DAP Lebih Zalim….

KUALA LUMPUR – Definasi zalim ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak tepat kerana ia dibuka untuk dibahas dan dipersetujui berdasarkan majoriti undi di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Itu bidasan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin dalam perbahasan di Dewan Negara di sini pada Selasa berhubung kenyataan Senator Siti Aishah Shaik Ismail yang mendakwa RUU MKN konon bersifat zalim.

“Definisi zalim saya hendak beritahu apabila ada seorang yang ada personaliti, ada kuasa tetapi kuasa yang ada telah disalahgunakan kepada rakyat di bawah jajahannya.

“Tidak pernah lagi dalam mana-mana sejarah, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), ahli parlimen BN, ahli Dewan Negara BN menangis minta pembelaan seperti berlaku kepada ADUN PKR Penanti.

“Menangis di dalam sesi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kerana sudah bertahun-tahun jadi ADUN Penanti ditipu parti sendiri,” kata Megat Zulkarnain sewaktu membahaskan RUU MKN…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

DAP Dan Politik Kotor Seiring – Adenan.

Kenyataan Penasihat DAP, LimKit Siang bahawa Sarawak meragui kepimpinan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah satu kenyataan dangkal untuk pemimpin veteran sepertinya.

Malaysiakini seperti lazimnya akan membuat spekulasi berlebihan untuk mendatangkan keraguan terhadap kerajaan dalam usaha menjatuhkan kredibiliti Najib.

Ketua Menteri Sarawak berkata “selagi Najib belum di buktikan bersalah BN Sarawak akan memberi sokongan dan taat setia kepadanya selaku Pengerusi BN Pusat dan Perdana Menteri”.

DAP di lihat cuba mengaitkan isu 1MDB sebagai satu faktor mengapa Sarawak perlu menarik balik sokongan terhadap Najib selaku Perdana Menteri, namun hakikat sebenar Kit Siang sebenarnya mahu menekan kerajaan agar tidak membenarkan Umno untuk masuk ke kancah politik negeri tersebut.

Secara terbuka Umno telah lama umumkan tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak. Faktor budaya politik yang agak berbeza menjadi penyebab untuk tidak berada di Bumi………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/pandangan/