdaya saing tanpa ada perasaan curiga antara kaum demi membangunkan tanahair tercinta.

Kula Segaran perlu melihat cermin sebelum membidas pandangan ahli akedemik yang berusaha menyatukan rakyat Malaysia dan beliau sepatutnya membetulkan DAP dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan ‘bodoh’ mengenai rasisme.

DAP

 

 

Tinggalkan komen