Rasisme – Retorik DAP Burukkan Sistem Sekolah Satu Aliran

 

kula_politikkaum-650x340
DAP Tolak Sekolah Satu Aliran – Siapa Yang Amal Rasisme?

 

Democratic Action Party (DAP) mendakwa sistem politik dan dasar yang berasakan kaum merupakan punca rasisme di Malaysia menurut Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M.Kula Segaran. Beliau membidas kenyataan ahli akedemik Prof. Dr Teo Kok Seong yang merumuskan sistem pendidikan pelbagai aliran merupakan faktor utama kepada masalah antara kaum di negara ini.

  • Teo Kok Seong merupakan Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia

Kula Segaran yang menyelar kenyataan Kok Seong yang menyarankan agar kerajaan mewujudkan sistem sekolah satu aliran bagi menggantikan sekolah vernakular. Kewujudan sekolah vernakular merupakan antara penyumbang sikap rasisme dikalangan rakyat kerana pergaulan yang terbatas hanya dengan satu kaum sahaja dan ini tentunya tidak memupuk kefahaman antara kaum seawal usia muda.

DAP sebagai sebuah parti sekular sosialis tidak perlu gusar dengan cadangan Kok Seong untuk kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran. Semangat muhibbah antara kaum dalam Malaysia pasti akan terlaksana apabila cadangan itu diluluskan oleh kerajaan demi persefahaman dan seruan kerajaan yang mahukan rakyat bersatu padu tanpa mengira kaum atas semangat 1Malaysia.

Perlu diingatkan selama 50 tahun, DAP mengamalkan sikap pilih kasih didalam parti kerana tidak pernah melantik wakil dari kaum lain sebagai Setiausaha Agung melainkan Lim Kit Siang dan kemudiannya di warisi Lim Guan Eng. Menurut senarai pemilihan CEC DAP 2013, hanya 3 orang dari kaum lain berada dalam senarai yang dikuasai hanya satu kaum.

Rekod pemilihan 20 tempat teratas pemilihan semula CEC Kongres Khas DAP 2013 dari laman rasmi DAP Roketkini.com

  1. LIEW CHIN TONG –  1438
  2. LIM KIT SIANG – 1436
  3. KARPAL SINGH – 1421
  4. GOBIND SINGH DEO – 1409
  5. LIM GUAN ENG – 1304
  6. CHONG CHIENG JEN – 1294
  7. LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) – 1263
  8. CHOW KON YEOW – 1203
  9. FONG KUI LUN – 1193
  10. TENG CHANG KHIM – 1164
  11. PUA KIAM WEE (TONY) – 1158
  12. ZAIRIL KHIR JOHARI – 1132
  13. KOK SUH SIM (TERESA) – 1127
  14. CHONG ENG –  1111
  15. M. KULA – 1088
  16. TAN KOK WAI – 1088
  17. TEO NIE CHING 1081
  18. BOO CHENG HAU 961
  19. NGA KOR MING 956
  20. NGEH KOO HAM 809

Kula yang meminta Kok Seong menghormati Perlembagaan yang membenarkan kaum lain mengamalkan bahasa ibunda dan hak lain perlu memandang kepada DAP sendiri kerana mereka tidak mengamalkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sebagai bukti, kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri melakukan penindasan terhadap kaum lain apabila menghalang perarakan Maulidur Rasul serta meminta pihak surau dan masjid memperlahankan laungan azan menggunakan pembesar suara. Penindasan ketara DAP terhadap kaum lain juga jelas terjadi kepada peniaga jalanan apabila mereka di halang dari menjalankan perniagaan tetapi satu kaum lain tidak pula di halang.

Pecah dan Perintah juga diamalkan DAP Pulau Pinang apabila secara halus menghalau kaum bumiputera dari Pulau ke Seberang Prai dengan menaikkan harga hartanah hingga hanya menjadi rumah ‘mampu lihat’ sedangkan kerajaan sebelumnya telah merizabkan kawasan untuk pembinaan rumah rakyat mampu milik.

Pengambilalihan tanah secara tidak adil juga dilakukan kerajaan DAP dalam projek Mega DAP di P.Pinang. Banyak persoalan timbul selama DAP memerintah P.Pinang dan perkara ini disorokkan dari pengetahuan rakyat kerana DAP sering mendakwa mereka telus kepada rakyat namun sebaliknya yang terjadi. Kisah seorang ADUN dari PKR yang merintih kepada kerajaan DAP semasa Sidang Dewan Undangan juga membongkar sikap sebenar DAP terhadap kaum bumiputera.

