Salleh Said Keruak Bercuti Dari Jawatan Presiden USBO

Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak sememangnya dikenali sebagai tokoh pemimpin yang begitu komited menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau. Terbaru, demi kelangsungan dan kebertanggungjawaban kepada amanah yang diberi, beliau mengambil keputusan untuk bercuti dari jawatan Presiden USBO ( United Sabah Bumis Organisation).

Kenyataan akhbar Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak:

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa saya akan mengambil cuti sebagai Presiden United Sabah Bumis Organisation (USBO), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mana mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan memerintah, Barisan Nasional.

Perletakan jawatan ini adalah supaya saya dapat menumpukan tugas saya sebagai menteri di peringkat pusat sebagai menteri kabinet. Sepanjang percutian saya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Media Sosial Untuk Kebaikan – Salleh Keruak

KOTA KINABALU – Rakyat negara ini diminta lebih berhati-hati dan bijak menggunakan media sosial dengan memanfaatkannya hanya untuk perkara kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat Malaysia tidak harus menyalah gunakan kemudahan itu untuk perkara yang boleh memecah-belahkan perpaduan masyarakat di negara ini.

“Media sosial satu keperluan kepada masyarakat. Banyak urusan menggunakan media sosial. Jadi bukan semua perkara dalam media sosial itu buruk. Yang penting, sebagai pengguna kita harus menggunakan media sosial ini untuk kebaikan dan boleh…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Muhyiddin Totok?

Memerhati situasi pergolakan Umno hari ini sebenarnya mengimbau perjalanan yang di lalui oleh Tun Musa Hitam semasa tahun 1981-1986 semasa menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri di bawah Tun Mahathir, namun berbeza dengan senario kini dalam pergolakan isu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walau pernah di pecat dari jawatan Timbalan menteri pada tahun 1969 dan kemudiannya Umno pada tahun yang sama, jiwa beliau masih lagi tebal dengan perjuangan Umno. Kembali ke dalam Umno di era Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Musa Hitam mengorak langkah dengan bergaya hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri ke 5.

Beliau dikenali dengan sikap ‘Gentleman’ bila berhadapan dengan konflik pentadbiran Mahathir, mengambil langkah drastik untuk melepaskan jawatan tertinggi yang di sandangnya pada tahun 1986. Perseteruan 2M sampai ke kemuncaknya bila Musa Hitam memutuskan untuk menetang Mahathir dan beliau bergabung dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang bertanding merebut kerusi Presiden Umno.

Kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno kemudian di cabar oleh Tun Ghaffar Baba pada tahun 1987 dan Musa Hitam kalah dalam pertandingan itu menyebabkannya hilang dari radar politik negara.

Inilah cara perjuangan sebenar insan ber’jiwa’ Umno yang tahu bila mahu melepaskan kuasa ketika sudah tidak lagi sependapat dengan ketua. Tiada provokasi atau tunjuk perasaan yang beliau atau ‘orang-orang’ Musa yang menganjurkan apa apa program untuk memburukkan suasana selepas tidak lagi berkuasa.

Walau pada masa itu beliau tidak sependapat dengan Mahathir………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Negara Kongsi Gelap Menjadi Harapan Pembangkang.

Pakatan Harapan gusar dengan Pembentangan Rang Undang Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (MKN) yang di bentang untuk di luluskan dalam Parlimen hari ini. Gesaan dari Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) yang meminta penangguhan kelulusan seperti tidak logik dengan alasan sibuk dengan pembentangan Bajet serta tidak sempat membahaskan kandungan Rang Undang Undang MKN 2015 secara terperinci.

Peningkatan jenayah samada terancang mahupun tidak pastinya akan menjadi agenda pembangkang apabila sesuatu yang buruk terjadi. Semua kesalahan pasti akan mereka menyalahkan kerajaan kerana tidak peka dan tegas dalam melaksanakan undang undang. Ini adalah perkara biasa buat pembangkang yang mencari ‘political mileage’ dalam mencari simpati rakyat dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Pertemuan Nurul Izzah bersama Jacel Kiram lll tempohari cukup memberi gambaran negatif terhadap isu keselamatan negara selepas insiden Tanduo yang meragut 12 nyawa Perwira Negara. Ini juga menjadi penyebab mengapa Rang Undang Undang MKN 2015 perlu di luluskan dengan kadar segera dalam Parlimen dan di wartakan sebagai langkah pencegahan untuk sebarang aktiviti yang boleh mengancam ketenteraman awam.

Menjadi persoalan mengapa pihak Pakatan Harapan menentang perlaksanaan yang mampu mencegah keburukan untuk Malaysia dari terjadi, melainkan (PH) memang ada perancangan lain untuk menimbulkan kegelisahan kepada orang awam. Hanipa juga menyifatkan negara akan menjadi negara ‘Polis’ seandainya………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/pandangan/

Keputusan Kajian Peranti, Perisa Vape Akan Diumum

LARUT – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata keputusan mengenai kajian terhadap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik atau vape akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata ini kerana sekiranya mahu vape dibenarkan dijual di pasaran, ia perlu memenuhi prosedur dan kriteria yang akan ditetapkan.

Katanya, ketika ini Malaysia tidak mempunyai standard yang boleh diguna pakai terhdap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik.

“Penggunaan peranti dan perisa cecair rokok elektronik itu mesti menepati standard yang telah diguna pakai oleh pihak antarabangsa.

Baca Seterusnya Klik :  http://www.bicara.news/

Hamidah Cuba Salahkan Mahathir?

Mantan Ketua Wanita Gopeng Datuk Hamidah Osman yang di pecat oleh Majlis Tertinggi Umno pada 24 November 2015 merupakan calon yang kalah dalam Pru13 2013 di kerusi N43 Sg Rapat. Beliau mengalami kekalahan kepada calon Pas Radzi Zainon dengan majoriti 2638.

Berbanding dengan keputusan Pru12 2008, Hamidah yang hanya memperolehi majoriti sebanyak 636 undi sahaja ketika berdepan dengan calon yang sama dari Pas.

Prestasi merudum yang di tunjukkan oleh Hamidah menunjukkan beliau tidak di terima oleh akar umbi Umno Sg Rapat. Mengikut sumber yang di percayai, sikap sombong dan mengamalkan kronisme menjadi punca beliau di tolak dalam Pru13.

Kekalahan beliau juga antara faktor penyumbang kekalahan calon BN di P 071 Gopeng yang di menangi oleh Dap.

Baca Seterusnya Klik :   http://www.bicara.news/