“Jangan hilang dia dari mata aku” – Rubiah Samah Terharu Umrah Di Taja Kayveas

Kesejukan suasana di Cameron Highlands tidak pernah menghalang seorang ahli politik ini bekerja mendekati rakyat, suatu usaha yang sudah dilakukannya sejak Februari 2000. Boleh dikatakan, hampir setiap minggu, kelibatnya akan kelihatan di sekitar Cameron Highlands dengan mendekati warga di sini samada menghadiri majlis perkahwinan, kematian dan macam-macam majlis lagi.


Dia yang dimaksudkan adalah Tan Sri Dr M Kayveas, Presiden myPPP, salah sebuah parti komponen di dalam Barisan Nasional. Mungkin ada yang sudah mengenali caranya dan mungkin baru sahaja mengenali cara kerjanya. Bagi penulis, gerak kerja beliau memang diakui dan begitu mudah mendekati rakyat tanpa mengira apa jua kaum dan fahaman politik.

Kesempatan yang tidak diduga langsung ini berlaku sewaktu penulis berkunjung ke Cameron Highlands bersama-sama keluarga. Secara kebetulan, beliau ada di salah sebuah restoran di Tanah Rata dan pada kesempatan berkenaan penulis mendekati beliau dan cuba memahami aspirasi beliau di Cameron Highlands ini.

Secara amnya, beliau tidaklah lokek untuk menceritakan apa yang beliau mahu lihat di Cameron Highlands ini. Baginya, apa yang beliau harapkan adalah pembangunan berterusan serta segala perit jerih masalah rakyat di Parlimen ini dapat beliau dengari dengan lebih rapat lagi. Oleh yang demikian, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendekati rakyat pada bila-bila masa sekalipun.

Baginya, adalah menjadi satu kepuasan untuknya bekerja untuk rakyat dan membantu rakyat selagi yang beliau mampu. Mungkin ada yang mendakwa, apa yang dilakukannya ini hanyalah untuk mempopularkan dirinya sewaktu negara di ambang Pilihan Raya Umum ke 14. Dengan bersahaja beliau menjawab, saya hanya mahu mendekati warga Cameron Highlands yang begitu inginkan suara mereka didengari oleh seorang wakil rakyat.

Hal siapa yang terpilih, bukanlah terletak ditangan beliau. Apa yang beliau tahu, beliau meneruskan usaha beliau sejak tahun 2000 dalam mendekati warga Cameron Highlands di samping memberikan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan.

Ditengah-tengah perbualan penulis, secara tiba-tiba diganggu dengan kehadiran seorang warga emas yang dikenali sebagai Puan Rubiah Binti Samah. Tidak ada sesiapa menduga, kehadirannya itu hanyalah untuk menyampaikan rasa terima kasih yang teramat sangat kepada Tan Sri Dr M Kayveas kerana sudi menajanya menunaikan Umrah.

Siapa sangka, keluh kesahnya yang begitu ingin menunaikan Umrah ditunaikan oleh Tan Sri Dr M Kayveas secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Mungkin, buat pertama kali dalam hidup Puan Rubiah, dia memeluk seorang lelaki lain selain daripada suami dan anaknya tanda mengucapkan beribu-ribu kesyukuran di atas kesudian beliau menaja pemergiannya ke Tanah Suci yang dijangka akan berangkat pada 31 Januari ini.

Ketika menanyakan tentang hal ini, Puan Rubiah memberitahu, dia tidak pernah terfikir akan ada mana-mana pemimpin akan menajanya ke Tanah Suci. Baginya, apa yang dilakukan oleh Tan Sri Dr M Kayveas ini cukup luar biasa dan tidak mungkin mampu ditandingi oleh mana-mana pemimpin BN yang pernah mengemudi kerusi Parlimen Cameron Highlands ini.

Tidak banyak yang dia mahu. Apa yang dia hajatkan agar Parlimen ini berada ditangan yang betul dan disukai oleh rakyat. Puan Rubiah secara terbuka menolak sebarang perubahan kerajaan termasuk Parlimen Cameron Highlands ini ditadbir oleh orang yang salah terutamanya sekali dari Pakatan Harapan.

Memang sukar untuk menjangka, siapakah yang akan menjadi calon pilihan untuk kesemua 222 buah kerusi Parlimen yang akan mewakili BN kelak, terutamanya sekali kerusi Parlimen Cameron Highlands. Cuma, seperti apa yang diharapkan oleh Puan Rubiah, biarlah calon berkenaan mampu bekerja untuk rakyat dan diterima oleh rakyat.

