Perlis Larang Jual Produk ‘Doa Mustajab’

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan larangan penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersil sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi.

Baca: Sekat Atlit Israel, DAP Cuba Burukkan Nama Malaysia

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ke-20 dan 21/2016 jawatankuasa tersebut pada 18 dan 19 Februari lepas.

“Menjual bahan-bahan jampian tidak diamalkan oleh Salaf al-Soleh kerana boleh menimbulkan kekeliruan penyalahgunaan kalimah Allah untuk keuntungan duniawi,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau turut menyarankan produk yang dipromosikan atas nama agama juga harus ditegah untuk mencegah penyelewengan selain tiada jaminan keberkesanan produk terbabit.

“Penjualan susu, kismis pintar dan minuman yang dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran yang didakwa boleh menjadikan seseorang itu pintar atau baik akhlak menjadi trend perniagaan selain mengeksploitasi agama.

“Islam menyeru umatnya menuntut ilmu, berusaha…………..

BACA SINI

Utusan Malaysia Bukan Rasis – Sultan Perak

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah membela Utusan Malaysia dengan berkata bahawa akhbar tersebut tidak bersifat perkauman tetapi sebaliknya mengamalkan semangat satu Malaysia.

Malah, titah baginda, mana-mana pihak yang melabel akhbar itu sebagai perkauman mempunyai agenda terancang untuk menghapuskan persetujuan kontrak sosial.

Baca: Peranan Media Dalam Pembangunan Negara – Dr. Salleh Said Keruak

“Kumpulan Utusan dan akhbar utama penerbitannya Utusan Malaysia kini semakin dijenamakan sebagai rasis, sengaja digembar-gemburkan oleh kalangan yang tidak senang dan oleh kalangan yang mempunyai agenda terancang mahu mahu menghapuskan persetujuan kontrak sosial yang telah dicapai oleh pendukung-pendukung utama ketika memformulasikan dasar-dasar utama untuk membentuk sebuah negara merdeka.

BACA SINI

SPRM Sorok Pertuduhan Rasuah?

INTEGRITI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM) telah tercalar dengan teruk namun mereka dilihat terus gagal memperbaiki imej tersebut. Masihkah anda ingat kes AP menantu kepada Datuk Seri Rafidah Aziz? Laporan demi laporan telah dibuat. Malahan bukti-bukti telah dihantar kepada SPRM sebelum ini tetapi sehingga kini SPRM dilihat seolah-olah mahu menyorokkan pertuduhan rasuah terhadap Rafidah Aziz.

Namun berlainan pula nasib yang menimpa bekas Ketua Pemuda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Noor yang telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah memiliki dokumen rahsia rasmi kerajaan dan mengedarkannya kepada media, pada tahun 1999.

Baca: Rafidah Terjebak Dengan Mainan Politik Pembangkang – Shahrizat

Ezam telah mengadakan sidang akhbar pada 6 November 1999 untuk mendedahkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Rafidah Aziz. Sebelum itu………………………………

Baca http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

 

 

 

 

 

China Sahkan Ada Virus Zika

Pihak berkuasa China mengesahkan penemuan kes virus Zika pertama yang dibawa masuk ke negara itu lewat Selasa iaitu hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurut agensi berita Xinhua, ia mencetuskan kebimbangan semakin memuncak ekoran virus yang kian pantas merebak dan dikaitkan dengan kecacatan kelahiran bayi, yang kebanyakannya dilaporkan di Amerika Latin.

Baca: Virus Zika: Elak Melawat 26 Negara

Meskipun hanya segelintir kes jangkitan dibawa nyamuk itu dilaporkan di Asia, namun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sudahpun mengisytiharkannya sebagai keadaan darurat sejagat bagi……………………..

Baca http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

OKU Sedia Nasi Lemak Percuma Untuk Pelanggan

Tindakan seorang peniaga di bandar ini menyediakan antara 30 hingga 50 bungkus nasi lemak percuma di warungnya menjadi tumpuan orang ramai yang tertarik dengan sikap bermurah hati lelaki orang kurang upaya (OKU) berkenaan.

Arshad Mohd. Noor, 52, menyediakan makanan itu bagi mereka yang singgah di warungnya yang terletak berdekatan stesen teksi Jerantut untuk bersarapan pagi.