Kula yang tidak memahami semangat 1Malaysia hanya berpegang kepada konsep Malaysian Malaysia yang di doktrinkan DAP kepada ahlinya untuk mewujudkan sebuah negara sosialis sekular. Pastinya impian DAP itu akan diterapkan jika mereka menguasai Putrajaya dengan bantuan sekutu di dalam Pakatan Harapan.

Konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak sebenarnya memupuk kembali semangat muhibbah antara kaum di Malaysia dan DAP tidak mahu melihat ini terjadi kerana beranggapan konsep ini akan memudaratkan dan menyukarkan mereka untuk menabur dakyah palsu terhadap kerajaan.

Konsep sekolah satu aliran sebenarnya baik untuk rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum bagi memastikan kefahaman antara kaum berlaku dengan baik dan seterusnya meningkatkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.

Inilah konsep yang ditakuti DAP dan mereka akan terus berusaha menggagalkan metlamat menyatupadukan kaum di Malaysia kerana mahu memerintah Malaysia secara sekular kelak.

Rakyat Malaysia yang cintakan negara pastinya mahu perpaduan kaum dipupuk dari peringkat kanak kanak dan ini akan memastikan Malaysia terus berdaya saing tanpa ada perasaan curiga antara kaum demi membangunkan tanahair tercinta.

Kula Segaran perlu melihat cermin sebelum membidas pandangan ahli akedemik yang berusaha menyatukan rakyat Malaysia dan beliau sepatutnya membetulkan DAP dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan ‘bodoh’ mengenai rasisme.

DAP

 

 

OKU Sedia Nasi Lemak Percuma Untuk Pelanggan

Tindakan seorang peniaga di bandar ini menyediakan antara 30 hingga 50 bungkus nasi lemak percuma di warungnya menjadi tumpuan orang ramai yang tertarik dengan sikap bermurah hati lelaki orang kurang upaya (OKU) berkenaan.

Arshad Mohd. Noor, 52, menyediakan makanan itu bagi mereka yang singgah di warungnya yang terletak berdekatan stesen teksi Jerantut untuk bersarapan pagi.

Baca: Pelajar Putus Kaki: Gambar Sekitar Lawatan Wakil Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Li dalam kalangan pelanggannya di bandar ini berkata, tindakannya itu sebagai amalan bersedekah yang dilakukannya sebagai seorang penganut agama Islam.
”Ramai pelanggan terkejut apabila saya memberitahu nasi lemak ini percuma…………………………

Baca : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Fitnah Dari Golongan ‘Anti Najib’

Me’nate Steak Hub semalam tampil menafikan tuduhan bahawa Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak melanggan hidangan makan malam untuk keluarganya bernilai RM19,284.80 sehari dari salah sebuah premis Me’nate Steak Hub yang dihidangkan di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana.

Menurut kenyataan media rasmi di laman facebook rasmi Me’nate Steak Hub, gambar tanda harga (docket) daging yang disebarkan adalah palsu dan ianya satu tuduhan fitnah.

Baca: Hukuman Berat Perlu Kepada Penggiat Media Sosial Menghasut dan Fitnah

Gambar docket yang diviralkan tersebut adalah tidak sama dengan sistem format penggunaan di semua premis Me’nate………………………………

Baca : http://www.bicara.news/category/politik/

Kawalan Keselamatan Seluruh Negeri Selangor Dipertingkatkan

Shah Alam – Susulan amaran keselamatan negara ke tahap tertinggi yang telah diumumkan Ketua Polis Negara ekoran insiden pengeboman di Jakarta, semua Ketua Polis Daerah di negeri Selangor telah diarah supaya mempertingkatkan kawalan dan pemeriksaan keselamatan di seluruh kawasan dibawah kawalan masing-masing.

Peningkatan kawalan dan pemeriksaan keselamatan telah ditumpukan ditempat atau lokasi………………

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/semasa/

Guru Besar SJKC Pai Chee Ditukar

Kementerian Pendidikan mengarahkan guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pai Chee di Mersing, Johor ditukar ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sehingga siasatan selesai.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi laman Facebook rasminya, pada Khamis.

