DAP Akui Sukar Tawan Sarawak.

DAP Sarawak dijangka berdepan keadaan sukar bagi mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya negeri.

Susulan peningkatan sokongan terhadap Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, BN dijangka menang di semua kerusi majoriti Islam dan penduduk pribumi, kata penganalisis James Chin.

“Kerusi Cina satu-satunya kerusi dalam bahaya. Selagi pertembungan satu sama satu BN-DAP, BN akan dapat kurangkan majoriti DAP.

“Tetapi jika keadaan tiga penjuru antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan DAP, ia akan beri kemenangan mudah buat DAP,” kata Chin.

DAP mendapat kerusi paling banyak dalam pilihan raya negeri 2011. Parti itu menang 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi.

Sekutu mereka PKR sebaliknya hanya……………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/dap0.8

Tarikh Pilihanraya Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam tadi membayangkan bahawa pilihan raya negeri Sarawak mungkin diadakan pada Mac depan.

Ketika berucap Sambutan Tahun Baru 2016 dan Sarawak Bebas Tol di Jambatan Tun Abang Mohammad Salahuddin di sini, beliau meminta rakyat Sarawak menunaikan janji mereka kepada kerajaan dengan memberinya lima tahun lagi tempoh sebagai ketua menteri.

“Kerajaan sudah tunaikan janjinya untuk memansuhkan tol di negeri ini dan saya mahu melihat rakyat Sarawak pula menunaikan janji kepada kerajaan dalam masa tiga bulan lagi.

“Sekiranya kita boleh bersama-sama menunaikan janji kita, maka Sarawak akan menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur,” katanya kepada lebih 10,000 rakyat Sarawak yang membanjiri jambatan itu malam tadi.

Adenan juga berkata beliau telah mendapat persetujuan daripada pemimpin Umno bahawa parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak.

“Saya juga mahu supaya DAP, PKR dan parti-parti Semenanjung tidak datang…………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/