2017 Tahun Melawat Pahang, Pesona Pahang Bakal Memikat Pelancong-Sharkar Shamsudin.

Temerloh

8November 2015

Exco Pelancongan Negeri Pahang, Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin menyatakan Tahun Melawat Pahang 2017 akan di beri promosi besar besaran mulai tahun hadapan. Ianya akan berlangsung sepanjang tahun 2016.

Menurut beliau Pahang di kenali seluruh dunia hasil promosi berterusan kerajaan negeri. Malah Sharkar juga menyatakan pelancong yang pernah menjejakkan kaki di Pahang pastinya akan kembali untuk menikmati suasana tenang di Pahang.

Dengan hasil dari sektor tersebut yang bernilai lebih Rm6.5billion setahun, Pahang antara negeri yang menerima ramai pelancong. Walau memfokuskan kepada pelancong domestik, pelancong dari luar negara tidak di lupakan menurut Sharkar lagi.

Dengan kepelbagaian tarikan pelancongan, Pahang bakal menarik pelancong dari Singapura,China serta Eropah. Antara tarikan menarik dalam Pahang,Genting Highland menduduki ranking tertinggi dari jumlah kehadiran pelancong. Ekosistem yang masih terpelihara dalam negeri Pahang juga merupakan tarikan yang terbaik buat pelancong dari Eropah.

Mengulas tentang mengekalkan alam semulajadi, Sharkar juga menyatakan adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk mengekalkan ia sebaik mungkin. Setiap pembangunan yang bakal di buat akan di minimunkan impak kepada alam sekitar.

Pahang juga tidak kurang dengan budaya serta juadah yang menarik untuk di perkenalkan kepada pelancong samada dalam atau luar negeri. Kemudahan serta khidmat dalam sektor pelancongan turut di pertingkatkan dari masa ke semasa.

Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin image

image

berkata demikian semasa di temui di majlis penyampaian hadiah pertandingan Bowling yang di anjurkan oleh Persatuan Bowling Daerah Temerloh bertempat di Star Mall Mentakab.

Ketika di tanya mengenai isu vape, Sharkar berkata ianya bukanlah isu besar yang perlu di gembar gemburkan oleh media sosial. Mengulas isu tersebut, Sharkar meminta semua pihak mengikut keputusan yang di keluarkan oleh kabinet.

Peranan Pemuda Umno Kian Luntur.

Kuala Lumpur
8November 2015

Pemuda Umno kini di lihat semakin layu dalam memperjuangkan matlamat asal. Semakin lemah dalam menangani situasi serangan saraf dari pihak pembangkang,PPUM longlai serta kalah dari segi mentaliti.

Semangat perjuangan pemimpin Pemuda Umno tidak lagi di hayati sepenuhnya. Kemana aura “singa Umno” yang satu masa di geruni lawan dan di segani kawan.

Penurunan graf pengundi saluran muda semakin menunjukkan kegagalan Pemuda dalam berinteraksi dengan bakal dan pengundi muda.

Isu isu yang melanda negara juga tidak di tangani oleh Pemuda seperti sepatutnya. Barisan Exco yang di galaskan tanggungjawap endah tak endah dengan tugas. Menuding merata arah telah menjadi ‘trend’ buat mereka.

Kelemahan ini bermakna Ketua Pemuda sendiri gagal menerapkan semangat patriotisme dalam barisan Exco beliau. Di pilih menjadi tunjang Pemuda, Khairy tidak mampu mempertahankan status quo beliau.

Walau di lantik sebagai anggota kabinet selepas Pru13, Khairy mencuba mendekati anak muda. Ternyata beliau di anggap ikon Belia tapi harus di ingat, ikon sahaja tidak menjamin kemenangan Barisan Nasional nanti.

Kerja keras perlu di usahakan oleh Pemuda dalam menyampaikan hasrat kerajaan. Menerangkan pelbagai kekeliruan isu kepada anak muda juga harus di fikirkan oleh Khairy serta Exco PPUM.

Mungkin sudah tiba masa, Pemuda Umno menggerakkan gerak saraf mendepani pengundi muda secara agresif. Jangan sampai setiap undi terlepas kepada pihak yang tidak sepatutnya.

image