Penjawat KKM Kutuk Program Selawat Perdana.

Kebaikan yang kita dapat selalunya dari penggunaan media sosial adalah banyak sekiranya ianya digunakan pada jalan yang terbaik.

Meletakkan komen dalam satu status peribadi yang di muatnaik secara waras serta sedar ia boleh diviralkan sekiranya apa yang dikomen melebihi had yang sepatutnya.

Penjawat awam biasanya terlupa bahawa mereka sebenarnya terikat dengan peraturan dan disiplin yang ditetapkan selari dengan akujanji yang telah diikrarkan ketika mengangkat sumpah memegang jawatan.

Tandatangan yang diturunkan adalah bersifat rasmi dan apabila penjawat terlupa apa yang pernah diakurkan sepanjang memegang jawatan, maka masalah yang lain biasanya akan mengikuti jejak tugas mereka yang seterusnya.

Artikel ini bukan bersifat mengugut tetapi sekadar memperingatkan………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/zahid hamidi

Pengantin 2.6 Kebal Dari Tindakan?

Selepas tempoh bertenang diberikan kepada BSN Perak yang beribu pejabat di Ipoh untuk memberikan penjelasan terhadap isu Pengantin Kangkang ‘2.6’yang dinaikan kisah mereka awal minggu ini, nyata masing-masing mengunci mulut untuk tidak menngeluarkan sebarang kenyataan.

Pengurus Besar BSN Ipoh enggan mengulas dan beberapa percubaan wakil Bicaranews menghubungi mereka gagal kerana talian disekat.

Menurut sumber dalaman, menyatakan bahawa pengantin tersebut telah dipanggil untuk memberikan penjelasan dan selepas itu tiada sebarang surcaj dan amaran bertulis yang dikenakan terhadap tindakan mempersendakan PM dalam gimik pilihan ketika majlis perkahwinan pengantin tersebut dengan seorang ahli PKR di Perak.

Difahamkan Pengurus Besar BSN Ipoh enggan mengambil tindakan dan bertegas melindungi perbuatan yang dilakukan oleh salah seorang stafnya itu? (Bahagian Insuran)

Kebimbangan kita lebih menjurus kepada maklumat pelanggan bank yang berprofil………………………………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Sorotan Parlimen 2015.

Berikut adalah sorotan penting sepanjang 2015 bagi persidangan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 tahun ini.

MAC:

9 Mac – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-13.

16 Mac – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohonnya.

30 Mac – Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015; Rang Undang-undang Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015; Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012; Akta Pencegahan Jenayah 1959; Akta Penjara 1995; Kanun Keseksaan; dan Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012), dibentangkan untuk bacaan kali pertama.

Ia merupakan antara rang undang-undang yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi melengkapkan pelaksanaan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

APRIL:

1 April – Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong berikutan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohonnya.

4 April – Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis maut dalam kejadian helikopter terhempas di Semenyih.

5 April – Kerusi Parlimen Rompin diisytihar kosong berikutan kematian Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

8 April – Persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015, pada 2.25 pagi, selepas dibahaskan lebih 12 jam.

9 April – Persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 pada 2.15 pagi.

10 April – Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 diluluskan pada pukul 2.30 pagi, selepas dibahaskan kira-kira 14 jam di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Turut diluluskan adalah Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Ahli Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lalu.

Berikutan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Sebelum ini, anggota Parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain………………………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

SAH! Staff BSN…

Semalam viral gambar pengantin yang memilih gimik mempersendakan PM berkaitan isu berkaitan Derma 2.6 billion baru-baru ini.

Dalam artikel semalam dinyatakan salah seorang pengantin tersebut ialah kakitangan di Bank Simpanan Nasional di Ipoh.

Pencarian info terus dari sumber dalaman mengesahkan pengantin tersebut ialah salah seorang daripada kakitangan BSN sebuah bank milikan penuh kerajaan. Menurut sumber lagi, pengantin tersebut bertugas sebagai seorang agen insurans di bawah BSN Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai beliau ditemui selepas melakukan pencarian di FACEBOOK telah menjadi pengesahan seterusnya tentang keberadaan Pengantin Kangkang ini bertugas di BSN.

Apakah tindakan BSN selaku majikan terhadap kemungkinan besar data pelanggan akan diseludup……………………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Rakyat Malaysia Susah? Nombor 4 Dalam Senarai Melancong.

ANTARA ramalan atau pandangan paling dinantikan penggiat industri pelancongan setiap akhir tahun adalah Kajian Niat Perjalanan Visa (Visa Travel Intentions Study), yang merupakan satu kertas kerja yang membentangkan analisis data daripada pelbagai sektor termasuklah tren keseluruhan dan pelancongan berasaskan teknologi.

Pada awal tahun ini, syarikat perkhidmatan kewangan itu telah melakukan sesi bancian terhadap 13,603 orang pelancong dewasa daripada 25 buah negara seluruh dunia mengenai niat dan pengalaman mereka setakat ini bagi tahun 2015 dan 2016. Data yang diperoleh ini kemudiannya dibandingkan dengan respon pelancong pada tahun 2013.

