Mahathir Punyai Aset Berbillion Dollar?

Mahathir Mohamad menafikan beliau mempunyai aset bernilai berbilion dolar setelah dicabar mengisytiharkannya.

Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) sebelum ini mendakwa Mahathir mempunyai banyak aset di Argentina, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Langkawi dan Subang Jaya.

Baca: Wawasan 2020 dan Musa Hitam Adalah Kegagalan Saya – Mahathir

Pemimpin NGO itu Ramesh Rao membangkitkan dakwaan dalam bukuMalaysia Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times karya penulis antarabangsa Barry Wain.

“Saya mahu beritahu tentang (buku) Malaysia Maverick, tentang perkara yang saya sepatutnya ada, ia bukan milik saya. Saya tiada apa-apa.

“Bila saya pencen, mereka tawarkan saya tanah, tetapi saya tolak. Saya bayar untuk tanah itu.

“Kesemua benda yang diberikan kepada saya, saya pulangkan…………..

BACA SINI

Mahathir Sahkan Hadir Himpunan Haram

Mahathir hari ini mengakui bahawa beliau akan menghadiri perhimpunan pada 27 Mac ini yang mahu menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Baca: Mahfuz Dedah Mahathir Ajak Semua Parti Politik Tumbangkan Najib

Menurut beliau kononnya pilihan lain bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan sudah disekat dan ini memaksanya menyertai perhimpunan yang tidak dipersetujui dan ditentangnya semasa menjadi perdana menteri.

“Perkara sudah ubah. Dulu, kita ada forum untuk suarakan bantahan kepada kerajaan. Sekarang dah tak ada. Perhimpunan juga tak dibenarkan.

“Sekarang, rakyat juga dihalang bermesyuarat walaupun di dalam bilik. Sebelum ini, boleh. Tapi sekarang tak boleh. Rakyat tak boleh cakap apa-apa langsung sekarang, kena dengar kerajaan saja,” kata Mahathir yang cuba menimbulkan persepsi jahat dan zalimnya kerajaan BN sekarang.

Perhimpunan 27 Mac ini adalah anjuran Zaid Ibrahim yang memaklumkan bahawa ia adalah acara tertutup.

Beliau juga berkata selain parti-parti politik daripada……………..

BACASINI

Pengarah Hutan Selangor Tukang Cuci Duit Azmin?

1. Saya dengan ini merakamkan simpati dengan Pengarah dan semua warga Jabatan Hutan Negeri Selangor yang terpaksa menjadi pencuci kepada kesalahan ahli politik.

Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Hutan Selangor bertarikh 23 Feb 2016 nampak jelas beliau terpaksa berpusing berhempas pulas mencuci penipuan Menteri Besar di media.

2. Persoalan yang saya bangkitkan ialah

a. Azmin di media menyerang saya dengan kata–kata kesat untuk menyatakan projek balak yang dimaksudkan diberi secara TENDER TERBUKA
b. Azmin menyebut dia tidak terlibat dalam sebarang proses dalam meluluskan atau memilih syarikat untuk projek balak di Selangor.
c. Apa kriteria pemilihan sebuah syarikat ‘enterprise’ yang mempunyai bidang kerja rojak termasuk kutip sampah, bekal alat tulis, bekal pakaian dan macam – macam lagi yang tidak kena mengena dengan pembalakan dapat kerja membalak nilai puluh juta?

Baca: Senarai Skandal Azmin Ali, SPRM Tunggu Apa Lagi

3. Dari kenyataan Pengarah Jabatan Hutan Selangor ternyata dia mungkin dalam keadaan tertekan, dipaksa menjawab. Oleh kerana itu dalam kenyataan perenggan akhir dia memerli hina kerajaan negeri seolah rubber stamp dan konon menerima sahaja cadangan pegawai kerajaan.

4. Namun perlu diteliti perenggan ke 8 kenyataan tersebut yang jelas menyatakan Lesen Mengeluar hasil hanya dikeluarkan selepas kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (mesyuarat Exco). Persoalanya sekarang siapa yang mempengerusikan mesyuarat Exco ? Dan dari kenyataan tersebut juga dinyatakan bahawa agihan projek balak yang dimaksudkan tidak melalui tender terbuka.

5. Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Hutan Selangor yang melalui kenyataannya membuktikan sekali lagi Azmin menipu kerana jelas dia terlibat dalam proses kelulusan projek balak yang dimaksudkan dan tidak wujud………..

Baca Seterusnya SINI

Muhyiddin Bakal Di Gantung?

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata oleh kerana Muhyiddin tetap mengkritik Datuk Seri Najib Razak selaku presiden, beliau akan diusul untuk digantung jawatannya kepada Jawatankuasa Disiplin.

Baca: Muhyiddin Guna Apa Saja ‘Pentas’ Untuk Belasah Najib

“Bila satu keputusan dibuat oleh majlis tertinggi Umno, ia mengikat presiden, timbalan presiden, mana mana ahli Umno, dalam konteks keputusan tersebut.

“Jadi bila timbalan presiden tidak hiraukan keputusan yang telah dibuat, sebulat suara dalam majlis kerja tertinggi, maka, mana-mana ahli, yang tidak menghiraukan arahan itu, mempunyai risiko berdepan dengan tindakan disiplin,” katanya.

Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan hari terbuka Makmal Pengurusan Sisa Pepejal Negara di sebuah hotel…………..

Selanjutnya Baca Sini

DAP Pulau Pinang Beri Hutan Paya Bakau Kepada ‘Penderma Dana’?

LEBIH kurang 500 nelayan pantai di Kuala Sungai Pinang dan Kuala Jalan Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang terjejas teruk sumber pendapatan mereka berikutan pelaksanaan projek ternakan udang yang dilakukan secara berleluasa di kawasan itu.