Tidak guna hanya melaungkan sesebuah kerusi itu sebagai kerusi tradisi namun dari segi penerimaan rakyat, ianya tidak begitu memberansangkan. Apa yang ditunjukkan serta komen-komen rakyat di sekitar Cameron Highlands dan Kampung Raja telah menunjukkan sesuatu yang mungkin akan menyaksikan, vateran politik ini kembali bersaing untuk merebut sebuah kerusi Parlimen.

Surat Terbuka Untuk Muhyiddin, Shafiee Dan Mukhriz Mengenai seruan Mahathir

Tindakan Mahathir yang menyeru kepada kekalahan Barisan Nasional dalam 2 Pilihanraya Kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar adalah sesuatu yang mengecewakan saya selaku ahli Umno berdaftar yang menjunjung demokrasi dalam parti tertua kaum Melayu iaitu Umno.

Rentetan deklarasi rakyat yang di terajui Mahathir bersama pembangkang dan di sertai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafiee Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir telah membuat siri jelajah menyeru rakyat agar menandatangani satu desakan agar Yang DiPertuan Agong untuk melucutkan jawatan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Siri jelajah yang mengumpulkan sejuta tandatangan untuk mendesak YDPA melucutkan jawatan PM bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan ini merupakan satu penghinaan kepada sistem yang digunapakai sejak merdeka.

Saya Yusman Zahari Zakaria no k/p 730726125297 dan ahli Umno no 03644769 dari cawangan Sg Koyan 2 Bahagian cameron Highlands mendesak agar satu kenyataan daripada Muhyiddin, Shafiee dan Mukhriz menyatakan pendirian mereka berkaitan seruan Tun Mahathir yang menyeru kepada kejatuhan Barisan Nasional di Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Adakah mereka menyokong seruan Mahathir dan rela belot kepada perjuangan Umno dan BN terhadap rakyat Malaysia dan bersedia meninggalkan Umno untuk menyertai gerakan Mahathir menjatuhkan Najib dan BN?

Surat terbuka ini tidak di pengaruhi mana mana individu dan datang dari pemerhatian saya sejak dari 2015 berkaitan tindak tanduk Tun M yang mencari jalan menjatuhkan Najib dan menggunakan nama rakyat untuk meraih simpati. Tindakan Mahathir telah menimbulkan perpecahan di kalangan ahli Umno dan ini amat menggusarkan saya selaku ahli Umno yang mahu Umno terus menerajui tampuk kepimpinan negara.

Muhyiddin, Shafiee dan Mukhriz pula sebagai ahli Umno perlu menyatakan pendirian mereka agar rakyat tidak terus dikelirukan dengan penglibatan mereka dalam siri jelajah ‘Selamatkan Malaysia’ yang diterajui bersama pembangkang.

Perlu juga diingatkan mereka masih ahli Umno dan seharusnya mematuhi perlembagaan parti sebagaimana ahli Umno yang lain. Jika mereka tidak lagi mempercayai kepimpinan parti maka lebih elok mereka mengisytiharkan keluar dari Umno sebagaimana yang dilakukan Mahathir.

 

 

#PRNSarawak – DAP Kena Terima Hakikat Tsunami Adenan Lebih Hebat

 

Seorang lagi wakil Pakatan Harapan tidak dibenarkan memasuki Sarawak untuk turut berkempen dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11. Jagdeep Singh Deo hari ini telah ditahan daripada memasuki Sarawak berikutan arahan dari pihak kerajaan negeri yang tidak membenarkan beberapa individu untuk masuk ke Sarawak sepanjang pilihanraya berlangsung.

Pihak Imegresen Sarawak telah mengenal pasti individu yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan bukan sahaja dari pembangkang malah beberapa individu dari Barisan Nasional dan Umno turut menerima nasib yang sama.

Jagdeep yang menyifatkan Tan Sri Adenan Satem takut dengan tentangan pembangkang sebenarnya silap membuat tafsiran. Beliau yang sepatutnya sedar kehadirannya sebagai ‘orang luar’ yang tidak memahami sosio budaya politik Sarawak akan menjadi ancaman kepada perpaduan antara kaum di Sarawak. DAP sering mempertikaikan status Bumiputera dan memperkecilkan usaha kerajaan membantu Bumiputera sudah tentu akan memainkan sentimen perkauman jika dibenarkan masuk ke Sarawak.

DAP yang memang terkenal dengan sikap ‘double standard’ terhadap kaum Bumiputera cuba menyebarkan fahaman itu di Sarawak dan ini sudah tentu tidak dapat di terima kebanyakan suku kaum di Bumi Kenyalang. Sebagai contoh pentadbiran DAP di Pulau Pinang telah menindas kaum Bumiputera dalam pelbagai hal dan rakyat telah membuka mata terhadap perkara yang dilakukan DAP.

