Izzah Cari ‘Dewa’ Ganti Anwar

Adalah sesuatu yang memilukan apabila Nurul Izzah, anak kepada Anwar Ibrahim yang kini di tahan di Penjara Sungai Buluh di atas kesalahan jenayah liwat yang dilakukannya, memohon agar kedudukan ayahnya tidak di gantikan walaupun sudah di mamah usia atau dengan kata lain sudah tidak mampu mengangkat senjata yang berat.

Ia berikutan dengan cadangan bekas seorang yang pernah berjuang bersama didalam parti Keadilan, Zaid Ibrahim yang mahukan agar dihentikan usaha untuk membebaskan Anwar dan sebaliknya diberi tumpuan kepada mencari muka baru atau ‘wira’ baru bagi meneruskan impian Anwar.

Zaib berkata didalam sebuah portal………………………..

Baca http://www.bicara.news/category/kolumnis/

DAP Ada ‘Barua’ Dalam Agensi Kerajaan?

Dap0.7Pengaruh DAP terhadap penjawat awam semakin kuat setelah pelbagai propaganda mengenai kelebihan parti tersebut sering di gembar-gemburkan oleh wakil dari kaum Melayu yang bergerak aktif dalam parti. Sejak dari penubuhan parti serpihan People Action Party (PAP), Lim Kit Siang tidak pernah jemu untuk menanam rasa bencikan kerajaan Umno pada setiap ahlinya.

Ditubuhkan pada 11 Oktober 1965, DAP asalnya dinamakan Parti Demokratik Sosialis pada 18 Mac 1966 melancarkan The Rocket sebagai bahan propaganda untuk mempengaruhi rakyat. Pada tahun yang sama DAP menyertai 55 parti sosialis dalam ‘Socialist International’ dan menyertai Persidangan Sosialis di Zurich,Switzerland.

Dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘Malaysian First’, DAP kini mengorak langkah membuka ruang kepada kaum bumiputera untuk bersama mereka menjayakan agenda parti. Walaubagaimanapun pemerhatian dalam senarai CEC DAP mendapati hanya terdapat 6 orang sahaja dari kaum Melayu menduduki senarai terataas di pusat. Manakala di peringkat negeri pula Tengku Zulpuri dari Pahang mewakili kaum Melayu dan selebihnya dari kaum lain. dap000

Selama menjadi parti politik dalam Malaysia, DAP mengekalkan rekod cemerlang mereka dengan hanya seorang Setiausaha Agung yang memegang jawatan itu berdekad lamanya. Malah lebih hebat lagi sumber kewangan DAP tidak pernah didedahkan oleh mana mana pemimpin parti itu kepada ahlinya sendiri. Kerahsiaan dana politik yang menjadi tanda tanya tidak diulas oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kini tercabar dengan pendedahan oleh bekas ahlinya sendiri.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga enggan mengulas pendedahan yang dibuat mengaitkan dana politik DAP yang dikatakan datang dari Israel, dan sebagai balasan Port Dickson ditawarkan menjadi pengkalan untuk negara yang menyalurkan dana kepada DAP. Terdapat sumber mengatakan sumber dana politik DAP juga datang dari kelab lumba kuda.

Sila Baca Di Sini : http://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2015/08/dana-dap-dari-kelab-lumba-kuda.html

Mengapa DAP tidak berani mendedahkan sumber mereka dan hanya menuding Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mendedahkan dana yang didermakan oleh individu dari Timur Tengah. Isu penderma telah selesai baru baru ini dan pihak SPRM diarahkan menutup kes tersebut.

Sila Baca Di Sini : http://www.bicara.news/dana-politik-rm2-6-b-hadi-awang-sokong-tidak-berbelah-bagi-kepada-pm/

Krisis CEC DAP yang masih tidak selesai hingga kini juga agak pelik. Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bermain tarik tali dalam kes yang membabitkan DAP dan seperti memihak kepada kemahuan DAP dengan membiakan perkara ini berlanjutan. Apakah ada individu didalam ROS turut terlibat melengahkan keputusan mengenai kesahihan mesyuarat DAP, atau lebih memburukkan keadaan ROS juga mengikut jejak langkah individu didalam SPRM.