Berdasarkan maklumat yang didapati daripada responden, di sini kami rumuskan kepada 10 yang terpenting:

1. Dengan purata 2.42 kali setiap seorang, pelancong paling banyak mengembara pada dua tahun kebelakangan ini berasal daripada benua Amerika Utara dan Selatan. Bilangan pelancong paling rendah pula berasal daripada negara-negara Afrika dan Timur Tengah.

2. Peningkatan paling besar dalam bilangan pelepasan pelancong antarabangsa pada tahun 2014 dan 2015 merupakan warga negara-negara Asia Tenggara, dengan Indonesia di tangga pertama dengan pertumbuhan sebanyak 33% berbanding tahun 2013, diikuti dengan Thailand sebanyak 22% dan Korea Selatan (+21%).

3. Meskipun matawang ringgit jatuh sedikit tahun ini, namun kewangan rakyat Malaysia menampakkan perkembangan positif, dengan pertambahan golongan yang melancong sebanyak 14% berbanding dua tahun sebelum……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Pengantin 2.6Billion Staf BSN?

Telah viral kisah tentang sepasang pengantin yang kononnya mahu membuat kelainan dan mencari populariti murahan apabila bergambar dengan poster yang bertulis ‘Mana Hilang 2.6 Billion?’.

Apa keseronokan melakukan sedemikian pada hari bahagia mereka jika gimik seperti itu yang dibanggakan sebagai sebahagian pengisian hari perkahwinan mereka?

Ramai yang mula tertanya, siapakah mereka?

Menurut sumber, pengantin lelaki gila glamor itu ialah salah seorang ahli dari sebuah parti pembangkang yang bekerja di pejabat parti PKR dan paling menarik ialah status pekerjaan pengantin wanita iaitu dikatakan bertugas sebagai staf di Bank Simpanan Nasional (BSN) di Ipoh?

Kalau benar ia sebegitu, perlulah diketahui bahawa BSN ialah sebuah bank milikan penuh Kerajaan Malaysia.
Apakah status pekerja bank pun masih keliru tentang isu ini?

Isu Derma 2.6 Billion telah diperjelaskan sebelum ini oleh pelbagai agensi yang terlibat dalam siasatan dan ia tidak perlu diperbincangkan dengan lengkap kerana siasatan………………………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

DAP Melampau Membela Israel.

Syarat-syarat yang dikenakan ke atas dua pelayar israel bagi menyertai Kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2015 merupakan amalan biasa.

Penolong setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata para pelayar terbabit perlu mematuhi syarat kejohanan yang diadakan di Langkawi bermula esok hingga 3 Jan.

“Secara amnya kalau ada wakil dari Israel, kita memang ada syarat macam itu dari kerajaan Malaysia yang perlu dipatuhi. Dulu pun sama juga, kita bagi tahu mereka syarat dan mereka marah.

“Sebelum ini ada wakil Israel pernah menyertai sesi Jawatankuasa Olimpik (IOC). Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) mesti teliti syarat yang diberikan oleh ISAF tetapi saya tidak pasti mengenai kejohanan ini,” kata bekas Setiausaha Kehormat MOM itu ketika dihubungi Bernama, Ahad.

ISAF kini dikenali sebagai World Sailing.

Sebelum ini beberapa insiden membabitkan individu atau pasukan berkaitan dengan Israel dan Yahudi iaitu pada 1997 pasukan kriket Israel menyertai pertandingan Piala Majlis Kriket…………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Gaduh Lagi Sebab Telefon.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah Kota Raya di sini, semalam.

Klip video pergaduhan itu, yang berdurasi dua minit dan 30 saat, telah dimuat naik dalam YouTube.

Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit, dan ada yang membalingkan kerusi ke dalam kedai berkenaan.

Klip itu turut menunjukkan seorang lelaki berkemeja biru, dipercayai jurujual, terbaring di lantai sambil menutup mukanya dengan tangan.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah……….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Di Tahan Kerana Hina Sultan.

Dua lelaki dipercayai menghina kesultanan Johor dan kerabatnya melalui media sosial ditahan di lokasi berasingan semalam, kata Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd,

Beliau berkata suspek pertama berumur 40 tahun ditahan di sebuah apartmen di Jalan Kolam Air, Off Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur manakala suspek kedua berumur 39 tahun ditahan di Triang, Pahang.

Katanya polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek pertama dan dua buah telefon bimbit daripada suspek kedua.

“Polis turut menjumpai gambar-gambar Sultan Johor (Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar) dan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang telah diguna pakai suspek kedua bagi memuat naik gambar dalam laman Facebook,” katanya…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Rezeki Teksi Bermeter.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan teksi bermeter dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 di Sepang dan sebaliknya dijangka menjadi pilihan orang ramai mulai bulan depan.

Ia berikutan kenaikan tambang kereta api Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.

Penasihat syarikat Teksi Premium Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, ini kerana pengguna yang datang secara berkumpulan akan menikmati tambang lebih berpatutan berbanding tambang baharu ERL.

“Jika empat orang pengguna mereka hanya perlu membayar tambang purata RM130 untuk teksi biru dan RM60 untuk teksi merah bagi perjalanan sehala berbanding menaiki ERL…………

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/