DAP Ada ‘Barua’ Dalam Agensi Kerajaan?

Dap0.7Pengaruh DAP terhadap penjawat awam semakin kuat setelah pelbagai propaganda mengenai kelebihan parti tersebut sering di gembar-gemburkan oleh wakil dari kaum Melayu yang bergerak aktif dalam parti. Sejak dari penubuhan parti serpihan People Action Party (PAP), Lim Kit Siang tidak pernah jemu untuk menanam rasa bencikan kerajaan Umno pada setiap ahlinya.

Ditubuhkan pada 11 Oktober 1965, DAP asalnya dinamakan Parti Demokratik Sosialis pada 18 Mac 1966 melancarkan The Rocket sebagai bahan propaganda untuk mempengaruhi rakyat. Pada tahun yang sama DAP menyertai 55 parti sosialis dalam ‘Socialist International’ dan menyertai Persidangan Sosialis di Zurich,Switzerland.

Dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘Malaysian First’, DAP kini mengorak langkah membuka ruang kepada kaum bumiputera untuk bersama mereka menjayakan agenda parti. Walaubagaimanapun pemerhatian dalam senarai CEC DAP mendapati hanya terdapat 6 orang sahaja dari kaum Melayu menduduki senarai terataas di pusat. Manakala di peringkat negeri pula Tengku Zulpuri dari Pahang mewakili kaum Melayu dan selebihnya dari kaum lain. dap000

Selama menjadi parti politik dalam Malaysia, DAP mengekalkan rekod cemerlang mereka dengan hanya seorang Setiausaha Agung yang memegang jawatan itu berdekad lamanya. Malah lebih hebat lagi sumber kewangan DAP tidak pernah didedahkan oleh mana mana pemimpin parti itu kepada ahlinya sendiri. Kerahsiaan dana politik yang menjadi tanda tanya tidak diulas oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kini tercabar dengan pendedahan oleh bekas ahlinya sendiri.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga enggan mengulas pendedahan yang dibuat mengaitkan dana politik DAP yang dikatakan datang dari Israel, dan sebagai balasan Port Dickson ditawarkan menjadi pengkalan untuk negara yang menyalurkan dana kepada DAP. Terdapat sumber mengatakan sumber dana politik DAP juga datang dari kelab lumba kuda.

Sila Baca Di Sini : http://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2015/08/dana-dap-dari-kelab-lumba-kuda.html

Mengapa DAP tidak berani mendedahkan sumber mereka dan hanya menuding Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mendedahkan dana yang didermakan oleh individu dari Timur Tengah. Isu penderma telah selesai baru baru ini dan pihak SPRM diarahkan menutup kes tersebut.

Sila Baca Di Sini : http://www.bicara.news/dana-politik-rm2-6-b-hadi-awang-sokong-tidak-berbelah-bagi-kepada-pm/

Krisis CEC DAP yang masih tidak selesai hingga kini juga agak pelik. Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bermain tarik tali dalam kes yang membabitkan DAP dan seperti memihak kepada kemahuan DAP dengan membiakan perkara ini berlanjutan. Apakah ada individu didalam ROS turut terlibat melengahkan keputusan mengenai kesahihan mesyuarat DAP, atau lebih memburukkan keadaan ROS juga mengikut jejak langkah individu didalam SPRM.

Sila Baca Di Sini : http://www.bicara.news/isteri-kedua-pegawai-sprm-guna-suami-ambil-alih-syarikat-abg-kandung/

DAP juga perlu didesak menjelaskan sumber dana politik mereka kerana perbelanjaan untuk pilihanraya dan sebagainya memakan jumlah yang agak besar. Beranikah SPRM menyiasat sumber dana DAP serta kelewatan ROS dalam menyelasikan krisis CEC DAP. Rakyat memerhati dengan penuh minat setelah pelbagai isu yang melanda politik Malaysia dan sebarang kejutan sememangnya dinantikan.

Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan juga enggan menjelaskan sumber dana mereka kerana tidak mahu disiasat SPRM. Malah PKR menggunakan projek Pintu Gerbang Selangor untuk mengalih perhatian sumber dana politik mereka dengan menyatakan ada penderma yang membiayai projek berharga Rm9.8 juta. Taktik PKR berjaya mengelakkan mereka dari disiasat oleh SPRM dan hingga kini tiada siasatan dilakukan terhadap pembaziran yang terjadi kepada wang rakyat. Jumlah dana politik DAP dikatakan mencecah berbillion ringgit pula senyap dan tiada tindakan proaktif SPRM untuk melakukan sebarang siasatan mendatangkan persoalan kepada rakyat.

