Guru Ugut Bom PM?

Gila glamour sudah semakin menjadi trend dunia maya sosial terhangat. Belum reda kisah seorang isteri kepada penjawat awam kini timbul pula kisah seorang guru yang menaikmuat status berbaur hasutan dan ugutan. Satu akaun facebook menggunakan nama Iera Shafii membuat satu kejutan bila kenyataannya mahu mengebom Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak jika DAP menjadi kerajaan pusat.

cikgu gila


 

Menurut keterangan yang ada dalam statusnya, Iera Shafii mengajar di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Sejauh mana kebenaran akaun ini belum dapat dipastikan lagi kerana seperti biasa alasan klise “akaun saya kena godam” akan digunakan untuk mengelak sebarang tindakan…………………………….

Baca : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Bakal MB Baru Di Kedah?

ALOR SETAR: Pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.

Sehubungan itu, katanya, seluruh kepimpinan UMNO Kedah merayu Perdana Menteri,……………………..

Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Benarkah Tahanan SOSMA Dipaksa?

Sebuah NGO hari ini mendedahkan beberapa surat yang didakwa adalah rintihan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang mendakwa mereka diseksa.

Antaranya, tahanan mendakwa bahawa mereka dipaksa mencium kaki pegawai penyiasat, melakukan onani, menonton video lucah dan dibogelkan.

Ada juga tahanan yang mendakwa dipaksa membuat lafaz cerai taklid kepada isteri sekiranya tidak mahu diri mereka dipukul.

“Pegawai penyiasat mengugut memisahkan bayi saya dari isteri saya dan mengusirnya dari Malaysia dan akan dijadikan pelacur di Kemboja.

“Saya dipaksa mencium tapak kaki pegawai penyiasat. Saya dipaksa melakukan onani di hadapan mereka,” kata tahanan yang dikenali sebagai………………………….

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

“Terimakasih Atas Ingatan”-PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kian pulih daripada pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan kecil pada tangan kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Dalam mesej tweet hari ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang mendoakan semoga beliau cepat sembuh, Najib berkata: “Saya kian pulih, terima kasih atas ingatan tuan. Jumpa lagi.”

Lee, dalam mesej tweet beliau semalam, mendoakan agar Najib segera sembuh dan gembira apabila mendengar bahawa prosedur itu berjaya dijalankan.

HKL dalam kenyataan semalam berkata Najib menjalani pembedahan………………..

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

“Gambar Buah Dada Halimah Nasoha” Disebar Dalam Grup WhatsApp

Rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pemuda PKR (AMK) dengan ahli majlis pimpinan pusatnya, Halimah Nasoha yang digugurkan diheret kepada beberapa siri perbualan yang dianggar berbaur seks di media sosial.

Paparan skrin WhatsApp Grup Pemuda PKR menunjukkan Timbalan Ketua Pemuda PKR Selangor Zainol Abidin Mohamed meminta Halimah “menutup buah dadanya sebelum nak mencabar”.

Zainol membuat ulasan itu sebagai respons kepada rakan-rakan Pemuda PKR yang berkongsi gambar Halimah memakai baju putih tanpa lengan bersama tiga kawannya.

Perbualan mengenai Halimah dalam kumpulan itu bermula selepas dia menuntut lembaga disiplin parti untuk memanggil Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd Azmin Ali……………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Mat Sabu Ugut Siapa?

Seolah-olah sudah muak dengan perangai rakan pakatan baru, Kerajaan negeri Selangor menyelar parti Mat Sabu bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai masa untuk melayan karenah mereka yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi untuk ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), kata ahli exco kanan, Datuk Teng Chang Khim.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan terjejas jika PAN enggan menerima lapan kerusi majlis tempatan yang diperuntukkan itu.

“Kerajaan negeri tidak kisah kalau PAN tidak mahu terima tawaran lapan kerusi PBT berkenaan. Kita akan serahkan semula kepada PKR, PAS dan DAP untuk uruskan seperti sebelumnya.

“Kita tidak ada masa untuk layan semua ini. Lagipun tak nak timbul gangguan tugas harian peringkat PBT, buat masa ini terimalah dahulu lapan kerusi itu tapi kita harap………………………

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Bauksit: Fuziah Tidak Ajak Demo?

Isu bauksit yang menjadi berita panas di kalangan penduduk Kuantan serta Malaysia telah mencapai tahap tertinggi apabila pencemaran industri tersebut menjejaskan perairan dan alam sekitar.

Kegagalan pihak yang memindahkan hasil bumi itu dengan selamat dari tapak ke pelabuhan menyebabkan hampir seluruh Kuantan terjejas. Tahap kesihatan mereka yang berada di laluan serta pinggir tapak industri ini juga di khuatiri terjejas.

Berbeza dengan operasi Lynas Corporation Ltd yang mengeluarkan nadir bumi, syarikat tersebut mematuhi piawaian Antarabangsa yang di tetapkan. Walau di gasak dengan demonstrasi dangkal oleh pembangkang, Lynas membuktikan operasi mereka selamat berbanding industri bauksit yang memindahkan hasil bumi Pahang secara…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Azmin Pula “Menyalak”

Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard tidak menunggu lama untuk meyerang balas kenyataan Azmin Ali supaya beliau berhenti menyalak.

Beliau mendakwa reaksi Azmin Ali, antaranya menggunakan perkataan “menyalak” kepada beliau, menunjukkan menteri besar Selangor itu mungkin panik.

“Namun saya faham ini kerana Azmin mungkin panik sebab tak sangka kertas MMKN (mesyuarat exco) boleh bocor dan terbukti dia berbohong bila menyebut syarikat yang dapat kawasan balak seperti saya dedahkan melalui tender terbuka,” katanya.

Azmin hari ini meminta Chegu Bard mengemukakan bukti jika benar memiliki surat tender………………………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Bauksit – Terengganu Sokong Hentikan Perlombongan.

Kerajaan Terengganu menyokong penuh langkah drastik Kabinet yang menghentikan sementara perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang, ekoran pelbagai isu alam sekitar yang timbul akibat aktiviti perlombongan bahan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ia adalah langkah terbaik yang diambil kerajaan bagi meredakan ketegangan yang timbul sebelum satu kaedah perlombongan yang terbaik diperoleh.

“Sebenarnya perlombongan ini tidak ada masalah kalau kena caranya dan kerajaan negeri amat menyokong langkah Kabinet itu.

“Terengganu sendiri telah mengambil beberapa tindakan………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Wujud Kumpulan K.O Najib?

Melangkah tahun 2016, cabaran kepada parti politik pastinya berbeza bagi Presiden Umno Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam mengemudi pemerintahan negara. Persidangan Agung Umno 2015 telah menunjukkan kredebiliti sebenar beliau selaku Ketua yang di pilih oleh ahli Umno seluruh negara.

Najib juga berjaya membuat musuh politiknya mengakui akan kebijaksanaannya memerintah Negara.

Namun demikian cabaran kecil yang di timbulkan oleh segelintir ahli Umno tetap di beri perhatian. Gabungan Ketua Cawangan Umno yang tidak sehaluan dengan kepimpinan Tertinggi Umno cuba menangguk dalam keruh amat di kesali.

Desakan mereka yang mahu Najib meletak jawatan hanyalah suara yang bukan melambangkan suara akar umbi seperti yang di dakwa.

Dakwaan yang mereka mewakili 200 cawangan, kumpulan ‘kecewa’ ini mengaku…………………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/