PAN Makin Haloba

Ketika DAP bergelut untuk mengikis label ‘anti-Melayu’ terhadap parti itu, rakan sekutunya PKR menyarankan DAP menukar separuh daripada kerusi majoriti Cina yang diwakilinya sekarang dengan Parti Amanah Negara (PAN).

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang berkata, sebagai pertukarannya, DAP boleh bertanding di kerusi majoriti campuran atau majoriti Melayu yang dijangka diperuntukkan kepada parti serpihan PAS itu.

“Ini akan membantu AMANAH mendapatkan sebilangan kerusi yang boleh menang manakala DAP mencapai transformasinya untuk menjadi parti berbilang……………………………..

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/politik/

‘Bebas Anwar’ Hilang Pun Salah BN?

SALAH seorang pakar strategi tentera Nazi Jerman era Perang Dunia Kedua, Paul Joseph Goebbels pernah berkata bahawapembohongan yang diucap berulang kali oleh seseorang lama-kelamaan ia pasti akan dipercayai jua.

Baca: Suami-Isteri Bercerai Salah Kerajaan BN – Parti PAN

Begitulah gambaran senario politik di Malaysia apabila pihak pembangkang di Malaysia begitu rajin mereka cerita fitnah mengenai sesuatu isu sensasi sehingga ia langsung dipercayai majoriti rakyat sebagai betul waima ia palsu.

Strategi jahat ini amat aktif digunakan pembangkang sebenarnya bagi menutup kelemahan dalam………………

Baca Seterusnya Klik  : http://www.bicara.news/category/politik/

Salah Umno?

Pembangkang mendakwa kegagalan kerajaan mendidik masyarakat tentang institusi kekeluargaan punca kadar perceraian di Malaysia naik mendadak dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini.

Parti Amanah Negara (PAN) berkata, kes cerai di Malaysia kononnya meningkat kerana aspek pendidikan suami isteri dan ibu bapa tidak dipandang berat oleh pihak berkuasa selama ini.

“Psangan suami isteri perlu mempunyai ilmu dan berkesefahaman dalam tanggungjawab mendidik anak-anak kerana seringkali urusan dan tekanan berkaitan membesarkan dan mendidik anak-anak menjadi antara punca perbalahan suami isteri.

“Malang sekali kursus pra-perkahwinan selama ini yang diwajibkan ke atas pasangan yang belum berkahwin tidak menekankan tentang pendidikan ini sebaliknya menjadi tempat……………………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

PAN Bergantung Dengan “Tongkat Ali”

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah menjangkakan hayat Pakatan Harapan mungkin dapat bertahan lama jika perikatan itu mengamalkan ‘Tongkat Ali’.

“Jangka hayat Pakatan Harapan, saya tidak tahu kalau diorang makan “tongkat Ali” mungkin panjang,” kata Mohd Amar sambil ketawa kecil sebelum berlalu meninggalkan pemberita selepas menghadiri taklimat khas presiden di Taman Melewar hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan apa yang dimaksudkannya dengan istilah ‘Tongkat Ali’ itu.

Nik Mohd Amar yang juga pesuruhjaya II PAS Kelantan berkata……………………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Mat Sabu Ugut Siapa?

Seolah-olah sudah muak dengan perangai rakan pakatan baru, Kerajaan negeri Selangor menyelar parti Mat Sabu bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai masa untuk melayan karenah mereka yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi untuk ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), kata ahli exco kanan, Datuk Teng Chang Khim.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan terjejas jika PAN enggan menerima lapan kerusi majlis tempatan yang diperuntukkan itu.

“Kerajaan negeri tidak kisah kalau PAN tidak mahu terima tawaran lapan kerusi PBT berkenaan. Kita akan serahkan semula kepada PKR, PAS dan DAP untuk uruskan seperti sebelumnya.

“Kita tidak ada masa untuk layan semua ini. Lagipun tak nak timbul gangguan tugas harian peringkat PBT, buat masa ini terimalah dahulu lapan kerusi itu tapi kita harap………………………

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Dana Zionis : PAS Serang DAP, UMNO Yang Salah?

Lim Guan Eng secara konsisten dalam rangka strateginya memburukkan nama UMNO BN. Umpama kalau ada gempa bumi berlaku pun Guan Eng akan salahkan UMNO BN?

Terbaru Guan Eng dengan mudah menuduh PAS telah menggunakan taktik Umno untuk menyerang DAP, terutamanya dalam dakwaan terbaru bahawa parti itu ditawarkan oleh Israel sebanyak AS$ 300 juta (RM1.2 bilion) pada pilihan raya umum lalu untuk membina sebuah pangkalan udara di Port Dickson sekiranya menawan Putrajaya.

Anak kepada ‘Ketua Umum DAP’ Lim Kit Siang berkata, bekas pegawainya Razali Abdul Rahman,…………………………..

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

PAN Hina Ulama’ PAS Lagi?

Naib Presiden PAN, Hasanuddin Mohd. Yunus mengingatkan seluruh umat Islam kononnya ulama-ulama PAS yang menyatakan kesediaan menjalinkan kerjasama dengan UMNO demi perpaduaan umat merupakan golongan yang tertipu.

Tambah beliau, ulama PAS yang tertipu terbabit terpaksa memberi alasan yang tidak jelas kepada orang ramai berhubung kerjasama diantara PAS dengan UMNO tersebut.

“Sebarang usaha mana-mana ulama atau parti politik lain untuk menjalin hubungan dengan UMNO atas alasan yang tidak jelas adalah dikira tertipu,” dakwanya lagi……………

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

PAS Takut PAN,Akur Kehendak Azmin

PAS Selangor menghormati keputusan Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk melantik ahli-ahli parti Mat Sabu sebagai ahli majlis tempatan, walaupun ia tidak mengiktiraf parti serpihannya itu.

“Walaupun PAS tidak mengiktiraf AMANAH dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya namun kami memahami dilema yang dihadapi oleh Azmin.

“Tetapi ini sama sekali tidak mengubah pendirian kami terhadap PAN yang telah mengkhianati PAS dan sentiasa menyerang PAS,” kata setiausaha PAS Selangor Mohd……………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

PAS Tolak PAN

Pintu perbincangan antara PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) sudah ditutup untuk rundingan mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata perbincangan itu tidak perlu diadakan kerana Amanah pernah membuat perjanjian dengan parti itu untuk tidak bertanding di Kelantan.

“Tapi dia (Amanah) kena ingat janji dia dahulu (untuk tidak bertanding) di Kelantan… orang ingat janji dia tu.

“Kalau dia nak bertanding itu hak dia. Dalam negara demokrasi tak ada orang boleh ganggu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri satu mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini………………………….

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Pemuda PAN Hina Ulama’

Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) memperlekehkan hasrat Rayani Air mahu mendapatkan khidmat Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din sebagai Penasihat Syariah syarikat penerbangan itu.

Pengarah Hal Ehwal Ekonominya, Syed Marwan Mujahid turut mempersoalkan mengapa Rayani Air yang tidak pernah mempunyai panel penasihat syariah atau ahli lembaga syariah tetapi berani menyatakan syarikat penerbangan itu patuh syariah sebelum ini.

“Sejauh mana Rayani Air patuh syariah? Apa definisi patuh syariah? Siapa yang mengesahkan mereka patuh syariah? Adakah cukup pramugari pakai tudung dan tidak hidang arak boleh dipromosikan sebagai patuh……………………..

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/fokus/