Skandal yang berlaku di Pulau Pinang juga merupakan antara faktor rakyat Sarawak hilang kepercayaan kepada DAP dan di tambah pula percakaran dalam pakatan Harapan yang menyaksikan perebutan kerusi sesama pembangkang. Hasil dari perseteruan Pakatan Harapan mereka kehilangan 2 kerusi yang dimenangi BN tanpa bertanding. Dijangkakan akan berlaku ‘Tsunami Ubah’ terhadap DAP memandangakan sikap parti itu yang tidak konsisten dalam menentukan siapakah calon yang sepatutnya bertanding.

Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang yang juga ADUN Keramat, Jagdeep yang mendesak pihak berkuasa menerangkan kepadanya mengapa beliau tidak dibenarkan memasuki Sarawak perlu memahami kuasa autonomi Negeri yang mempunyai kuasa penuh terhadap undang undang negeri Sarawak. Beliau yang juga merupakan anak kepada Mendiang Karpal Singh sepatutnya lebih arif berkenaan undang undang Sarawak yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri namun begitu hanya kerana mahu memburukkan imej Adenan Satem beliau membelakangkan segalanya.

Hari pertama penamaan calon sudah menyerlahkan sikap tamak DAP dan PKR yang ternyata tidak mementingkan rakyat Sarawak tetapi hanya mahukan kuasa memerintah. Perebutan siapa yang akan memegang ‘Status Quo’ dalam kerajaan Sarawak menjadi agenda utama kedua dua parti.

Jadi adakah rakyat Sarawak akan mempertaruhkan nasib mereka kepada parti yang tidak mampu menjamin kestabilan Sarawak sekaligus membahayakan ekonomi Sarawak?

Tidak seperti Barisan Nasional yang lebih teratur menentukan calon melalui kesepakatan yang tinggi dan kerjasama antara komponen dan rakyat Sarawak lebih percayakan kredibiliti Adenan Satem selaku Ketua Menteri yang tegas untuk membela nasib rakyat Sarawak.

Barisan Nasional tentunya pilihan rakyat Bumi Kenyalang. Slogan ‘Ubah’ yang dibawakan Pakatan harapan akan memakan mereka kerana sikap tamak Pakatan Harapan.DAP

DAP Sifatkan Melayu Sebagai Anak Ayam

 

 

 

 

roketkiniDemocratic Action Party (DAP) tidak dapat menerima kehadiran pendakwah terkenal Dr Zakir Naik dalam menyampaikan ceramah menyeru ke arah penyatuan rakyat Malaysia. Kegelisahan DAP terhadap Zakir yang sentiasa menerima sambutan hangat rakyat hingga mampu mengIslamkan beberapa individu semasa berceramah sebenarnya menunjukkan sikap sebenar DAP yang memusuhi Islam dan berazam menukar perlembagaan yang menetapkan Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Dalam satu kolum di Roketkini.com,Klik Sini DAP menyifatkan Zakir sebagai ‘Ibu Ayam’ apabila memberi ceramah berkaitan penyatuan rakyat di bawah kerajaan. DAP turut mempertikaikan kredibiliti Dr Zakir yang dikatakan tidak menguasai fahaman mengenai Islam dan hanya bergantung kepada hafalan berkaitan kitab kitab.

Turut cuba mengaitkan kehadiran Zakir ke Malaysia sebagai langkah kerajaan menutup isu 1MDB dan isu dana RM2.6 billion, DAP cuba merendah rendahkan imej pendakwah tersebut dan mengganggap Zakir tidak memahami sosio budaya Malaysia yang berbilang kaum. Malah DAP juga turut memburukkan imej Zakir apabila menyifatkan beliau ada kuasa Sakti apabila berceramah kerana mampu menarik ribuan rakyat dari pelbagai latar belakang dan agama untuk turut serta mendengar ceramahnya.

DAP yang cuba membandingkan sessi penerangan yang dilakukan Mahathir mengenai 1MDB dan ceramah Zakir ternyata hanya menggunakan Mahathir bagi meraih kepentingan politik DAP selain menutup kes skandal Setiausaha Agung DAP mengenai penyelewengan yang dilakukan DAP di Pulau Pinang.

DAP turut menimbulkan persepsi terhadap Barisan Nasional dengan memberi gambaran mengenai kerajaan perpaduan berikutan keengganan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) menurut kehendak mereka menentang Najib. Tiada bukti yang mampu DAP tampilkan apabila mendakwa wujud kerjasama BN dan PAS sebagai kerajaan perpaduan.

