SJKC Pai Chee : Cukupkah Sekadar Tukar Atau Perlu Diturunkan Pangkat

Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor harus berdepan tindakan tegas jika dakwaan bahawa beliau bertanggungjawab menyebabkan guru-guru Melayu meninggalkan sekolah itu adalah benar, kata ahli parlimen Umno, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

Beliau juga menggesa Kementerian Pendidikan untuk menyiasat prestasi serta keupayaan guru besar itu susulan dakwaan rasis yang dilaporkan berlaku di sekolah berkenaan.

Baca: Tidak Pandai Mengajar, Guru Melayu Diserang Dan Dihalau Dari Sekolah Cina

“Bukan sahaja ditukarkan tetapi patut dikenakan tindakan disiplin atau tatatertib termasuk diturunkan pangkat jika terbukti beliau memaksa………….

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Wujud Kumpulan K.O Najib?

Melangkah tahun 2016, cabaran kepada parti politik pastinya berbeza bagi Presiden Umno Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam mengemudi pemerintahan negara. Persidangan Agung Umno 2015 telah menunjukkan kredebiliti sebenar beliau selaku Ketua yang di pilih oleh ahli Umno seluruh negara.

Najib juga berjaya membuat musuh politiknya mengakui akan kebijaksanaannya memerintah Negara.

Namun demikian cabaran kecil yang di timbulkan oleh segelintir ahli Umno tetap di beri perhatian. Gabungan Ketua Cawangan Umno yang tidak sehaluan dengan kepimpinan Tertinggi Umno cuba menangguk dalam keruh amat di kesali.

Desakan mereka yang mahu Najib meletak jawatan hanyalah suara yang bukan melambangkan suara akar umbi seperti yang di dakwa.

Dakwaan yang mereka mewakili 200 cawangan, kumpulan ‘kecewa’ ini mengaku…………………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Tidak Mampu Walau Sepasang Baju….

Semalam ini diviralkan satu kisah sedih yang melibatkan seorang ibu tunggal yang merayu jasa dan budi baik rakyat Malaysia untuk menyumbang pakaian sekolah terpakai untuk melengkapkan persediaan persediaan anaknya menjelang sesi persekolahan 2016 yang akan tiba tak sampai seminggu sahaja lagi.

Bicara.news terpanggil untuk mencari maklumat tentang ibu tunggal tersebut. Pencarian itu telah berjaya mendapatkan sendiri ibu tunggal yang bernama Puan Noridah binti Mohd Nor yang tinggal di Kampung Chendering Baru Pandan 2, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Kisah sedih ibu tunggal bersama tujuh anaknya yang kehilangan suami tercinta bermula apabila suaminya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya setahun yang lalu.

Sejak itu bermulalah kisah hidup terumbang-ambing apabila kehilangan mengejut itu……………………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Naik 50%, Siapa Mahu Guling?

RIYADH: Arab Saudi menaikkan harga petrol sehingga lebih 50 peratus mulai hari ini susulan pemotongan subsidi selepas negara itu mencatatkan belanjawan defisit.

Kenaikan harga juga membabitkan tarif elektrik, air, diesel dan minyak tanah selepas Kabinet diketuai Raja Salman memutuskan pengurusan subsidi ke atas bahan berkenaan, lapor agensi berita SPA hari ini.

Kabinet memutuskan harga petrol gred tinggi naik 0.90 Riyal (AS$0.24) seliter berbanding 0.60 Riyal sebelum ini, iaitu……………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Siapa Penakut-Najib Atau Mahathir?

Hanya mereka yang mengenali Najib Razak secara luaran sahaja yang tegar akan mengatakan beliau berada dalam keadaan paling takut pada situasi sekarang.

Hakikatnya dalam ‘ketakutan’ yang digambarkan beliau telah mempamerkan lebih keberanian yang tidak ada pada perdana menteri yang sebelumnya.

Amat menjelikkan apabila seorang wartawan veteran masih lagi menggunakan kaedah kuno untuk mengukur tahap ketakutan seseorang sedangkan sebenarnya beliau yang lebih takut sekarang kerana beliau mengetahui bahawa pemimpin yang dikecamnya sebagai penakut adalah seorang yang lebih ‘membunuh’ dalam sesuatu tindakannya.

Tidakkah beliau menyedari zaman telah berubah atau beliau masih selesa dengen cara dan kaedah usang mengukur keperibadian seseorang yang sentiasa ‘mobile’ dan tabah menyerap tekanan terhadap cara pemerintahan yang ditunjukkan kepda umum?

Membandingkan keberanian Najib dengan Mahathir pada 22 tahun pemerintahan kuku besinya adalah sesuatu yag melucukan.

Rakyat pada ketika itu hanya bersumberkan tulisan di beberapa buah akhbar utama serta hanya dua televisyen perdana tidak mampu khatam semua info dan berita seperti mana yang ada sekarang.

‘Ketakutan’ Najib yang pertama ialah memansuhkan ISA,……

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/pandangan/

Gantung The Edge : KDN Pertahan Keputusan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpegang kepada pendirian bahawa tindakannya menggantung permit akhbar The Edge selama tiga bulan adalah kerana penerbitan itu boleh memudaratkan negara.

