Anwar Tidak Penting Selagi Tun M Bersama DAP

DAP hari ini menegaskan untuk terus bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun selepas terdedahnya ‘warkah dari penjara’ hasil nukilan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam respons pertama dari DAP sejurus tersebarnya surat tersebut semalam, Tony Pua berkata, keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara biasa.

Baca: Deklarasi Mahathir Cacat Dan Tidak Selaras Dengan PKR – Rafizi

“Ia adalah reaksi yang biasa. Selain Anwar, masih ramai di luar sana yang sangsi dengan Mahathir. Sama seperti mereka meragui ketika Anwar menyertai pembangkang banyak tahun yang lalu.

“Kebimbangan beliau itu ada rasionalnya seperti kami jua. Kami juga takut dipergunakan (oleh Mahathir demi agenda peribadi),” kata Pua (kiri) yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu.

Dalam surat dengan lapan halaman itu, Anwar mengejutkan banyak pihak dengan kritikan terbuka terhadap Mahathir dan Deklarasi Rakyat selain menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia.

Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat ‘orang kanan’ perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.

Antara inti pati amanat Anwar itu ialah terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat sehingga menggugat perjuangan parti itu.

Deklarasi Rakyat turut menafikan kepentingan moral untuk “reformasi terhadap demokrasi yang beramanah” dengan hanya menumpukan kepada pengunduran Najib dan jauh terpesong daripada asas perjuangan PKR untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah, kata Anwar lagi.

Mahathir juga disifatkan sebagai pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan sambil memetik memetik ungkapan oleh penyair Inggeris terkenal, William Shakespeare : “ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota”.

Mengulas lanjut, Pua menambah, selepas menimbang buruk baiknya dalam kerjasama dengan Mahathir, DAP merasakan boleh meraih manfaat dalam kerjasama itu, terutama penyokong BN yang dibawa olehnya.

“Titik utama ialah kita mampu mendekati penyokong BN menerusi Mahathir. Kami boleh menggunakan pengaruh beliau untuk mendekati lebih ramai penyokong,” ujarnya.

“Peluang ini akan digunakan untuk menerangkan kepada penyokong BN tentang pendirian kami supaya mereka lebih mengenali Pakatan Harapan dengan lebih baik. Dan, kita mendapat lebih banyak sokongan,” katanya.

Siapa ‘abang besar’?

Dapatkan lebih banyak bahan bacaan di SINImahathir-kit-siang-close-600x360

Advertisements

PAS Tolak Usaha Guling PM Najib

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjawab persoalan mengapa PAS tidak mengambil kesempatan untuk menumbangkan UMNO pada waktu parti Melayu itu sedang diserang hebat oleh Pakatan Harapan melalui kerjasama kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Baca: PAS Dedah DAP Tidak Boleh Terima Islam Sebagai Pemimpin

Abdul Hadi turut memberi beberapa sebab mengapa PAS enggan bersengkongkol dengan konspirasi kumpulan Mahathir dan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak sah iaitu melalui demontrasi dan rusuhan jalanan.

“Ramai bertanya, mengapa PAS tidak mengambil peluang daripada krisis parti kawan dan lawan yang sedang dihadapi oleh masing–masing? Khususnya kerana PAS dikira selesai menghadapi masalah dalamannya, sehingga menyingkirkan masalahnya menjadi serpihan (Parti Amanah Negara).

Baca Selanjutnya SINI

Husam Hasut Lawan Presiden?

Mantan Exco Kanan Kerajaan Kelantan  Dato’ Husam Musa yang diketepikan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas kalah dalam permilihan parti pada jun tahun lalu telah membawa haluan sendiri.

Baca: PAS Dedah DAP Tidak Boleh Terima Islam Sebagai Pemimpin

Menurut sumber Husam sekarang ini bergerak aktif diatas pentas Pakatan Harapan (PH) yang ditubuhkan 5 bulan yang lalu setelah Pakatan Rakyat (PR) sebelum itu telah dikianati PAS berkubur.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS penggal yang lalu dipinggirkan dari parti itu selepas kematian Dato’ Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana ketika itu orang kanan kepada mantan Menteri Besar dan PAS Kelantan.

Husam ketika ini giat membongkarkan salah laku pentadbiran dan penyelewengan PAS di Kelantan serta membuat kecaman terhadap Presiden parti itu dengan harapan beliau akan dipecat dari PAS.

Terbaru Husam yang memperlekehkan kata-kata Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang selepas PAS menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menegur  secara berhemah dan sedia menjadi penasihat kerajaan.

