Kedah Kekal Setia Umno,Pembangkang Bakal Gigit Jari

Krisis Menteri Besar Kedah memasuki episod baru hari ini dengan campur tangan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempelawa Dato Paduka Mukhriz Mahathir menyertai parti tersebut.zahid0000

Pelawaan dari Adun Lunas,Selambau,Bakar Arang dan Sidam dikeluarkan pada satu sidang media di Bakar Arang. Kenyataan bersama dari pihak pembangkang Kedah itu nyata hanyalah helah mereka dalam usaha memburukkan lagi krisis yang melanda kepimpinan Umno Kedah.

Selaku orang yang mengaku jiwa Umno, Mukhriz tahu selok belok pembangkang yang ibarat ‘anjing tersepit’ dan bakal menggigit sesiapa yang melepaskannya. Krisis Umno Kedah tidak seburuk yang disangka pembangkang kerana rakyat Kedah sendiri akan menerima sesiapa sahaja yang dilantik selagi wakil itu dari Barisan Nasional.

Cubaan pihak pembangkang Kedah mengaitkan rasuah dengan Umno ternyata sesuatu yang memalukan mereka sendiri. Skandal Pintu Gerbang Selangor di bawah kerajaan PKR yang masih diselubungi misteri identiti penderma rahsia. Cubaan Haniza Talha mengelirukan rakyat dengan menyembunyikan identiti penderma hanya taktik PKR.

Skandal PKR Selangor juga penuh dengan keraguan membabitkan rasuah di peringkat tertinggi parti tersebut dan cubaan pembangkang di Kedah mengatakan Umno sebagai sebuah perti korup memakan diri mereka sendiri. Bayangkan jika di Selangor mereka membazirkan sejumlah Rm9.8juta wang rakyat ke projek pintu gerbang, apa yang  mereka tidak mampu lakukan jika memerintah Kedah.

Pembangkang Kedah hanya mengambil peluang dari krisis yang melanda Kedah namun kebijaksanaan Presiden Umno menyelsaikan kemeut ini bakal mengecewakan mereka. Isu dana pilihanraya yang dikaitkan dengan Najib telah selesai apabila Peguam Negara mengesahkan tiada keraguan yang timbul dari kes tersebut dan turut ditegaskan isu tersebut ditutup.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga telah menjelaskan derma yang di terima oleh Najib dari penderma dianggap selesai sebaik sahaja Peguam Negara mengumumkan identiti penderma. Walau demikian, SPRM kini terpalit dengan isu kebocoran maklumat dari pihak tertinggi siasatan dan perkara ini menjadi ‘viral’ dalam media sosial. Perkara demikian menjatuhkan reputasi SPRM sebagai agensi yang tidak memihak kepada sesiapa dalam Malaysia dan pihak atasan SPRM akan mengambil tindakan tegas dalam isu berkenaan.

Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri telah mengambil serius tentang kebocoran dan ‘viral’ mengenainya di dalam media sosial. Beliau mengarahkan siasatan tegas akan kesahihan ketirisan maklumat siasatan oleh isteri kepada seorang pegawai yang terlibat dalam siasatan isu penderma yang dikaitkan dengan Najib.

Rakyat berharap ketelusan Zahid dan ketegasan ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri kerana bimbang akan terjadi lagi perkara sedemikian dalam isu yang membabitkan negara.  Mengenai kemelut Umno Kedah, Zahid selaku Naib Presiden Umno akur dengan keputusan parti setelah mengambil kira pandangan Majlis Jemaah Pemangku Di Raja Kedah.

Pembangkang Kedah hanya mampu mengigit jari kerana dalam Umno biasanya semangat setiakawan sangat erat umpama ‘Biduk lalu kiambang bertaut’. Mereka hanya boleh menyimpan impian menawan Kedah dan Umno serta rakyat Kedah sudah serik di perintah pembangkang. Setiap kemelut dalaman Umno akan diselesaikan dengan semangat muhibbah dan keadaan akan kembali seperti biasa.

 

 

 

TPM Pengerusikan Mesyuarat Pertama.

Putrajaya – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa tertinggi bagi menangani kos sara hidup rakyat di sini.

Mesyuarat tiga jam itu bertujuan memastikan usaha berterusan ke arah menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat secara bersepadu bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO).

Jawatankuasa itu yang turut dianggotai enam menteri dan ketua setiausaha kementerian berkaitan, merupakan kesinambungan kepada Jawantakuasa Khas Kabinet Kos Sara Hidup Rakyat, yang turut dipengerusikan Ahmad Zahid.

Menteri terlibat dan turut hadir dalam mesyuarat hari ini ……………….

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/semasa/

Zahid ‘Bakal’ Di Serang Mahathir

Benarkah Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak kini mengalihkan tumpuan untuk cuba mengaibkan pemimpin nombor dua negara pula?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini lantang bersuara menggesa semua pihak tidak menyalahkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, sebaliknya melihat apa yang dilakukan pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Dakwaan Ahmad Zahid yang dikatakan merujuk kepada zaman Dr Mahathir tentang beberapa…………………..

Baca di Sini : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Penjawat KKM Kutuk Program Selawat Perdana.

Kebaikan yang kita dapat selalunya dari penggunaan media sosial adalah banyak sekiranya ianya digunakan pada jalan yang terbaik.

Meletakkan komen dalam satu status peribadi yang di muatnaik secara waras serta sedar ia boleh diviralkan sekiranya apa yang dikomen melebihi had yang sepatutnya.

Penjawat awam biasanya terlupa bahawa mereka sebenarnya terikat dengan peraturan dan disiplin yang ditetapkan selari dengan akujanji yang telah diikrarkan ketika mengangkat sumpah memegang jawatan.

Tandatangan yang diturunkan adalah bersifat rasmi dan apabila penjawat terlupa apa yang pernah diakurkan sepanjang memegang jawatan, maka masalah yang lain biasanya akan mengikuti jejak tugas mereka yang seterusnya.

Artikel ini bukan bersifat mengugut tetapi sekadar memperingatkan………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/zahid hamidi