Sila Baca Di Sini : http://www.bicara.news/isteri-kedua-pegawai-sprm-guna-suami-ambil-alih-syarikat-abg-kandung/

DAP juga perlu didesak menjelaskan sumber dana politik mereka kerana perbelanjaan untuk pilihanraya dan sebagainya memakan jumlah yang agak besar. Beranikah SPRM menyiasat sumber dana DAP serta kelewatan ROS dalam menyelasikan krisis CEC DAP. Rakyat memerhati dengan penuh minat setelah pelbagai isu yang melanda politik Malaysia dan sebarang kejutan sememangnya dinantikan.

Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan juga enggan menjelaskan sumber dana mereka kerana tidak mahu disiasat SPRM. Malah PKR menggunakan projek Pintu Gerbang Selangor untuk mengalih perhatian sumber dana politik mereka dengan menyatakan ada penderma yang membiayai projek berharga Rm9.8 juta. Taktik PKR berjaya mengelakkan mereka dari disiasat oleh SPRM dan hingga kini tiada siasatan dilakukan terhadap pembaziran yang terjadi kepada wang rakyat. Jumlah dana politik DAP dikatakan mencecah berbillion ringgit pula senyap dan tiada tindakan proaktif SPRM untuk melakukan sebarang siasatan mendatangkan persoalan kepada rakyat.

Sila Baca Di Sini : http://www.bicara.news/dap-bangga-akui-berjaya-wujudkan-persepsi-negatif-terhadap-kerajaan-pusat/

DAP yang menaja Parti Amanah Malaysia (PAN) tentulah telah menyediakan sejumlah besar dana untuk memastikan hasrat mereka sejak penubuhan parti tercapai. Malah dengan memilih bekas pemimpin dari PAS, DAP ternyata berjaya merealisasikan impian tanpa disedari kaum Bumiputera. Ternyata PAN merupakan satu lagi bahan eksperimen DAP untuk menjatuhkan demokrasi yang subur di Malaysia.

Mampukah SPRM dan ROS menyelasikan perkara berbangkit mengenai DAP ini. Dari pemerhatian yang dilakukan dikhuatiri pengaruh DAP terhadap ketelusan dan intergriti kedua-dua agensi terbabit amat kuat hingga hampir tiada tindakan dibuat keatas DAP.

 

 

Kedah Kekal Setia Umno,Pembangkang Bakal Gigit Jari

Krisis Menteri Besar Kedah memasuki episod baru hari ini dengan campur tangan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempelawa Dato Paduka Mukhriz Mahathir menyertai parti tersebut.zahid0000

Pelawaan dari Adun Lunas,Selambau,Bakar Arang dan Sidam dikeluarkan pada satu sidang media di Bakar Arang. Kenyataan bersama dari pihak pembangkang Kedah itu nyata hanyalah helah mereka dalam usaha memburukkan lagi krisis yang melanda kepimpinan Umno Kedah.

Selaku orang yang mengaku jiwa Umno, Mukhriz tahu selok belok pembangkang yang ibarat ‘anjing tersepit’ dan bakal menggigit sesiapa yang melepaskannya. Krisis Umno Kedah tidak seburuk yang disangka pembangkang kerana rakyat Kedah sendiri akan menerima sesiapa sahaja yang dilantik selagi wakil itu dari Barisan Nasional.

Cubaan pihak pembangkang Kedah mengaitkan rasuah dengan Umno ternyata sesuatu yang memalukan mereka sendiri. Skandal Pintu Gerbang Selangor di bawah kerajaan PKR yang masih diselubungi misteri identiti penderma rahsia. Cubaan Haniza Talha mengelirukan rakyat dengan menyembunyikan identiti penderma hanya taktik PKR.

Skandal PKR Selangor juga penuh dengan keraguan membabitkan rasuah di peringkat tertinggi parti tersebut dan cubaan pembangkang di Kedah mengatakan Umno sebagai sebuah perti korup memakan diri mereka sendiri. Bayangkan jika di Selangor mereka membazirkan sejumlah Rm9.8juta wang rakyat ke projek pintu gerbang, apa yang  mereka tidak mampu lakukan jika memerintah Kedah.