Secara tidak langsung DAP turut merendahkan mentaliti kaum Melayu kerana mendakwa pemikiran Melayu mudah di beli dengan kehadiran Zakir Naik dan tidak lagi mempedulikan isu 1MDB sebaliknya banyak berbincang mengenai kehebatan Zakir Naik yang memikat puluhan ribu rakyat Malaysia.

“Orang Melayu perlu dijaga, disuap makan minumnya, dijamin masa tidur rehatnya; sama seperti anak ayam. Semua ini diselenggara induk Melayu yang kita kenali hari ini sebagai UMNO. Tidak perlu peduli lah sama ada ia korup atau merompak kekayaan negara demi mengisi tembolok kroni, asalkan simbol-simbol kuasanya tidak digugat” – petikan Roketkini.com

Cuba membandingkan populariti pendakwah tempatan dengan Zakir Naik, DAP sebenarnya melakukan kesilapan apabila menyentuh perkara sensitif Melayu apabila merendahkan martabat pemikiran peribumi Tanah Melayu.

Umum mengetahui, DAP merupakan sebuah parti sosialis sekular dan berhasrat menukar status negara ini jika memerintah. DAP yang sedang bergelut dengan isu panas berkiatan pelbagai skandal terutama Taman Manggis cuba mengalih perhatian rakyat dari terus memperkatakannya dan kehadiran Zakir Naik di lihat sebagai peluang terbaik mereka mengalih perhatian netizen terhadap Lim Guan Eng.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang menerima tekanan daripada rakyat berikutan kelewatan mereka bertindak terhadap Guan Eng telah menimbulkan persepsi ada ‘hubungan sulit’ berlaku di antara SPRM dan DAP turut menjejaskan imej DAP yang berhasrat memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak. Rakyat mempertikaikan imej Guan Eng yang sering mendakwa DAP merupakan sebuah parti yang telus dan tidak mengamalkan korupi namun dengan pembongkaran skandal Taman Manggis parti tersebut telah membuat penyokong mereka hilang keyakinan dan mula menyoal ketelusan Setiausaha Agung parti itu.

 

dapguan“Orang Melayu bagai kawanan anak ayam, yang sentiasa memerlukan induknya. Kita sebut induk, tapi mudahnya induk bermaksud ‘ibu ayam” – petikan Roketkini.com

DAP yang turut terkesan dengan tekanan dari pelayar media sosial yang sering mempertikaikan dana RM1.2 billion Israel turut cuba mengubah haluan pertanyaan netizen media sosial dengan menyerang kerajaan dengan isu yang telah dijawap di Parlimen. Laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) cuba di putar belit DAP menggunakan kenyataan Tony Pua namun mereka tidak berani mempertikaikan Tang Seng Giaw, Timbalan Pengerusi PAC yang juga merupakan wakil DAP.

Apa keperluan DAP menyentuh kehadiran Zakir Naik yang berceramah mengenai kefahaman Islam? Ternyata DAP tidak menyenangi pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan mereka secara tidak langsung cuba meyakinkan rakyat bahawa DAP akan membawa pembaharuan jika mereka memerintah dan kebebasan mutlak merupakan antara ‘janji manis’ yang DAP akan tabur untuk memikat pengundi kelak.

 

kit-siang

PRN Sarawak yang menjadi medan keutuhan DAP dan Pakatan Harapan kini sudah goyah dengan percakaran dalaman antara pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PArti Amanah Negara (PAN) yang mempertahankan ego masing masing di Sarawak. Kehadiran pemimpin utama DAP yang dihalang kerajaan negeri turut memberi impak yang diingini DAP Pusat dalam berkempen dan mereka kini mencari ‘kambing hitam’ untuk dijadikan korban. Mereka memilih Dr Zakir Naik untuk dikorbankan demi kemenangan DAP di Sarawak.

Beranikah DAP menafikan dana RM1.2 billion dari Israel seperti di dakwa Mohammad Razali? Beranikah DAP menafikan penglibatan Guan Eng dalam skandal Taman Manggis dan KLIDC serta penglibatan Phang Li Khoon selaku seorang pemilik KLIDC? Beranikah DAP mendakwa Tan Seng Giaw melakukan kesilapan membentangkan laporan 1MDB di Parlimen? Beranikah DAP mempertaruhkan reputasi DAP Sarawak yang mendakwa mampu menguasai Dewan Undangan Negeri Sarawak tanpa bantuan dari sekutu dalam Pakatan Harapan?

Kini DAP tersepit kerana kesilapan beberapa individu dalam parti dan mereka juga tidak berani mengambil tindakan selain memecat keahlian sesiapa yang mempersoalkan intergriti serta tindakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Malah kedudukan CEC DAP yang masih dalam pemerhatian Pendaftar Pertubuhan (ROS) juga merupakan isu yang DAP tidak mahu hadapi.

