“Terimakasih Atas Ingatan”-PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kian pulih daripada pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan kecil pada tangan kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Dalam mesej tweet hari ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang mendoakan semoga beliau cepat sembuh, Najib berkata: “Saya kian pulih, terima kasih atas ingatan tuan. Jumpa lagi.”

Lee, dalam mesej tweet beliau semalam, mendoakan agar Najib segera sembuh dan gembira apabila mendengar bahawa prosedur itu berjaya dijalankan.

HKL dalam kenyataan semalam berkata Najib menjalani pembedahan………………..

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Perpaduan UMNO dan PAS Jadi Kenyataan.

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang julung kali diadakan di ibunegara diharap dapat merintis jalan ke arah penyatuan dua parti Islam terbesar, iaitu PAS dan Umno.

Harapan ini dinyatakan Pengerusi Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia, Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, sesuai dengan seminar berkenan yang akan membincangkan perbezaan pendapat dan ideologi politik yang sedang melingkari masyarakat Islam di negara ini.

Kesempatan itu, katanya boleh membuka jalan kepada perpaduan antara kedua-dua parti berkenaan.

“Dalam konteks (tema:Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi) ini, sebenarnya kita fokuskan kepada fahaman politik, kerana kita ambil kira, sebahagian besar umat Islam di negara ini cenderung kepada dua dua parti politik Islam terbesar (PAS dan Umno).

“Salah satu tujuan pertemuan ini adalah untuk mendekatkan, nak menanamkan semangat perbincangan dialog… dan mungkin apa yang berlaku ini dapat mempengaruhi masyarakat Islam di negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Forum tiga hari bermula Rabu anjuran Rabitah Alumni Al-Azhar Malaysia dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak petang ini dan dijangka dihadiri 900 peserta dari dalam dan luar negara.

Selain itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijadualkan menyampaikan ucaptama beliau selepas Najib merasmikan seminar berkenaan.

Najib, sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya sebagai presiden Umno di perhimpunan agung parti itu 10 Disember lepas, telah menghulurkan “tali silaturahim……………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/