Baca: Projek Laluan Basikal Pulau Pinang RM30 Juta, SPRM Tidak Berminat?

Baca: Wujud Unsur Rasuah Ratusan Juta Ringgit Dalam Projek Tambak Laut Pulau Pinang?

Projek tersebut bukan saja memusnahkan beratus ekar kawasan hutan paya bakau yang menjadi tempat pembiakan hidupan laut tetapi juga telah mencemarkan zon tangkapan nelayan-nelayan berkenaan mencari rezeki.

Sisa buangan kolam yang mengandungi bahan kimia dibuang ke perairan oleh pengusaha projek ternakan udang telah menyebabkan berbagai spesies hidupan laut yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan terbabit telah berkurangan dan…………….

Baca Sini

Mahathir Disiasat Sekiranya Ada Laporan Polis

Polis mula menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan dalam blognya baru-baru ini yang didakwa berunsur fitnah.

Baca: Tulisan Mahathir Disiasat Sekiranya Ada Laporan Polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan dimulakan sebaik sahaja menerima laporan daripada beberapa pihak yang mahu perkara itu diambil tindakan segera.

“Laporan polis itu diterima sehari dua lepas…setiap tindakan mesti ikut peraturan undang-undang dan patuhi semua proses perundangan. Kita tidak boleh emosional dalam semua perkara.

“(Kemudian) kami akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara,…………….

BACA SINI

Komplot Dua Mantan Lakukan Jenayah?

Menurut Raja Petra Kamarudin, pada minggu lepas, bekas Peguam Negara (AG) Abu Talib Othman telah menyerang peguam negara sekarang iaitu Mohamed Apandi Ali kerana membersihkan nama Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB.

“Sekiranya beliau (Apandi) hanyalah ‘mengikut jejak langkah ketuanya’ jadi beliau sepatutnya tidak berada dalam keadaan keliru apabila membuat keputusan dan mengarahkan SPRM untuk menutup kes yang sedang disiasat.”

“Dalam keadaan sekarang, keputusan beliau telah membangkitkan banyak persoalan berkenaan dakwaan terhadap PM dan siasatan yang berkaitan dengan aktiviti 1MDB dan individu-individu yang berhubungkait dengan syarikat tersebut,” kata Abu Talib.

Nampaknya Abu Talib sudah lupa apa yang telah beliau lakukan pada tahun 1990, ia telah menyebabkan kemarahan mendiang Karpal Singgh. Malahan, seluruh negara turut sama menyuarakan kemarahan mereka. Ini berdasarkan apa yang telah dilaporkan oleh………….BACA SINI http://www.bicara.news/category/politik/

1.5 Juta Pekerja Bangladesh, Di Mana Silapnya?

Kemasukan warga asing sama ada secara sah mahu pun tidak menjadi perbincangan hangat sepanjang minggu ini. Ditambah dengan kenyataan bahawa kerajaan akan ‘membawa’ masuk sejumlah 1.5 juta warganegara Bangladesh untuk bekerja dalam negara ini.

Umum seperti keliru apabila membahaskan tentang implikasi yang sedia wujud dengan kebanjiran rakyat asing yang masuk bekerja di negara ini.

Kemalasan meredah fakta dan faktor menjadi penyakit kepada kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak memahami langkah yang diambil sebenarnya untuk mengatasi masalah lain yang lebih besar dan mampu menggugat kestabilan ekonomi negara secara umumnya.

Kekeliruan mereka ditambah dengan sajian berita jenayah yang melibatkan warga asing di Malaysia sedangkan menurut sumber, data warga asing yang berdaftar secara sah untuk bekerja di Malaysia melakukan jenayah amat kecil jika dibandingkan dengan pendatang asing tanpa izin yang lebih terdorong untuk melakukan jenayah akibat desakan hidup kerana masuk secara tidak sah dan tidak mampu untuk kekal bekerja di satu-satu tempat bagi tempoh yang lama.

Di mana…………………..

Baca Seterusnya Klik http://www.bicara.news/category/fokus/

YDP Majlis Perbandaran Terlibat Popularkan Peliwat?

Papan Iklan “BEBAS RAKYAT BEBAS ANWAR” disekitar Subang Jaya yang berada dalam pentadbiran MPSJ mengajak rakyat membebaskan seorang banduan di Penjara Sungai Buloh?

Apa perlunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat iklan mengajak rakyat Selangor menentang keputusan Mahkamah terhadap Anwar Ibrahim yang didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantunya?.

Fakta Kes Liwat Anwar:-

“Pada 10 Februari 2015, Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful dan Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Anwar meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada………………………

Baca Seterusnya Klik http://www.bicara.news/category/politik/

Skandal Azmin Ali, SPRM Tunggu Apa?

Kelemahan PKR mentadbir Selangor sangat terserlah dengan pelbagai isu yang melanda kepimpinan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selepas ‘Langkah Kajang’ ciptaan PKR berjaya menempatkan Presiden PKR sebagai Adun di Selangor. Selepas dilantik menjadi MB Selangor, Azmin tidak mengambil masa lama untuk mencipta kontroversi dengan gimik ‘badut’ berkempen melalui “sessi bergambar”.

Baca: ‘Telaga’ Di Jalanraya Selangor: Peruntukan Dari Kerajaan Pusat Azmin Guna Untuk Politik?

Penyebaran propaganda Azmin melalui foto yang telah disediakan skripnya tidak begitu berjaya akibat gerakan sulit………………….

Baca Seterusnya Klik http://www.bicara.news/category/politik/