DAP sudah menunjukkan belang sebenar mereka terhadap kaum Melayu dan Islam, maka rakyat Malaysia perlu menghukum DAP yang tidak menghormati keharmonian yang wujud di Malaysia sejak 1957 hingga kini.

 

 

Amanah Jadi ‘Gila’ – Letak Calon Lebih Dari Kerusi DUN Sarawak

 

 

PANDisaat semua parti politik di Sarawak sedang bersiap sedia untuk menamakan calon masing-masing di semua kerusi DUN di Sarawak, Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAN dijangka bakal meletakkan 85 orang calon, lebih 3 orang calon yang sepatutnya diletakkan di semua 82 DUN di Sarawak.

Menghairankan, bagaimana kepimpinan Pakatan Harapan boleh membenarkan pertembungan sesama sendiri di tiga kerusi DUN walhal sebelum ini, baik pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mahupun pemimpin Pakatan Harapan negeri, mereka memberi jaminan bahawa tiada pertembungan sesama sendiri di semua kerusi DUN Sarawak.

Untuk rekod, PKR dijangka akan meletakkan 37 orang calon, DAP 35 dan PAN 13 orang calon. Kesemua calon-calon ini masih belum lagi diumumkan secara rasmi, namun menurut sumber dalaman ketiga-tiga parti berkenaan, jumlah kerusi yang akan ditandingi ini adalah sahih dan dipersetujui oleh semua Presiden dan pengerusi parti-parti berkenaan.

Dalam pada itu, PAS juga akan meletakkan 11 orang calon bagi pilihan raya kali ini dimana kesemua calon ini PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju, yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu.

Pastinya, akan ada pertembungan 3 mahupun 4 penjuru di beberapa kerusi yang akan dipertandingkan kelak dan ini pastinya akan membawa kepada perpecahan undi di beberapa lokasi nanti.

Paling melucukan, baik PKR, DAP mahupun PAN, ketiga-tiga parti ini, sehingga kini masih belum menamakan calon mereka untuk menghadapi pilihan raya kali ini. Ini menampakkan bahawa ketiga-tiga parti ini masih belum mencapai kata sepakat, siapa yang akan mereka letakkan

Sumber : http://www.sarawakiana.net/2016/04/pakatan-harapan-tawar-85-calon-untuk-82.html

DAP ‘Melayu’ Sila Pandang Cermin

kit-siang

“Sila pandang cermin”, ungkapan itu sesuai ditujukan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang mendesak kerajaan pusat menilai semula prinsip Islam dalam Perlembagaan Negara sebelum menilai golongan liberal dan progrsesif yang cuba menanamkan satu bentuk baru pemikiran di kalangan Umat Islam sejajar dengan kehendak parti sekular sosialis itu.

Zairil pernah menggemparkan negara apabila beberapa foto ‘intim’ beliau bersama ikon anak muda DAP, Dyana Sofya tersebar dalam media sosial perlu melihat diri sendiri sebelum mengulas mengenai prinsip Islam yang dijunjung kerajaan. Cubaan beliau memburukkan Tabung Haji dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPIEM) dan mengaitkan kerajaan apabila mengulas mengenai kenyataan Datuk Jamil Khir Baharom menganggap kumpulan Islam liberal sebagai sesat dan mengelirukan rakyat.

DAP yang mengamalkan politik sekular sosialis memang mahukan satu bentuk pemikiran baru diterapkan kepada umat Islam mengenai kebebasan mempertikaikan hukum agama Islam seperti yang telah mereka berjaya lakukan dalam PAS hingga menyebabkan perpecahan berlaku dan mereka yang menerima pemikiran baru ‘ala DAP’ membawa haluan dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN).

Pemikiran liberal dalam Islam tidak di terima dalam sebuah negara yang mengamalkan Sunnah Wal Jamaah. PAN selaku proksi DAP pula akan meracuni pemikiran ahli PAS serta Melayu untuk menerima cara baru berfikir dan berani mempersoalkan tiap hukum yang telah ditetapkan dalam Quran.

Malah, sewaktu PAS masih bersma dalam Pakatan haram pengaruh Anwar digunakan untuk membawa pertentangan pemikiran di kalangan ahli PAS hingga menyebabkan wujud dua puak dalam PAS. Satu puak menyokong kepimpinan Ulama dan mempertahankan perjuangan Negara Islam dan satu puak lagi lebih terbuak menerima perubahan dan enggan terikat dengan konsep negara Islam PAS.

Memburukkan keadaan, selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya, golongan liberal atau Anwarisme dalam PAS seperti hilang arah dan mula menyerang kepimpinan Hj Hadi Awnag serta mewujudkan konfrantasi dalaman hingga membawa kekalahan Mat Sabu dan angkatannya.