Sila Baca Di Sini : http://www.bicara.news/dap-bangga-akui-berjaya-wujudkan-persepsi-negatif-terhadap-kerajaan-pusat/

DAP yang menaja Parti Amanah Malaysia (PAN) tentulah telah menyediakan sejumlah besar dana untuk memastikan hasrat mereka sejak penubuhan parti tercapai. Malah dengan memilih bekas pemimpin dari PAS, DAP ternyata berjaya merealisasikan impian tanpa disedari kaum Bumiputera. Ternyata PAN merupakan satu lagi bahan eksperimen DAP untuk menjatuhkan demokrasi yang subur di Malaysia.

Mampukah SPRM dan ROS menyelasikan perkara berbangkit mengenai DAP ini. Dari pemerhatian yang dilakukan dikhuatiri pengaruh DAP terhadap ketelusan dan intergriti kedua-dua agensi terbabit amat kuat hingga hampir tiada tindakan dibuat keatas DAP.

 

 

Kedah Kekal Setia Umno,Pembangkang Bakal Gigit Jari

Krisis Menteri Besar Kedah memasuki episod baru hari ini dengan campur tangan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempelawa Dato Paduka Mukhriz Mahathir menyertai parti tersebut.zahid0000

Pelawaan dari Adun Lunas,Selambau,Bakar Arang dan Sidam dikeluarkan pada satu sidang media di Bakar Arang. Kenyataan bersama dari pihak pembangkang Kedah itu nyata hanyalah helah mereka dalam usaha memburukkan lagi krisis yang melanda kepimpinan Umno Kedah.

Selaku orang yang mengaku jiwa Umno, Mukhriz tahu selok belok pembangkang yang ibarat ‘anjing tersepit’ dan bakal menggigit sesiapa yang melepaskannya. Krisis Umno Kedah tidak seburuk yang disangka pembangkang kerana rakyat Kedah sendiri akan menerima sesiapa sahaja yang dilantik selagi wakil itu dari Barisan Nasional.

Cubaan pihak pembangkang Kedah mengaitkan rasuah dengan Umno ternyata sesuatu yang memalukan mereka sendiri. Skandal Pintu Gerbang Selangor di bawah kerajaan PKR yang masih diselubungi misteri identiti penderma rahsia. Cubaan Haniza Talha mengelirukan rakyat dengan menyembunyikan identiti penderma hanya taktik PKR.

Skandal PKR Selangor juga penuh dengan keraguan membabitkan rasuah di peringkat tertinggi parti tersebut dan cubaan pembangkang di Kedah mengatakan Umno sebagai sebuah perti korup memakan diri mereka sendiri. Bayangkan jika di Selangor mereka membazirkan sejumlah Rm9.8juta wang rakyat ke projek pintu gerbang, apa yang  mereka tidak mampu lakukan jika memerintah Kedah.

Pembangkang Kedah hanya mengambil peluang dari krisis yang melanda Kedah namun kebijaksanaan Presiden Umno menyelsaikan kemeut ini bakal mengecewakan mereka. Isu dana pilihanraya yang dikaitkan dengan Najib telah selesai apabila Peguam Negara mengesahkan tiada keraguan yang timbul dari kes tersebut dan turut ditegaskan isu tersebut ditutup.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga telah menjelaskan derma yang di terima oleh Najib dari penderma dianggap selesai sebaik sahaja Peguam Negara mengumumkan identiti penderma. Walau demikian, SPRM kini terpalit dengan isu kebocoran maklumat dari pihak tertinggi siasatan dan perkara ini menjadi ‘viral’ dalam media sosial. Perkara demikian menjatuhkan reputasi SPRM sebagai agensi yang tidak memihak kepada sesiapa dalam Malaysia dan pihak atasan SPRM akan mengambil tindakan tegas dalam isu berkenaan.

Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri telah mengambil serius tentang kebocoran dan ‘viral’ mengenainya di dalam media sosial. Beliau mengarahkan siasatan tegas akan kesahihan ketirisan maklumat siasatan oleh isteri kepada seorang pegawai yang terlibat dalam siasatan isu penderma yang dikaitkan dengan Najib.

Rakyat berharap ketelusan Zahid dan ketegasan ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri kerana bimbang akan terjadi lagi perkara sedemikian dalam isu yang membabitkan negara.  Mengenai kemelut Umno Kedah, Zahid selaku Naib Presiden Umno akur dengan keputusan parti setelah mengambil kira pandangan Majlis Jemaah Pemangku Di Raja Kedah.