“Laporan penuh dijangka siap dalam tempoh tiga hari bermula dari tarikh siasatan awal…. kes seperti ini jarang berlaku,” jelanya.

Sementara itu, tiga guru Melayu yang dilaporkan dihalau guru besar berkenaan akan…………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

TPM Pengerusikan Mesyuarat Pertama.

Putrajaya – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa tertinggi bagi menangani kos sara hidup rakyat di sini.

Mesyuarat tiga jam itu bertujuan memastikan usaha berterusan ke arah menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat secara bersepadu bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO).

Jawatankuasa itu yang turut dianggotai enam menteri dan ketua setiausaha kementerian berkaitan, merupakan kesinambungan kepada Jawantakuasa Khas Kabinet Kos Sara Hidup Rakyat, yang turut dipengerusikan Ahmad Zahid.

Menteri terlibat dan turut hadir dalam mesyuarat hari ini ……………….

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/semasa/

ATM Jaga Kebajikan Keluarga Allahyarham Kapten Hasman

Kementerian Pertahanan akan memastikan kebajikan keluarga pegawai Angkatan Tentera Malaysia Kapten Hasman Hussin, yang meninggal dunia di Amerika Syarikat, sentiasa dijaga, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata pihaknya akan mengkaji jenis bantuan yang dapat dihulurkan kepada keluarga Allahyarham bagi meringankan beban mereka.

“Saya bagi pihak warga kementerian dan juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

Henti Kempen #Selamatkan Zulkifli

Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) meminta orang ramai menghentikan penyebaran kempen #SelamatkanZulkifli yang menjadi viral di laman sosial ketika ini.

Presiden PBPM, Dr Hassan Yusoff berkata kempen itu kononnya dilakukan untuk memberi sokongan terhadap Zulkifli Ismail, 50, yang didakwa atas tuduhan membunuh perompak yang cuba memasuki rumahnya.

“Kita tidak mahu viral ini terus tersebar kerana ia akan menyukarkan siasatan polis selain boleh mengganggu psikologi keluarga pihak terlibat.

“Orang ramai sepatutnya memberi peluang kepada polis menjalankan siasatan dan seterusnya kepada mahkamah untuk memutuskannya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 7 Dis lepas, Zulkifli dilaporkan menikam dua……………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

“Tilam Buruk” Fitnah Terancang?

Agak kecoh warga netizen apabila gambar yang di paparkan di facebook penama yang tersebut mula tersebar luas dan sudah menjadi kebiasaan tanggapan buruk adalah persepsi pertama yang hinggap di kepala masing-masing.

Luahan perkataan Kerajaan Pusat zalim, kementerian pelajaran tidak peka dan pelbagai lagi mula dihambur keluar oleh warga netizen yang hanya tahu memekak tanpa usul periksa.

Terima kasih kepada pihak sekolah kerana respon pantas mereka dapat menghalang fitnah yang dikatakan dibuat oleh salah seorang ibubapa pelajar dan dari penjelasan pengetua, memang ada unsur sabotaj dari pihak yg tidak bertanggungjawab.

Malah pihak sekolah pada tahun lepas sudah membuat perolehan tilam melalui lebihan peruntukan makanan asrama. Kontraktor berjanji menghantar hari ini.

Laporan awal tentang kes viral media sosial kemudahan asrama SMK Tulid

A. Keadaan longgokan tilam lama yang diviralkan sudah dilupuskan.

B. viral ini kemungkinan dilakukan oleh ibubapa pelajar………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/skandal tilam

Telco Engkar Akan Di Kenakan Tindakan.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal melaksanakan rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pengguna perkhidmatan prabayar telefon mudah alih yang bermula hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata syarikat telekomunikasi yang didapati ingkar arahan itu dan gagal mematuhi Panduan Peraturan Berhubung Pendaftaran Pengguna Akhir bagi Perkhidmatan Selular Awam Prabayar juga akan dikenakan tindakan.

“Bermula hari ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mula membuat pemantauan pelaksanaan rebat prabayar.

“Pengguna warganegara akan membayar RM10 untuk kad prabayar dan bila diaktifkan, mereka akan dapat kredit sebanyak RM9.43 airtime, kemudian sebanyak RM0.57 akan dikreditkan dalam masa 24 jam… ini adalah janji kerajaan dan saya sendiri akan pantau dan………….

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/