DAP yang nampak perpecahan ini tidak menunggu lama untuk mempengaruhi mereka yang kalah dalam pemilihan PAS supaya keluar dari kepompong dan menubuhkan sebuah parti yang lebih liberal dan boleh menerima idelisme DAP. Mat Sabu kemudiannya menyahut seruan DAP dan menubuhkan PAN yang lebih bersikap liberal dalam isu Islam.

Zairil yang juga di kenali sebagai ‘kekasih gelap’ Dyana Sofya itu mahu kerajaan mengiktiraf kewujudan pemikiran liberal Islam dan boleh memberi ruang kepada mereka untuk bergerak dan tidak di kekang atas nama prinsip pemikiran terbuka. Ini adalah satu penghinaan oleh Zairil kepada Umat Islam di negara ini.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu turut menuduh kerajaan pusat sebagai sebuah kerajaan mengamalkan korupsi, salah urus serta menyalah guna kuasa tidak berani menyentuh mengenai hal sama yang berlaku di Pulau Pinang mahu pun Selangor. Cuba mengalih perhatian terhadap skandal slah guna kuasa  Ketua Menteri Pulau Pinang dalam isu pembelian satu unit banglo di bawah harga pasaran, Zairil juga turut mempersoalkan pembelian tanah oleh Tabung Haji dan memanipulasi penjualannya hartanah tersebut kepada 1MDB.

Zairil perlu sedar isu tersebut telah dijelaskan oleh pengurusan Tabung Haji malah fitnah ke atas TH dari Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli turut memaksa TH membuat satu laporan polis bagi membersihkan intergriti institusi terbabit.Malah terma dan syarat penjualan hartanah TH kepada 1MDB tidak dijelaskan Zairil dan hanya berpandu kepada laporan media.

Anggota CEC DAP itu juga tidak berani mempersoalkan skandal pembaziran wang rakyat yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dalam projek mengecat laluan basikal bernilai RM30 juta serta pengambilan tanah kaum Bumiputera secara tidak adil oleh DAP untuk projek terowong dasar laut. Malah Zairil turut tidak mempertikaikan mengenai transaksi penjualan tanah terbabit yang dikatakan tidak melibatkan tunai dan diberikan kepada konsesi secara percuma dan banyak lagi skandal DAP yang tidak dipersoalkan Zairil.

Terbaru skandal penualan tanah rakyat oleh DAP yang sepatutnya dibangunkan sebagai perumahan rakyat tetapi telah ditukarkan status untuk membolehkan hotel serta bangunan mewah di bina di atas tapak tersebut. Adakah Zairil tidak mengetahui perkara tersebut atau hanya pejam mata apabila membabitkan DAP?

Zairil bersikap munafik apabila tidak berani mempertikaikan apa juga tindakan DAP terhadap rakyat Pulau Pinang tetapi menyerang kerajaan pusat yang selama ini membantu kewangan kerajaan negeri walau Lim mendakwa kerajaan DAP telus dalam membelanjakan wang rakyat. Berani atau tidak Zairil bertanya kepada Guan Eng mengapa isteri Ketua Menteri itu dikatakan menerima elaun tinggi dari DAP selaku isteri Ketua Menteri dan dari mana datangnya wang tersebut?

Adakah Guan Eng akan menjawap sebagaimana Azmin menjawap apabila di soal mengenai pembiaya projek Gerbang Selangor?

Badan NGO, National Oversight and Whistleblowers (NOW) tidak pernah mengulas mengenai pembaziran yang dilakukan oleh DAP serta sekutu pembangkang dalam isu yang tidak memberi keuntungan politik kepada Pakatan Rakyat. Malah sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) yang agak melengah lengahkan siasatan apabila isu berkaitan pembangkang turut menimbulkan persoalan pembabitan ‘tangan ghaib’ dalam agensi kerajaan itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sarawak-DAP Tergugat, Mula Kempen Awal.

Sarawak-1

Kempen parti politik di Sarawak telah bermula sebelum tarikh pembubaran yang telah diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Dato Adenan Satem. Pemilihan 11 April sebagai tariikh terakhir DUN Sarawak dilihat sangat bersesuaian dengan keadaan semasa Negeri Kenyalang.

Namun demikian parti pembangkang khususnya DAP dilihat telah bermula sebelum tarikh pembubaran DUN. Propaganda Democratic Action Party (DAP) yang mahu memastikan kejatuhan Barisan Nasional (BN) telah mula menyerang kepimpinan Adenan Satem dengan pelbagai cerita karut.