Pembangkang Kedah hanya mampu mengigit jari kerana dalam Umno biasanya semangat setiakawan sangat erat umpama ‘Biduk lalu kiambang bertaut’. Mereka hanya boleh menyimpan impian menawan Kedah dan Umno serta rakyat Kedah sudah serik di perintah pembangkang. Setiap kemelut dalaman Umno akan diselesaikan dengan semangat muhibbah dan keadaan akan kembali seperti biasa.

 

 

 

Guru Ugut Bom PM?

Gila glamour sudah semakin menjadi trend dunia maya sosial terhangat. Belum reda kisah seorang isteri kepada penjawat awam kini timbul pula kisah seorang guru yang menaikmuat status berbaur hasutan dan ugutan. Satu akaun facebook menggunakan nama Iera Shafii membuat satu kejutan bila kenyataannya mahu mengebom Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak jika DAP menjadi kerajaan pusat.

cikgu gila


 

Menurut keterangan yang ada dalam statusnya, Iera Shafii mengajar di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Sejauh mana kebenaran akaun ini belum dapat dipastikan lagi kerana seperti biasa alasan klise “akaun saya kena godam” akan digunakan untuk mengelak sebarang tindakan…………………………….

Baca : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Onar Isteri Kedua Pegawai SPRM?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertindak mengikut kuasa yang diberikan. Masyarakat secara umumnya menyanjung integriti yang dimiliki oleh SPRM terutama ketika menjalankan siasatan berkaitan rasuah dalam semua organisasi kerajaan dan bukan kerajaan. Ketelusan mereka biasanya tidak akan dipertikai lebih-lebih lagi kalau siasatan mereka melibatkan kepentingan kerajaan.

Namun, kebelakangan ini SPRM dilihat sebagai sebuah entiti yang lebih banyak menyerang kerajaan dan melindungi kepentingan pembangkang dalam setiap kenyataan mahu pun tindakan. Bahkan pada satu ketika, pernah diadakan majlis sambutan besar-besaran kepada gerombolan ahli politik pakatan haram pembangkang ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan membuat kenyataan media secara bersama. Menurut sumber, keadaan itu berlaku kerana permainan Pegawai Perhubungan SPRM sendiri yang sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan pembangkang kerana sebelum ini beliau difahamkan pernah bertugas di sebuah portal pro pembangkang. Maka tidak hairanlah kalau banyak rahsia tercicir dan terbocor kepada umum walaupun statusnya belum sahih dan apa yang terbocor………………………………

Baca : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/sprm

OKU Sedia Nasi Lemak Percuma Untuk Pelanggan

Tindakan seorang peniaga di bandar ini menyediakan antara 30 hingga 50 bungkus nasi lemak percuma di warungnya menjadi tumpuan orang ramai yang tertarik dengan sikap bermurah hati lelaki orang kurang upaya (OKU) berkenaan.

Arshad Mohd. Noor, 52, menyediakan makanan itu bagi mereka yang singgah di warungnya yang terletak berdekatan stesen teksi Jerantut untuk bersarapan pagi.

Baca: Pelajar Putus Kaki: Gambar Sekitar Lawatan Wakil Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Li dalam kalangan pelanggannya di bandar ini berkata, tindakannya itu sebagai amalan bersedekah yang dilakukannya sebagai seorang penganut agama Islam.
”Ramai pelanggan terkejut apabila saya memberitahu nasi lemak ini percuma…………………………

Baca : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Skandal Gerbang Selangor: SPRM Tidak Berminat?

Skandal Kerajaan PKR di Selangor yang membelanjakan Rm9.8 juta wang rakyat Selangor hanya untuk membaik pulih Pintu Gerbang adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Haniza Talha, Timbalan Ketua Wanita Keadilan Selangor dalam tulisannya hanya menyatakan tender diluluskan oleh Menteri Besar terdahulu tetapi enggan pula menamakan siapakah MB tersebut.

Syarikat yang mendapat anugerah tender tersebut juga tidak dinamakan kerana ia hanya menggunakan nama ‘Islah’ setelah pemilihan dikatakan hanya dibuat Azmin Ali (Menteri Besar) bersama Zaidy Abdul Talib-PAS (Pengerusi Jawatankuasa Tetap dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri).

