Seorang lagi wakil Pakatan Harapan tidak dibenarkan memasuki Sarawak untuk turut berkempen dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11. Jagdeep Singh Deo hari ini telah ditahan daripada memasuki Sarawak berikutan arahan dari pihak kerajaan negeri yang tidak membenarkan beberapa individu untuk masuk ke Sarawak sepanjang pilihanraya berlangsung.
Pihak Imegresen Sarawak telah mengenal pasti individu yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan bukan sahaja dari pembangkang malah beberapa individu dari Barisan Nasional dan Umno turut menerima nasib yang sama.
Jagdeep yang menyifatkan Tan Sri Adenan Satem takut dengan tentangan pembangkang sebenarnya silap membuat tafsiran. Beliau yang sepatutnya sedar kehadirannya sebagai ‘orang luar’ yang tidak memahami sosio budaya politik Sarawak akan menjadi ancaman kepada perpaduan antara kaum di Sarawak. DAP sering mempertikaikan status Bumiputera dan memperkecilkan usaha kerajaan membantu Bumiputera sudah tentu akan memainkan sentimen perkauman jika dibenarkan masuk ke Sarawak.
DAP yang memang terkenal dengan sikap ‘double standard’ terhadap kaum Bumiputera cuba menyebarkan fahaman itu di Sarawak dan ini sudah tentu tidak dapat di terima kebanyakan suku kaum di Bumi Kenyalang. Sebagai contoh pentadbiran DAP di Pulau Pinang telah menindas kaum Bumiputera dalam pelbagai hal dan rakyat telah membuka mata terhadap perkara yang dilakukan DAP.
Skandal yang berlaku di Pulau Pinang juga merupakan antara faktor rakyat Sarawak hilang kepercayaan kepada DAP dan di tambah pula percakaran dalam pakatan Harapan yang menyaksikan perebutan kerusi sesama pembangkang. Hasil dari perseteruan Pakatan Harapan mereka kehilangan 2 kerusi yang dimenangi BN tanpa bertanding. Dijangkakan akan berlaku ‘Tsunami Ubah’ terhadap DAP memandangakan sikap parti itu yang tidak konsisten dalam menentukan siapakah calon yang sepatutnya bertanding.
Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang yang juga ADUN Keramat, Jagdeep yang mendesak pihak berkuasa menerangkan kepadanya mengapa beliau tidak dibenarkan memasuki Sarawak perlu memahami kuasa autonomi Negeri yang mempunyai kuasa penuh terhadap undang undang negeri Sarawak. Beliau yang juga merupakan anak kepada Mendiang Karpal Singh sepatutnya lebih arif berkenaan undang undang Sarawak yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri namun begitu hanya kerana mahu memburukkan imej Adenan Satem beliau membelakangkan segalanya.
Hari pertama penamaan calon sudah menyerlahkan sikap tamak DAP dan PKR yang ternyata tidak mementingkan rakyat Sarawak tetapi hanya mahukan kuasa memerintah. Perebutan siapa yang akan memegang ‘Status Quo’ dalam kerajaan Sarawak menjadi agenda utama kedua dua parti.
Jadi adakah rakyat Sarawak akan mempertaruhkan nasib mereka kepada parti yang tidak mampu menjamin kestabilan Sarawak sekaligus membahayakan ekonomi Sarawak?
Tidak seperti Barisan Nasional yang lebih teratur menentukan calon melalui kesepakatan yang tinggi dan kerjasama antara komponen dan rakyat Sarawak lebih percayakan kredibiliti Adenan Satem selaku Ketua Menteri yang tegas untuk membela nasib rakyat Sarawak.
Barisan Nasional tentunya pilihan rakyat Bumi Kenyalang. Slogan ‘Ubah’ yang dibawakan Pakatan harapan akan memakan mereka kerana sikap tamak Pakatan Harapan.