Kempen DAP yang menggunakan video muzikal pendek dengan tema ‘TAK NAK BN’ hanya menampilkan skrip lama yang telah DAP gunakan setiap kali Pilihanraya Negeri Sarawak diadakan. Dalam video pendek tersebut lirik yang di ulang ulang hanya berkisar mengenai ketiadaan keperluan asas di Sarawak. Lirik yang turut memburukkan imej Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak menunjukkan DAP Sarawak sudah ketandusan idea untuk membangunkan Bumi Kenyalang setaraf dengan apa yang telah Barisan Nasional lakukan sejak Sarawak menyertai Malaysia.

Video Pendek Kempen DAP : http://m.kinitv.com/video/31674O8?t=1459422836401

DAP yang mendakwa rakyat Sarawak ditindas di bawah BN perlu memandang kembali apa yang telah DAP lakukan terhadap kaum bumiputera di Pulau Pinang. Pengusiran bumiputera dari tempat asal mereka dengan kes kampung Pala, pengambilan tanah rakyat secara tidak adil, menghalang peniaga bumiputera menjalankan perniagaan merupakan sebahagian dari diskriminasi kaum yang dilakukan DAP terhadap rakyat P.Pinang.

Malah skandal yang mewarnai parti sosialis sekular itu sebenarnya menampakkan ‘belang’ sebenar DAP apabila mendapat kuasa memerintah sesebuah negeri.

Adakah rakyat Sarawak mahu menerima nasib yang sama seperti kaum bumiputera P.Pinang yang semakin tertindas di bumi sendiri di bawah pentadbiran DAP? Adakah DAP mampu untuk memenuhi janji mereka kepada rakyat Sarawak? Selama beberapa penggal, DAP menguasai kerusi di Dewan Sarawak namun pembangunan yang dijanjikan wakil mereka tidak ditunaikan. Mengapa ini yang terjadi disebalik segala janji manis DAP?

6 Etnik utama Sarawak akan mengundi bagi memilih wakil rakyat yang mereka boleh harapkan membawa lebih banyak pembangunan ke tempat mereka. DAP yang terkenal sebagai sebuah parti yang mengamalkan diskriminasi kaum, tidak mampu menjadi suara rakyat Sarawak kerana akan berlaku ‘berat sebelah’ terhadap Etnik lain jika dapat menguasai Sarawak. Rakyat Sarawak boleh menilai sendiri diskriminasi yang berlaku dalam DAP Pusat yang hanya menampilkan dominasi satu kaum di kerusi tertinggi parti tersebut. Kurang dari 10% kerusi tertinggi parti DAP dikuasai lain lain kaum dan tidak mustahil diskriminasi ini akan berlaku di Sarawak jika mereka diberikan peluang.

Berdasarkan laporan ekonomi Sarawak, sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama pendapatan negeri Sarawak.(2013)

  • perkhidmatan – 37.2%
  • perkilangan – 26.6%
  • perlombongan – 21.5%
  • pertanian – 11.4%
  • pembinaan – 3.1%
  • cukai import – 0.3%

DAP tidak mampu membawa kepesatan sebegitu baik seperti yang dilakukan BN untuk rakyat Sarawak. Malah DAP di Semenanjung juga tidak berupaya mentadbir Pulau Pinang tanpa bantuan kerajaan Pusat. Ketua Menteri P.Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP terpaksa meminam dari kerajaan Pusat bagi membolehkan DAP mentadbir P.Pinang. Bagaimana DAP begitu yakin mereka mampu melaksanakan pelbagai kebaikan kepada rakyat Sarawak jika DAP Pusat sendiri tidak berupaya melakukannya tanpa bantuan?

Dominasi BN di Sarawak cuba di pertikaikan oleh seorang ahli DAP yang mendakwa tiada pembangunan dibawa oleh BN sepanjang memerintah Sarawak. Namun demikian beliau lupa kerana kemajuan yang dibawakan BN membolehkannya berhubung dengan dunia luar walau berada jauh di pedalaman.

Jika BN Sarawak tidak prihatin kepada rakyat sudah tentu beliau tidak dapat memaparkan segala dakyah buruk DAP kepada rakyat. Kerajaan BN Sarawak di bawah Taib Mahmud telah melakukan banyak perubahan dan revolusi pembangunan kepada rakyat Sarawak dan kini Adenan Satem memikul amanah untuk meneruskan khidmat BN kepada rakyat Sarawak.

Bekalan elektrik serta air bersih yang dijanjikan BN tetap akan dilaksanakan mengikut jadual berikutan faktor mukabumi Sarawak. BN Sarawak tidak pernah melupakan kepercayaan yang telah rakyat berikan kepada mereka dan berusaha membawa lebih kemakmuran kepada rakyat Sarawak.

