Siapa Penganjur?

Polis masih belum menerima notis lengkap daripada penganjur perhimpunan Bantah Perjanjian Trans-Pasifik Asia (TPPA) yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata pihaknya menerima pemohonan daripada penganjur yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan pada 12 Jan lepas, namun ia tidak dapat diproses kerana permohonan mereka tidak disertakan surat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Sehingga kini, pihak penganjur belum tampil untuk mengemukakan permohonan baharu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Justeru, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan dilarang membawa kanak-kanak pada perhimpunan yang dirancang itu.

Baca: Pembangkang Guna “Saya Yasmin………………………

Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/