Pembangkang Kedah hanya mengambil peluang dari krisis yang melanda Kedah namun kebijaksanaan Presiden Umno menyelsaikan kemeut ini bakal mengecewakan mereka. Isu dana pilihanraya yang dikaitkan dengan Najib telah selesai apabila Peguam Negara mengesahkan tiada keraguan yang timbul dari kes tersebut dan turut ditegaskan isu tersebut ditutup.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga telah menjelaskan derma yang di terima oleh Najib dari penderma dianggap selesai sebaik sahaja Peguam Negara mengumumkan identiti penderma. Walau demikian, SPRM kini terpalit dengan isu kebocoran maklumat dari pihak tertinggi siasatan dan perkara ini menjadi ‘viral’ dalam media sosial. Perkara demikian menjatuhkan reputasi SPRM sebagai agensi yang tidak memihak kepada sesiapa dalam Malaysia dan pihak atasan SPRM akan mengambil tindakan tegas dalam isu berkenaan.

Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri telah mengambil serius tentang kebocoran dan ‘viral’ mengenainya di dalam media sosial. Beliau mengarahkan siasatan tegas akan kesahihan ketirisan maklumat siasatan oleh isteri kepada seorang pegawai yang terlibat dalam siasatan isu penderma yang dikaitkan dengan Najib.

Rakyat berharap ketelusan Zahid dan ketegasan ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri kerana bimbang akan terjadi lagi perkara sedemikian dalam isu yang membabitkan negara.  Mengenai kemelut Umno Kedah, Zahid selaku Naib Presiden Umno akur dengan keputusan parti setelah mengambil kira pandangan Majlis Jemaah Pemangku Di Raja Kedah.

Pembangkang Kedah hanya mampu mengigit jari kerana dalam Umno biasanya semangat setiakawan sangat erat umpama ‘Biduk lalu kiambang bertaut’. Mereka hanya boleh menyimpan impian menawan Kedah dan Umno serta rakyat Kedah sudah serik di perintah pembangkang. Setiap kemelut dalaman Umno akan diselesaikan dengan semangat muhibbah dan keadaan akan kembali seperti biasa.

 

 

 

Skandal Gerbang Selangor: SPRM Tidak Berminat?

Skandal Kerajaan PKR di Selangor yang membelanjakan Rm9.8 juta wang rakyat Selangor hanya untuk membaik pulih Pintu Gerbang adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Haniza Talha, Timbalan Ketua Wanita Keadilan Selangor dalam tulisannya hanya menyatakan tender diluluskan oleh Menteri Besar terdahulu tetapi enggan pula menamakan siapakah MB tersebut.

Syarikat yang mendapat anugerah tender tersebut juga tidak dinamakan kerana ia hanya menggunakan nama ‘Islah’ setelah pemilihan dikatakan hanya dibuat Azmin Ali (Menteri Besar) bersama Zaidy Abdul Talib-PAS (Pengerusi Jawatankuasa Tetap dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri).

Di manakah yang disebut sebagai proses tender terbuka jika telah diketahui syarikat mana akan dipilih untuk dianugerahkan kontrak tersebut.

Baca: Skandal Gerbang Selangor: SPRM Diarah Tutup Mulut?

Kerja yang bermula 15 April 2015 dijangka siap sepenuhnya pada 20 Oktober 2016 dikatakan agak lewat dan tidak menepati jadual asal. Haniza yang merupakan Adun Taman…………………………………..

Baca : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Fenomena ‘Saya Yasmin’

Sekarang ini di media sosial, heboh di sana sini, kisah mengenai ‘Jadilah Seperti Rashid’ terpampang di mana-mana segenap ruang di dalam Facebook.

Ia merupakan karya satira, jenaka yang menampilkan watak bernama Rashid itu menceritakan pelbagai perkara yang dibuat oleh Rashid yang mempunyai kebaikan dan faedah. Kemudian, ramai pula yang mahu meniru gaya penulisan seperti watak Rashid dalam menyampaikan mesej lucu mereka.

Baca: Ketua Menteri Sarawak Sokong TPPA, Ketua Negeri Lain?

Bagaimanapun, satu watak telah direka dengan nama Yasmin untuk……………………………………

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Lim Guan Eng Hampir Gila Kerana GST.

