Dana Zionis : PAS Serang DAP, UMNO Yang Salah?

Lim Guan Eng secara konsisten dalam rangka strateginya memburukkan nama UMNO BN. Umpama kalau ada gempa bumi berlaku pun Guan Eng akan salahkan UMNO BN?

Terbaru Guan Eng dengan mudah menuduh PAS telah menggunakan taktik Umno untuk menyerang DAP, terutamanya dalam dakwaan terbaru bahawa parti itu ditawarkan oleh Israel sebanyak AS$ 300 juta (RM1.2 bilion) pada pilihan raya umum lalu untuk membina sebuah pangkalan udara di Port Dickson sekiranya menawan Putrajaya.

Anak kepada ‘Ketua Umum DAP’ Lim Kit Siang berkata, bekas pegawainya Razali Abdul Rahman,…………………………..

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Tiada Kepentingan Melayu Jadi PM Jika Pakatan Menang-Lim Kit Siang

DAP memberi jaminan Pakatan Harapan tidak akan melepaskan kuasa memerintah negara jika parti itu dan Pakatan Harapan ditakdirkan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi jaminan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (yang didominasi oleh DAP) tidak akan menjadi kerajaan selama satu penggal sahaja.

“Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan tidak mahu menjadi kerajaan satu penggal sahaja tetapi akan terus mendapat mandat dalam…………………………

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/politik/

Tony Tidak Tahu Malu.

“Kalau nak bergantung pada dokumen awam, kita semua tutup kedailah, tak perlu ada siasatan,” kata Datuk Liang Teck Meng.

Teck Meng yang juga ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata demikian sebagai reaksinya terhadap kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, hari ini.

Dalam kenyataan yang dilaporkan portal berita itu, Pua mempertahankan dirinya dengan mengatakan kritikan secara terbukanya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melanggar Peraturan Mesyuarat kerana menggunakan maklumat yang sudah diketahui umum.

Bagaimanapun, Teck Meng berkata kenyataan itu disifatkannya sebagai mengejutkan dan memalukan kerana ia seolah-olah membelakangkan proses siasatan PAC yang dilakukan secara adil dan telus.

“Saya terkejut dengan kenyataan begini, dia buat ‘statement’ berdasarkan dokumen umum.

Saya rasa malu sebagai ahli PAC. Mana boleh kita buat sesuatu…………….

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

DAP Akui Sukar Tawan Sarawak.

DAP Sarawak dijangka berdepan keadaan sukar bagi mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya negeri.

Susulan peningkatan sokongan terhadap Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, BN dijangka menang di semua kerusi majoriti Islam dan penduduk pribumi, kata penganalisis James Chin.

“Kerusi Cina satu-satunya kerusi dalam bahaya. Selagi pertembungan satu sama satu BN-DAP, BN akan dapat kurangkan majoriti DAP.

“Tetapi jika keadaan tiga penjuru antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan DAP, ia akan beri kemenangan mudah buat DAP,” kata Chin.

DAP mendapat kerusi paling banyak dalam pilihan raya negeri 2011. Parti itu menang 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi.

Sekutu mereka PKR sebaliknya hanya……………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/dap0.8

PAS Bakal Di Saman.

Lim Kit Siang dilihat agak panas apabila memberi jawapan terhadap isu yang dikatakan hangat berlegar di media internet dan juga akhbar-akhbar tabloid berlabel politik. Isu dakwaan bahawa DAP dikatakan menerima dana pilihanraya dari Israel.

Dengan nada seperti mengugut, Lim Kit Siang menjanjikan “harga mahal” di mahkamah untuk pihak di sebalik dakwaan Israel menawarkan RM1.2 bilion kepada DAP sebagai tukaran kepada pangkalan tentera laut di Port Dickson.

Ketua anggota parlimen DAP itu berkata dakwaan itu tidak berasas dan melulu selain melambangkan sikap terdesak dalam politik.

Beliau menjangkakan peguam-peguam DAP akan…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Guan Eng Gila Kuasa.

DAP melalui Pakatan Harapan sudah mula bermain dengan isu BR1M dan GST untuk mempengaruhi rakyat dalam usaha mencipta persepsi buruk kepada Kerajaan BN secara berterusan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang di perkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak banyak memberi impak positif kepada yang memerlukan selain dari GST yang akan memberi pulangan kepada pendapatan Negara di lihat sebagai ancaman kepada DAP dalam menghadapi Pru14.