Kementerian itu menjelaskan permit akhbar berkenaan digantung kerana hasil penyiarannya mengandungi penerbitan yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan ketenteraman atau kepentingan awam, kepentingan negara serta keselamatan.

“Bagaimanapun, kes ini sedang berjalan dan masih dalam tindakan Mahkamah Rayuan,” kata kementerian melalui jawapan bertulis kepada soalan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Zainudin ingin mengetahui tindakan yang telah dan akan diambil kerajaan ke atas akhbar dan penerbit Sarawak Report, The Edge dan Wall Street Journal (WSJ) kerana dikatakan menyiar berita yang tidak benar, berniat jahat dan menggunakan……….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

LRT,ERL : Masyarakat Keliru?

Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) milik Prasarana Bhd mampu menampung sehingga lebih 78 juta pengguna setahun atau 6.5 juta pengguna sebulan bersamaan 217,000 orang sehari.

Ini menjadikan sistem tersebut menjadi pilihan kepada warga kota untuk menuju destinasi dengan cepat dan selamat tanpa melalui kesesakan jalanraya.

LRT berbeza dengan ERL di mana LRT menawarkan khidmat laluan utama dari pinggir bandar ke Ibukota. Manakala ERL pula menawarkan perjalanan ke KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dari KL Sentral.

Ada kekeliruan oleh pengguna yang menyamakan LRT dengan ERL yang menyebabkan salah faham mengenai laluan, kenaikan harga tambang serta syarikat yang menguruskannya.

ERL (Express Rail Link Sdn Bhd) milik sepenuhnya Express Rail Sdn Bhd, mengumumkan kenaikan kadar tambang mulai 1 Januari 2016 sebanyak Rm 20 dari Rm 35 menjadi Rm 55 untuk perjalanan sehala KL Sentral – KLIA. Perjalanan selesa dan tidak memakan masa yang lama untuk tiba mengikut jadual penerbangan di KLIA menjadi antara sebab utama perkhidmatan itu di pilih pengguna setia ERL.

Pemilikan saham Syarikat terbabit dalam ERL Sdn Bhd

  • 50% YTL Corporation
  • 40% Lembaga Tabung Haji
  • 10% Trisilco Equity

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/

Muhyiddin Cari Ehsan Penyokong.

Hari ini, portal pro pembangkang Malaysiakini sekali lagi dengan bangga memetik sumber yang dikatakan sedang viral dari grup ‘Whatsapp’ yang menyatakan Timbalan Presiden UMNO Tan Seri Muhyiddin Yassin akan bersama menyertai gerakan penyokong sembilan orang ketua cawangan yang dijangka akan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin UMNO petang ini.

Malaysiakini yang dikatakan dibiayai operasinya oleh sebuah NGO Yahudi juga memberitahu bahawa Dato Hamidah Osman yang dipecat keahlian UMNO minggu lalu sedang giat mengumpulkan ahli parti untuk berhimpun di Ibu Pejabat UMNO di PWTC

 

Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/

 

Teruskan membaca

DAP Dalang Jatuhkan Kerajaan Yang Di Pilih Secara Demokrasi?

Lim Kit Siang yang di gantung dari Parlimen selama 6 bulan melancarkan satu gerakan menjatuhkan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. Memilih Tenom, Sabah sebagai tempat bermula gerakan  Kit Siang berkata,  ianya di pilih berdasarkan sejarah 1985 di mana Harris Salleh ( mantan Ketua Menteri ) di gulingkan.

Dengan membawa isu 2.6 billion, Kit Siang berharap undi tidak percaya ke atas PM akan di bawa ke Parlimen pada 16 November ini. Dengan perkiraan bahawa ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak akan setuju dengan gerakan ini, Kit Siang berharap kedudukan Najib selaku Perdana Menteri akan berakhir.Beliau bagaimanapun tidak akan hadir pada hari tersebut kerana berdepan dengan hukuman gantung kerana keceluparannya.

Kit Siang juga tidak berani  menamakan siapakah ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang akan setuju dengan gerakan ini, bagaimanapun di lihat hanya bermain dengan persepsi sendiri. Beliau juga akan berkempen menghasut rakyat Sabah dan di jangka akan ke Keningau,Kudat,Kota Kinabalu,Tuaran dan Sandakan dengan berbekalkan isu  “Mana Rm2.6 billion”.

Dap juga hanya bermain persepsi jahat kerana mereka sendiri tidak mempunyai calon dan hanya mencabar siapa  dari Sabah atau Sarawak yang berkemampuan untuk di ketengahkan sebagai Perdana Menteri, selain dari menamakan Lim Kit Siang sendiri sebagai PM. Membandingkan Myanmar sebagai rujukan gerakan menjatuhkan Najib, Kit Siang di percayai akan menghasut rakyat Sabah dan Sarawak dengan isu pemisahan kuasa Malaysia.