Harga minyak dijangka terus kekal rendah pada tahun ini yang akan mendatangkan masalah kepada kewangan dan ekonomi negara pada keseluruhannya, namun ia dapat diselamatkan dengan kejayaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada April tahun lepas.

Kutipan GST yang dianggarkan meningkat kepada RM39 bilion pada tahun ini dapat menampung penyusutan pendapatan kerajaan yang dianggarkan lebih RM30 bilion melalui hasil minyak.

Defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan lagi 3.1 peratus pada tahun ini jika tiada GST.

Projek-projek pembangunan seperti jalan raya, hospital, sekolah dan sebagainya kepada rakyat masih dapat dilaksanakan di atas kejayaan pelaksanaan GST……………………………..

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Zahid ‘Bakal’ Di Serang Mahathir

Benarkah Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak kini mengalihkan tumpuan untuk cuba mengaibkan pemimpin nombor dua negara pula?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini lantang bersuara menggesa semua pihak tidak menyalahkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, sebaliknya melihat apa yang dilakukan pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Dakwaan Ahmad Zahid yang dikatakan merujuk kepada zaman Dr Mahathir tentang beberapa…………………..

Baca di Sini : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Bauksit Pahang-Marotorium Perlombongan Dan Eksport Di Kenakan.

Kabinet telah memutuskan untuk mengenakan moratorium ke atas aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri Pahang selama 3 bulan bermula dari 15 Januari 2016. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi melaksanakan moratorium tersebut.

Pihak Kerajaan Negeri Pahang bersama NRE akan mengadakan sesi engagement dengan semua pihak yang terlibat terutamanya kepada pengusaha dan pengeksport yang terbabit bagi membolehkan pengusaha dan pengeksport menguruskan stokpil sedia ada untuk mengelakkan timbul masalah pencemaran di musim tengkujuh.

Dalam tempoh pelaksanaan moratorium tersebut, pihak Kerajaan akan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan moratorium ini……………………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Mahathir Ahli Majlis Fatwa?

Seumpama produk yang semakin usang dan tiada pembeli, maka diwujudkan sesuatu yang bersifat kontorversi untuk meletakkan kembali dirinya di pasaran.

Itulah Mahathir! Kali ini seperti sengaja mengambil alih tugas ahli Majlis Fatwa Kebangsaan apabila mengeluarkan ‘fatwa’ terbaru beliau seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal pro pembangkang.

Kepelikan pemikiran ‘perdana’ Mahathir terserlah apabila beliau selalu pantas mendepani isu berkaitan sensitiviti keagamaan.

Seperti zaman beliau berkuasa dahulu……………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Sebantal Tak Semimpi?

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 minggu lalu membuka satu lembaran baru dalam usaha mengadakan satu bentuk kerjasama strategik khususnya menjurus ke arah memperkukuhkan kesatuan agama serta bangsa walaupun berbeza ideologi kepartian nyata telah membuka mata dan membangkitkan perhatian ramai pihak terutama mereka yang sedia menentang sebarang usaha penyatuan ummah.

Kenapa masih ada pihak yang risau?

Najib Tokoh Perdamaian Antarabangsa

Sosok tubuh berperawakan sederhana ini sebenarnya bukanlah asing sebagai tokoh yang sentiasa memperjuangkan perpaduan.

Beliau adalah nama yang dihormati oleh lawan dan kawan. Hanya pentaksub pro pembangkang yang selalu kedengaran sinis menyindir dan mempersendakan ketokohan beliau dalam arena antarabangsa khususnya sebagai pemimpin yang sentiasa ditunjuk sebagai pendamai terbaik.

Namun fakta tetap fakta walaupun dibayangi dengan auta yang hebat daripada pihak yang tidak menyenangi cara beliau menyantuni perpaduan baik dalam negara mahu pun di luar negara.

Najib tetap ‘steady’ walaupun dituduh dengan pelbagai isu sejak setahun kebelakangan ini namun, pandangan umum di peringkat antarabangsa tetap menyanjung kredibiliti dirinya sebagai tokoh paling dipercayai untuk menjadi orang tengah dalam mana-mana perbincangan berkaitan pendamaian.

Sesekali agak hairan dengan cara rakyat Malaysia menilai Najib sebagai………………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/kolumnis/