Semua janji BN tetap akan ditunaikan walau mengambilsedikit masa dan rakyat Sarawak memahami akan kesukaran yang perlu dihadapi untuk menikmati segala kemudahan setaraf dengan pembangunan pesat negeri Sarawak.

Perdana Menteri sendiri terbukti sangat prihatin dengan Sarawak dan beliau mengambil inisiatif untuk sentiasa dekat dengan Sarawak sepanjang menjadi PM. Sebagai rekod, Najib merupakan PM yang paling kerap  turun ke Sarawak bagi menilai keperluan rakyat Bumi Kenyalang dan menghulurkan peruntukan yang agak besar bagi membolehkan pembangunan dilakukan di Sarawak.

Lebuhraya Pan-Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak merupakan hadiah dari PM kepada rakyat Sarawak kerana menjadi satu satunya lebuhraya di Malaysia yang tidak mengenakan tol. Bukan itu sahaja, PM turut mengumumkan pelbagai bantuan dari kerajaan Pusat untuk disalurkan kepada rakyat dan ini merupakan penghargaan daripada PM Najib kepada Sarawak yang sentiasa menyokong BN.

Rekod cemerlang BN Sarawak ini belum mampu ditandingi oleh DAP yang menyimpan impian merampas kerusi Sarawak daripada BN.

DAP perlu membuktikan kemampuan mereka di Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum mendabik dada akan membawa kemakmuran kepada rakyat Sarawaksarawak-2

 

Siapa Tanggung Kos “Kongres Gila Kuasa”?

Perhimpunan Kongres rakyat di Shah Alam Convention Centre (SACC) yang dianjurkan pembangkang turut  menampilkan kehadiran bekas pemimpin Umno. Mantan PM, Tun Mahathir yang dipercayai menjadi ‘ketua’ deklarasi rakyat turut serta berada dalam kongres tersebut. Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin turut serta dalam perhimpunan pembangkang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tinjauan dalam media sosial Facebook mendapati rata rata rakyat tidak menyukai perhimpunan seumpama itu kerana menghina sistem demokrasi Malaysia apabila ‘kongres rakyat’ yang dianjurkan bertujuan menjatuhkan kerajaan dan bukan memihak kepada kepentingan rakyat serta negara. Mereka berpendapat ‘kongres’ tersebut hanyalah gimik pembangkang dan Mahathir meraih simpati. bagi pembangkang pula, perhimpunan ini tidak lebih dari mencari populariti setelah imej mereka tercalar dengan pelbagai siu yang melanda kepimpinan pembangkang.

Kelibat Lim Guan Eng, Mukhriz Mahathir, Shafie Apdal tidak kelihatan di dalam dewan juga menimbulkan persoalan. Mengapa mereka yang asalnya berkobar kobar menandatangani deklarasi rakyat tetapi tidak berani berhadapan dengan rakyat dalam kongres hari ini.

Perbelanjaan persiapan kongres rakyat dilaporkan mencecah RM2.8 juta. Keraguan mengenai jumlah tersebut membangkitkan persoalan. Siapakah yang membiayai semua kos ‘kongres rakyat’? Tidakkah ini menjadi pembaziran wang rakyat jika pembangkang yang menaja keseluruhan kos? Atau Mahathir sendiri mengeluarkan belanja untuk memastikan ‘kongres’ berjalan seperti di rancang?kongres2.8juta

SPRM Teliti Laporan Skandal Banglo

Polis akan meneliti semua laporan polis yang dibuat beberapa pihak berhubung penjualan tanah Taman Manggis Fasa 2, di Jalan Burmah di sini yang didakwa mempunyai unsur penipuan dan penyalahgunaan kuasa.

Baca: Harga Rumah Sekitar Banglo Mewah Lim Guan Eng

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata setakat ini pihaknya menerima dua laporan polis berhubung isu penjualan tanah itu.

“Kami akan teliti terlebih dahulu, jika ada kesalahan di bawah bidang kuasa polis, kami akan buka kertas siasatan.

“Kalau kes itu perlu dirujuk kepada jabatan lain yang sepatutnya, kami akan rujuk perkara itu kepada pihak berkaitan. Pada masa ini terlalu awal untuk saya memberi komen…biar polis teliti (laporan polis) terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Hari Polis Ke 209 peringkat Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Sementara itu, polis akan memanggil Phang Li Koon, wanita yang menjual banglo di Jalan Pinhorn di sini kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, dalam masa terdekat untuk direkod keterangan berhubung akuan berkanunnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi Bernama berkata polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan untuk menyiasat laporan oleh Pemuda UMNO

Selanjutnya Baca SINIbanglowdap