Lim Kit Siang sememangnya tidak belajar dari sejarah penubuhan Malaysia dan penyertaan Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian dari Malaysia. Apa yang beliau mahu hanyalah kuasa seperti mana P.Pinang yang di kuasai Dap. Rakyat Sabah dan Sarawak sebenarnya muak dengan hasutan dari Dap yang hanya mementingkan kuasa.Dengan merasakan pengaruh Dap yang semakin lemah di Borneo, maka Kit Siang mencuba untuk membawa isu yang di rasakan mampu untuk Dap ketengahkan.

Gerakan ini sebenarnya patut di pandang serius oleh pihak berkuasa kerana melibatkan Negara. Lim Kit Siang hanya mahu populariti serta mempengaruhi rakyat bahawa kerajaan Malaysia kejam terhadap beliau. Apa yang akan di lakukan beliau sebenarnya menjejaskan demokrasi yang telah lama di amalkan di Malaysia, serta mengimbau kembali peristiwa hitam negara satu ketika dulu.

Rakyat Sabah,Sarawak serta ahli Parlimen dari kedua dua negeri sebenarnya telah lama teguh bersama Barisan Nasional, dan Dap hadir di sana tidak lebih dari sekadar menumpang tanpa membantu memajukan negeri. Dengan pelbagai inisiatif dari Najib yang di bawa ke Sabah dan Sarawak, isu yang bakal di mainkan oleh Kit Siang hanyalah mainan kotor Dap. Malah Dap sendiri tidak menyumbang untuk kemajuan serta kemakmuran tanah Borneo itu.

Gaya Hidup Mewah Mahathir Bukti Rasuah?

Bekas Perdana Menteri ke 4, Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang sinis  bahawa “gaya hidup mewah cukup jadi bukti rasuah”. Kenyataan itu di percayai di tujukan kepada Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai serangan peribadi beliau terhadap Perdana Menteri.

Mahathir seperti bercakap di depan cermin besar kerana hanya membuat persepsi dengan gaya hidup mewah sebagai bukti rasuah. Lupakah beliau bagaimana sambutan luar biasa di adakan untuk beliau oleh Vincent Tan, yang di katakan menelan belanja yang agak banyak sempena hari lahir beliau. Itu juga antara gaya hidup mewah dan boleh di katakan sebagai bukti rasuah.

Menurut laporan Mahathir mempunyai banglo mewah di The Mines,sebuah banglo di subang yang di bina oleh Rin Kei Meng,sebuah di langkawi  di bina oleh Ting Phek King,sebuah banglo di Country Heights (telah di duduki oleh Mirzan ) dan sebuah lagi yang di bina oleh Vincent Tan di Bukit Tinggi bernilai Rm21 juta.

Selain itu Mahathir juga di dakwa mempunyai sebuah lagi mahligai di London di atas nama Daim,Vancouver ( nama Mirzan ) dan sebuah lagi di Florida. Beliau juga di katakan mempunyai sebuah ladang di Argentina.Mahathir juga menurut laporan itu mempunyai sebuah jet peribadi Global Express bernilai Rm200 juta.

Bagaimana Mahathir  mahu menjelaskan kepada rakyat bagaimana beliau mempunyai status kekayaan luar biasa itu? Adakah beliau bersetuju bahawa beliau juga mengamalkan rasuah semasa berkuasa selama 22 tahun dulu. Anak anak beliau juga di ketahui mempunyai kekayaan yang tidak terjangkau fikiran dengan status Mahathir yang hanya menerima sebanyak Rm30,000.00 sebulan sebagai Perdana Menteri semasa berkhidmat. Dari mana hadirnya sumber kekayaan Mahathir dan legasinya.

Mahathir juga seperti menafikan yang beliau juga hidup mewah, hasil kroni kroni yang di beri pelbagai projek mega di zaman beliau memerintah. Dengan pelbagai skandal semasa beliau berkuasa tidak hairan jika belaiu mampu hidup mengalahkan billionair.

Walau di mata rakyat beliau di lihat sederhana, kebanyakan rakyat tertipu dengan kebijakkan Mahathir menyorokkan kekayaan beliau. Beliau juga seperti bersetuju dengan kenyataan sendiri yang beliau turut menerima rasuah dan mampu hidup mewah.

Mengeluarkan kenyataan kurang bijak seperti itu sebenarnya menjerat diri Mahathir sendiri. Kini rakyat boleh menilai samada Mahathir sendiri hidup dengan hasil rasuah dari kroni kroni yang beliau bela atau beliau menjalankan perniagaan yang di ragui.

Kenyataan itu turut mengakibatkan tempias kepada legasi anak anak beliau kerana umum mengetahui bahawa Mirzan,Mokhzani di senaraikan antara individu terkaya dalam Malaysia. Seperti mengiyakan kenyataan Mahathir, gaya hidup mewah anak anak beliau juga boleh menjadi bukti bahawa mereka menerima rasuah.

Mahathir di ibaratkan ‘meludah ke langit’ dan ‘menepuk air di dulang’ bila menyatakan gaya hidup mewah sebagai bukti rasuah. Hakikatnya Mahathir sendiri menerima rasuah untuk dirinya dari kroni kroni yang menguasai segala hasil negara semasa beliau memerintah.

image