DAP Sifatkan Melayu Sebagai Anak Ayam

 

 

 

 

roketkiniDemocratic Action Party (DAP) tidak dapat menerima kehadiran pendakwah terkenal Dr Zakir Naik dalam menyampaikan ceramah menyeru ke arah penyatuan rakyat Malaysia. Kegelisahan DAP terhadap Zakir yang sentiasa menerima sambutan hangat rakyat hingga mampu mengIslamkan beberapa individu semasa berceramah sebenarnya menunjukkan sikap sebenar DAP yang memusuhi Islam dan berazam menukar perlembagaan yang menetapkan Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Dalam satu kolum di Roketkini.com,Klik Sini DAP menyifatkan Zakir sebagai ‘Ibu Ayam’ apabila memberi ceramah berkaitan penyatuan rakyat di bawah kerajaan. DAP turut mempertikaikan kredibiliti Dr Zakir yang dikatakan tidak menguasai fahaman mengenai Islam dan hanya bergantung kepada hafalan berkaitan kitab kitab.

Turut cuba mengaitkan kehadiran Zakir ke Malaysia sebagai langkah kerajaan menutup isu 1MDB dan isu dana RM2.6 billion, DAP cuba merendah rendahkan imej pendakwah tersebut dan mengganggap Zakir tidak memahami sosio budaya Malaysia yang berbilang kaum. Malah DAP juga turut memburukkan imej Zakir apabila menyifatkan beliau ada kuasa Sakti apabila berceramah kerana mampu menarik ribuan rakyat dari pelbagai latar belakang dan agama untuk turut serta mendengar ceramahnya.

DAP yang cuba membandingkan sessi penerangan yang dilakukan Mahathir mengenai 1MDB dan ceramah Zakir ternyata hanya menggunakan Mahathir bagi meraih kepentingan politik DAP selain menutup kes skandal Setiausaha Agung DAP mengenai penyelewengan yang dilakukan DAP di Pulau Pinang.

DAP turut menimbulkan persepsi terhadap Barisan Nasional dengan memberi gambaran mengenai kerajaan perpaduan berikutan keengganan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) menurut kehendak mereka menentang Najib. Tiada bukti yang mampu DAP tampilkan apabila mendakwa wujud kerjasama BN dan PAS sebagai kerajaan perpaduan.

Secara tidak langsung DAP turut merendahkan mentaliti kaum Melayu kerana mendakwa pemikiran Melayu mudah di beli dengan kehadiran Zakir Naik dan tidak lagi mempedulikan isu 1MDB sebaliknya banyak berbincang mengenai kehebatan Zakir Naik yang memikat puluhan ribu rakyat Malaysia.

“Orang Melayu perlu dijaga, disuap makan minumnya, dijamin masa tidur rehatnya; sama seperti anak ayam. Semua ini diselenggara induk Melayu yang kita kenali hari ini sebagai UMNO. Tidak perlu peduli lah sama ada ia korup atau merompak kekayaan negara demi mengisi tembolok kroni, asalkan simbol-simbol kuasanya tidak digugat” – petikan Roketkini.com

Cuba membandingkan populariti pendakwah tempatan dengan Zakir Naik, DAP sebenarnya melakukan kesilapan apabila menyentuh perkara sensitif Melayu apabila merendahkan martabat pemikiran peribumi Tanah Melayu.

Umum mengetahui, DAP merupakan sebuah parti sosialis sekular dan berhasrat menukar status negara ini jika memerintah. DAP yang sedang bergelut dengan isu panas berkiatan pelbagai skandal terutama Taman Manggis cuba mengalih perhatian rakyat dari terus memperkatakannya dan kehadiran Zakir Naik di lihat sebagai peluang terbaik mereka mengalih perhatian netizen terhadap Lim Guan Eng.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang menerima tekanan daripada rakyat berikutan kelewatan mereka bertindak terhadap Guan Eng telah menimbulkan persepsi ada ‘hubungan sulit’ berlaku di antara SPRM dan DAP turut menjejaskan imej DAP yang berhasrat memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak. Rakyat mempertikaikan imej Guan Eng yang sering mendakwa DAP merupakan sebuah parti yang telus dan tidak mengamalkan korupi namun dengan pembongkaran skandal Taman Manggis parti tersebut telah membuat penyokong mereka hilang keyakinan dan mula menyoal ketelusan Setiausaha Agung parti itu.

 

dapguan“Orang Melayu bagai kawanan anak ayam, yang sentiasa memerlukan induknya. Kita sebut induk, tapi mudahnya induk bermaksud ‘ibu ayam” – petikan Roketkini.com

DAP yang turut terkesan dengan tekanan dari pelayar media sosial yang sering mempertikaikan dana RM1.2 billion Israel turut cuba mengubah haluan pertanyaan netizen media sosial dengan menyerang kerajaan dengan isu yang telah dijawap di Parlimen. Laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) cuba di putar belit DAP menggunakan kenyataan Tony Pua namun mereka tidak berani mempertikaikan Tang Seng Giaw, Timbalan Pengerusi PAC yang juga merupakan wakil DAP.

Apa keperluan DAP menyentuh kehadiran Zakir Naik yang berceramah mengenai kefahaman Islam? Ternyata DAP tidak menyenangi pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan mereka secara tidak langsung cuba meyakinkan rakyat bahawa DAP akan membawa pembaharuan jika mereka memerintah dan kebebasan mutlak merupakan antara ‘janji manis’ yang DAP akan tabur untuk memikat pengundi kelak.

 

kit-siang

PRN Sarawak yang menjadi medan keutuhan DAP dan Pakatan Harapan kini sudah goyah dengan percakaran dalaman antara pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PArti Amanah Negara (PAN) yang mempertahankan ego masing masing di Sarawak. Kehadiran pemimpin utama DAP yang dihalang kerajaan negeri turut memberi impak yang diingini DAP Pusat dalam berkempen dan mereka kini mencari ‘kambing hitam’ untuk dijadikan korban. Mereka memilih Dr Zakir Naik untuk dikorbankan demi kemenangan DAP di Sarawak.

Beranikah DAP menafikan dana RM1.2 billion dari Israel seperti di dakwa Mohammad Razali? Beranikah DAP menafikan penglibatan Guan Eng dalam skandal Taman Manggis dan KLIDC serta penglibatan Phang Li Khoon selaku seorang pemilik KLIDC? Beranikah DAP mendakwa Tan Seng Giaw melakukan kesilapan membentangkan laporan 1MDB di Parlimen? Beranikah DAP mempertaruhkan reputasi DAP Sarawak yang mendakwa mampu menguasai Dewan Undangan Negeri Sarawak tanpa bantuan dari sekutu dalam Pakatan Harapan?

Kini DAP tersepit kerana kesilapan beberapa individu dalam parti dan mereka juga tidak berani mengambil tindakan selain memecat keahlian sesiapa yang mempersoalkan intergriti serta tindakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Malah kedudukan CEC DAP yang masih dalam pemerhatian Pendaftar Pertubuhan (ROS) juga merupakan isu yang DAP tidak mahu hadapi.

DAP sudah menunjukkan belang sebenar mereka terhadap kaum Melayu dan Islam, maka rakyat Malaysia perlu menghukum DAP yang tidak menghormati keharmonian yang wujud di Malaysia sejak 1957 hingga kini.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s