Di manakah yang disebut sebagai proses tender terbuka jika telah diketahui syarikat mana akan dipilih untuk dianugerahkan kontrak tersebut.

Baca: Skandal Gerbang Selangor: SPRM Diarah Tutup Mulut?

Kerja yang bermula 15 April 2015 dijangka siap sepenuhnya pada 20 Oktober 2016 dikatakan agak lewat dan tidak menepati jadual asal. Haniza yang merupakan Adun Taman…………………………………..

Baca : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Tadbir Kedah Menetap Di Kuala Lumpur

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir mempunyai banyak aktiviti perniagaan untuk diuruskan. Tambahan pula, keluarganya tinggal di Kuala Lumpur. Jadi beliau perlu menghabiskan lebih banyak masa di Kuala Lumpur berbanding di Alor Setar. Tambahan pula, mentadbir negeri seperti Kedah mesti cukup membosankan berbanding menguruskan empayar perniagaan bernilai bilion ringgit.

Mukhriz dan adik beradik memiliki syarikat yang agak stabil. Tiga daripada sepuluh rakyat Malaysia terkaya adalah Melayu dan salah seorang daripada tiga adalah anak Tun Dr Mahathir. Sama ada ini merupakan ukuran kejayaan Dr Mahathir atau kegagalan dalam mewujudkan kumpulan usahawan bumiputera yang berjaya mungkin diperdebatkan.

Baca: Apabila Menteri Besar Disingkirkan – Dr. Salleh Said Keruak

Menurut mereka yang dalam industri ini, sebenarnya bukan anak lelaki Dr Mahathir tetapi anak-anak lelaki Dr Mahathir merupakan antara tiga Bumiputera terkaya atau sepuluh rakyat Malaysia terkaya. Pendek kata, bukan sahaja Mokhzani…………………………………………

Baca : http://www.bicara.news/category/politik/

Fitnah Dari Golongan ‘Anti Najib’

Me’nate Steak Hub semalam tampil menafikan tuduhan bahawa Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak melanggan hidangan makan malam untuk keluarganya bernilai RM19,284.80 sehari dari salah sebuah premis Me’nate Steak Hub yang dihidangkan di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana.

Menurut kenyataan media rasmi di laman facebook rasmi Me’nate Steak Hub, gambar tanda harga (docket) daging yang disebarkan adalah palsu dan ianya satu tuduhan fitnah.

Baca: Hukuman Berat Perlu Kepada Penggiat Media Sosial Menghasut dan Fitnah

Gambar docket yang diviralkan tersebut adalah tidak sama dengan sistem format penggunaan di semua premis Me’nate………………………………

Baca : http://www.bicara.news/category/politik/

Hadi Awang Manusia Dangkal – DAP

DAP menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai manusia mengarut dan dangkal apabila dedah DAP sokong Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana ekonomi dikuasai kaum Cina.

Ahli Parlimen Segambut DAP, Lim Lip Eng berkata, dakwaan ulama PAS tersebut tidak berasas, malah tidak mencerminkan ketokohan dan keilmuan dimiliki Presiden PAS itu sebagai pemimpin sebuah parti politik.

Baca: Pemimpin PAS Tidak Tunjuk Akhlak Ahli Agama – Tony Phua

“Kita kesal bagaimana dengan sekelip mata Tuan Guru Haji Abdul Hadi sekelip mata boleh berubah lenggok bahasanya dengan berfikir di dalam konteks politik perkauman sempit mengenai isu TPPA……………………………

Baca : http://www.bicara.news/category/politik/

Menyangkal Dakwaan 95%

Menggunakan RAKYAT sebagai cara meraih simpati adalah taktik berkesan untuk mendapatkan sokongan terutama pada ketika kedudukan goyah akibat kesilapan sendiri.

Anwar Ibrahim sebagai contohnya berjaya memprovokasi rakyat untuk menyatakan sokongan kepada beliau secara merusuh di dalam himpunan yang sebenarnya telah dirancang beliau sejak awal lagi. Kini Mukhriz yang terdesak untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai MB Kedah dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah tanpa malu-malu menggunakan ‘RAKYAT’ untuk membuktikan bahawa beliau masih diperlukan untuk terus memimpin kerajaan negeri Kedah. Ternyata beliau berbohong!

Baca: “95% Rakyat Kedah Sokong Saya” – Mukhriz Berbohong

Keretakan hubungan Mukhriz dengan ketua-ketua UMNO bahagian di Kedah bukanlah……………………..

Baca :http://www.bicara.news/category/politik/