Peranan Pemuda Umno Kian Luntur.

Kuala Lumpur
8November 2015

Pemuda Umno kini di lihat semakin layu dalam memperjuangkan matlamat asal. Semakin lemah dalam menangani situasi serangan saraf dari pihak pembangkang,PPUM longlai serta kalah dari segi mentaliti.

Semangat perjuangan pemimpin Pemuda Umno tidak lagi di hayati sepenuhnya. Kemana aura “singa Umno” yang satu masa di geruni lawan dan di segani kawan.

Penurunan graf pengundi saluran muda semakin menunjukkan kegagalan Pemuda dalam berinteraksi dengan bakal dan pengundi muda.

Isu isu yang melanda negara juga tidak di tangani oleh Pemuda seperti sepatutnya. Barisan Exco yang di galaskan tanggungjawap endah tak endah dengan tugas. Menuding merata arah telah menjadi ‘trend’ buat mereka.

Kelemahan ini bermakna Ketua Pemuda sendiri gagal menerapkan semangat patriotisme dalam barisan Exco beliau. Di pilih menjadi tunjang Pemuda, Khairy tidak mampu mempertahankan status quo beliau.

Walau di lantik sebagai anggota kabinet selepas Pru13, Khairy mencuba mendekati anak muda. Ternyata beliau di anggap ikon Belia tapi harus di ingat, ikon sahaja tidak menjamin kemenangan Barisan Nasional nanti.

Kerja keras perlu di usahakan oleh Pemuda dalam menyampaikan hasrat kerajaan. Menerangkan pelbagai kekeliruan isu kepada anak muda juga harus di fikirkan oleh Khairy serta Exco PPUM.

Mungkin sudah tiba masa, Pemuda Umno menggerakkan gerak saraf mendepani pengundi muda secara agresif. Jangan sampai setiap undi terlepas kepada pihak yang tidak sepatutnya.

image