Baca: Pelajar Putus Kaki: Gambar Sekitar Lawatan Wakil Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Li dalam kalangan pelanggannya di bandar ini berkata, tindakannya itu sebagai amalan bersedekah yang dilakukannya sebagai seorang penganut agama Islam.
”Ramai pelanggan terkejut apabila saya memberitahu nasi lemak ini percuma…………………………

Baca : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Siapa Penganjur?

Polis masih belum menerima notis lengkap daripada penganjur perhimpunan Bantah Perjanjian Trans-Pasifik Asia (TPPA) yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata pihaknya menerima pemohonan daripada penganjur yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan pada 12 Jan lepas, namun ia tidak dapat diproses kerana permohonan mereka tidak disertakan surat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Sehingga kini, pihak penganjur belum tampil untuk mengemukakan permohonan baharu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Justeru, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan dilarang membawa kanak-kanak pada perhimpunan yang dirancang itu.

Baca: Pembangkang Guna “Saya Yasmin………………………

Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

SJKC Pai Chee : Cukupkah Sekadar Tukar Atau Perlu Diturunkan Pangkat

Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor harus berdepan tindakan tegas jika dakwaan bahawa beliau bertanggungjawab menyebabkan guru-guru Melayu meninggalkan sekolah itu adalah benar, kata ahli parlimen Umno, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

Beliau juga menggesa Kementerian Pendidikan untuk menyiasat prestasi serta keupayaan guru besar itu susulan dakwaan rasis yang dilaporkan berlaku di sekolah berkenaan.

Baca: Tidak Pandai Mengajar, Guru Melayu Diserang Dan Dihalau Dari Sekolah Cina

“Bukan sahaja ditukarkan tetapi patut dikenakan tindakan disiplin atau tatatertib termasuk diturunkan pangkat jika terbukti beliau memaksa………….

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Henti Kempen #Selamatkan Zulkifli

Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) meminta orang ramai menghentikan penyebaran kempen #SelamatkanZulkifli yang menjadi viral di laman sosial ketika ini.

Presiden PBPM, Dr Hassan Yusoff berkata kempen itu kononnya dilakukan untuk memberi sokongan terhadap Zulkifli Ismail, 50, yang didakwa atas tuduhan membunuh perompak yang cuba memasuki rumahnya.

“Kita tidak mahu viral ini terus tersebar kerana ia akan menyukarkan siasatan polis selain boleh mengganggu psikologi keluarga pihak terlibat.

“Orang ramai sepatutnya memberi peluang kepada polis menjalankan siasatan dan seterusnya kepada mahkamah untuk memutuskannya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 7 Dis lepas, Zulkifli dilaporkan menikam dua……………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Perpaduan UMNO,PAS : Barua Memekik

Tahun 2016 diharap membuka lembaran baharu dunia politik orang Melayu, apabila dua parti Melayu dan Islam iaitu UMNO dan PAS dilihat mahu duduk semeja dan bekerjasama demi kepentingan Islam dan perpaduan ummah.

Meskipun harapan untuk melihat kedua-dua parti itu bergabung seperti pada 1970 (sebelum berpecah pada 1978) agak kabur, namun sekurang-kurangnya PAS dan UMNO kini senada dalam memastikan perpaduan ummah terus terpelihara.

Bertunjangkan kepentingan Islam, Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang diadakan pada Disember lepas, sedikit sebanyak berjaya merintis jalan kedua-dua parti itu untuk ‘berbaik-baik’.

SEJARAH………………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Kak Nedd Dapat ‘Hadiah’ Tahun Baru.

Mungkin kerana teruja untuk turut sama ‘kutuk berjemaah’ atau kemungkinan staf KEMAS ini antara parasit yang ada di dalam pentadbiran kerajaan pusat atau besar kemungkinan beliau adalah sebahagian dari golongan ‘picit laju-laju’ sebar fitnah terhadap kerajaan BN selama ini.

Akibatnya, satu Surat Tunjuk Sebab telah di keluarkan kepada Nadia Liana Mohd Rasidi seorang Penyelia Kemas apabila beliau dengan jelas telah menjejaskan nama baik Kementerian Luar Bandar berikutan kenyataannya didalam facebook.

Penama telah mengeluarkan kenyataan dalam akaun facebook -“tak minta apa apa untuk tahun ni,cuma minta Najib dan Rosmah sedar diri…………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/