Menurut sumber  dari PH Kelantan ada individu  dari PAS Terengganu datang ke Kelantan berkunjung serta mengadap mantan naib presiden PAS itu.

SIAPAKAH yang membuat pertemuan SULIT dengan Husam yang datangnya dari PAS Terengganu?

ADAKAH orangnya dari kepimpinan tertinggi PAS Terengganu yang membuat penafian bahawa mereka ada gerakkan untuk menjatuhkan Hadi dalam senyap?

Umum mengetahui pergolakan PAS Terengganu ketika…………

Baca Selanjutnya Di SINI

Mahathir ‘Adiwira’ Baru Pakatan Haram

Selepas Mahathir mengumumkan keluar daripada Umno buat kali kedua, persoalan yang timbul kini ialah sama ada tindakan yang dibuat bekas perdana menteri tersebut memberi impak kepada parti Melayu terbesar itu ataupun tidak.

Baca: Kit Siang-Mahathir Akhirnya Bersama Untuk Hancurkan UMNO BN

Ada pihak yang menganggap pendirian yang dibuat bekas perdana menteri itu memberi kesan kepada Umno dan ada juga yang merasakan tindakan Mahathir itu umpama memberi ‘harapan’ kepada pembangkang.

Berikut adalah pandangan penganalisis politik Prof Ahmad Atory Hussain, Prof Madya Dr Jeniri Amir serta Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahmad Atory: Tak goyah mana pun. Umno akan terus relevan dan kesan Tun Mahathir keluar (parti) tak banyak sebab Tun hanya merajuk dengan Najib tetapi dia………

BACA SINI

Apa Agenda Sebenar WSJ?

SEJAK setahun lalu, beberapa penerbitan antarabangsa tertentu nampaknya memberi tumpuan luar biasa terhadap Malaysia.

Lazimnya, kita pasti berbangga apabila akhbar seperti The Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT) memberi ruang luas bagi liputan berkaitan Malaysia.

Baca: Mahathir Pencuri – Lapor WSJ

Bagaimanapun, ia bergantung sama ada laporan mereka tidak berat sebelah, selari dengan protokol kewartawanan yang diperakui dan bertujuan memberi maklumat kepada pembaca berhubung isu penting buat mereka.

Bagaimanapun, seperti diduga sebahagian besar daripada kita ialah Kempen Anti-Najib menggunakan media barat ini sebagai antara pengisian kempen bermotif politik untuk menjatuhkan Najib, tanpa menghiraukan kesannya………..

BACA SINI

Gobind Deo Tidak Berani Desak Siasat DAP

Gobind Singh Deo Ahli Parlimen DAP Puchong yang lantang bersuara mendakwa dan membidas Kerajaan Pusat kononnya melakukan penyelewengan dan ketirisan sepatutnya berasa malu dengan dirinya sendiri dan partinya yang hari ini kerana kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor yang sebenarnya sedang berdepan dengan masalah ketirisan,pembaziran wang rakyat dan pengagihan projek-projek kepada kroni pihak-pihak tertentu sahaja. Dan ianya ‘dibocorkan’ oleh kepimpinan mereka sendiri.

Baca: Skandal Rasuah Mega Kerajaan Pulau Pinang, Pengakuan Bekas Pemimpin DAP Terima Latihan Di Israel

Pendedahan salah laku terhadap kegagalan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yan didedahkan sendiri oleh individu-individu yang berada dalam DAP dan PKR langsung tidak diambil peduli oleh pimpinan atasan kedua-dua parti tersebut.

Antara pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP……….

BACA SINI

Mahathir Keluar Kali Ke 2, Umno Terus Ke Hadapan

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO bukan mengejutkan dan ia tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kepada agenda kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang diperjuangkan parti itu.

Baca: Tidak Perlu Sepakat Dalam Isu Buang Wakil PKR – Pemimpin DAP

“Bagi UMNO, kita akan teruskan agenda kita sebab banyak tugas yang perlu kita sempurnakan.

“Saya harap kita akan memberi fokus kepada perkara yang kita nak perjuangkan supaya UMNO lebih kukuh dalam berdepan pelbagai cabaran terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang,” kata Perdana Menteri.

Najib yang juga Presiden UMNO menjawab soalan pemberita mengenai perkara berkenaan di Jeddah pada Selasa malam. Beliau kini melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi.

Dr Mahathir pada 29 Feb lepas mengumumkan…………………..

BACA SINI