Bagaimanapun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berhasrat menghapuskan cukai GST dan mengembalikan cukai lama, SST jika Pakatan memerintah. Mereka berpendapat dengan menghapuskan cukai GST akan memberi kelebihan kepada rakyat namun sebenarnya ini adalah muslihat tersembunyi oleh DAP.

Rakyat sudah cerdik dalam menilai antara kebaikan dan keburukan antara dua jenis cukai tersebut dan tidak ‘bodoh’ seperti yang…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Dyana Sofea Sokong Israel?

Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Dyana Sofya Mohd. Daud menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan sikap pilih kasih dengan melarang dua atlet dari Israel menyertai satu pertandingan sukan di negara ini.

Kata beliau, kerajaan Malaysia sepatutnya mengenakan tindakan yang sama ke atas negara lain seperti Myanmar dan Sri Lanka kerana melakukan genosid terhadap umat Islam di negara itu.

“Kita tidak sepatutnya `double standard’ dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin menerusi laman Facebook beliau.

Dyana Sofya dalam nada provokasi turut menyatakan bahawa langkah tersebut bagi menghantar mesej jelas kepada pemimpin negara terbabit walaupun tidak adil kepada atlet mereka.

“Ini adalah pendirian peribadi saya,” katanya.

Pemimpin DAP sebelum ini mengutuk kerajaan Malaysia menyekat dua atlet Israel menyertai……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/dyana sofea

“Batut” Bakal Gugur Pru14

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dikatakan tidak akan di pilih mewakili parti tersebut dalam Pru akan datang. Menurut sumber dari bilik gerakan pakatan harapan, penguguran Kor Ming adalah kerana pimpinan tertinggi DAP mahu memberi laluan kepada muka baru.

Turut tidak di nafikan ialah penglibatan Nga dalam beberapa siri ‘skandal projek’ yang memberi impak negatif kepada DAP dan yang terbaru kebocoran bahawa beliau amat tidak begitu mahir berbahasa kebangsaan yang menyebabkan DAP malu. Isu “BATUT”.

Antara ‘Skandal’ Nga:

Dikenali sebagai seorang yang biadap berikutan merujuk Menteri Besar Perak, Dato Zambry Kadir sebagai “black metalic” dalam satu ceramah pada 2011 di Kamunting. Walau bagaimanapun Kor Ming menafikannya. Perkara tersebut juga menimbulkan rasa tidak senang kepada mendiang Karpal Singh.

Kor Ming merupakan antara yang lantang dalam mengkritik serta memfitnah pemimpin lawan dalam isu rasuah serta salah guna kuasa. Namun begitu ternyata Nga tidak terlepas dari melakukan kesalahan sama.

Syarikat milik isteri beliau dikatakan mendapat kontrak membekalkan………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Pemuda AMANAH Wayang Kuat.

AMANAH, Parti baharu yang mengaku mereka juga dari kelompok parti berlandaskan Islam nampaknya tidak mahu ketinggalan di dalam isu mengecam DAP walaupun mereka adalah dari gabungan yang sama, pakatan harapan.

Menurut sumber dalaman Pakatan Harapan, Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar terpaksa bersandiwara kerana ‘label’ landasan perjuangan mereka yang sama dengan PAS, Islamik.

Malah nada Fakhrulrazi sama sahaja dengan wakil PAS dengan tempelak bahawa angkah sekatan ke atas peserta luncur angin dari Israel dalam Kejohanan Perahu Layar Remaja Dunia Persekutuan Perahu Layar Antarabangsa 2015 (ISAF YWC 2015) di Langkawi, Kedah adalah perlu sebagai tanda protes terhadap kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Fakhrulrazi turut membidas kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin semalam yang mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Khairy……………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

PAS Beri Amaran Kepada DAP.

Langkah Kerajaan Pusat melalui Kementerian Belia dan Sukan bukan sahaja mendapat sokongan yang amat padu dari Mufti negeri Perlis malah Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak, Mohd. Akmal Kamaruddin juga menyokong langkah sekatan tersebut dan menegaskan bahawa keputusan itu adalah tepat.

Langkah kerajaan Malaysia menafikan visa atlet Israel daripada bertanding dalam sukan luncur angin di negara ini cuma perkara kecil berbanding kejahatan yang dilakukan rejim zionis ke atas rakyat Palestin selama ini memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan antara negara yang menentang kezaliman zionis.

Pemuda PAS turut menyelar sikap biadap DAP membantah tindakan kerajaan menyekat dua altet Israel Yoav Omer dan Noy Drihan daripada……………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/