1.5 Juta Pekerja Bangladesh, Di Mana Silapnya?

Kemasukan warga asing sama ada secara sah mahu pun tidak menjadi perbincangan hangat sepanjang minggu ini. Ditambah dengan kenyataan bahawa kerajaan akan ‘membawa’ masuk sejumlah 1.5 juta warganegara Bangladesh untuk bekerja dalam negara ini.

Umum seperti keliru apabila membahaskan tentang implikasi yang sedia wujud dengan kebanjiran rakyat asing yang masuk bekerja di negara ini.

Kemalasan meredah fakta dan faktor menjadi penyakit kepada kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak memahami langkah yang diambil sebenarnya untuk mengatasi masalah lain yang lebih besar dan mampu menggugat kestabilan ekonomi negara secara umumnya.

Kekeliruan mereka ditambah dengan sajian berita jenayah yang melibatkan warga asing di Malaysia sedangkan menurut sumber, data warga asing yang berdaftar secara sah untuk bekerja di Malaysia melakukan jenayah amat kecil jika dibandingkan dengan pendatang asing tanpa izin yang lebih terdorong untuk melakukan jenayah akibat desakan hidup kerana masuk secara tidak sah dan tidak mampu untuk kekal bekerja di satu-satu tempat bagi tempoh yang lama.

Di mana…………………..

Baca Seterusnya Klik http://www.bicara.news/category/fokus/

Siapa Penganjur?

Polis masih belum menerima notis lengkap daripada penganjur perhimpunan Bantah Perjanjian Trans-Pasifik Asia (TPPA) yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata pihaknya menerima pemohonan daripada penganjur yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan pada 12 Jan lepas, namun ia tidak dapat diproses kerana permohonan mereka tidak disertakan surat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Sehingga kini, pihak penganjur belum tampil untuk mengemukakan permohonan baharu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Justeru, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan dilarang membawa kanak-kanak pada perhimpunan yang dirancang itu.

Baca: Pembangkang Guna “Saya Yasmin………………………

Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Kedegilan Atau Propaganda?

Perbuatan membawa binatang peliharaan untuk membeli-belah barang keperluan nampaknya semakin mula menjadi-jadi di negara ini khususnya yang membawa anjing.

Apabila mereka membawa bersama binatang kesayangan, mereka akan meletakkan binatang itu di dalam troli membeli-belah dan sekaligus mengotorkannya dengan najis mughalazah yang merupakan najis berat dalam agama Islam. Di Malaysia, biasanya pengendali pusat beli-belah masih prihatin dengan bab ini.

Biasanya mereka akan mengambil inisiatif membersihkan troli dengan membasuh secara samak kesemua troli yang ada bagi mensucikannya daripada najis yang dibawa oleh anjing tadi…………………….

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/fokus/

Pasukan Khas Tangani Salah Guna Media Sosial

Pasukan khas untuk menangani masalah penyalahgunaan media sosial di negara ini akan bermesyuarat minggu depan kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pasukan itu yang dianggotai wakil Pejabat Peguam Negara dan Polis DiRaja Malaysia akan meneliti dan menyediakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah itu yang semakin membimbangkan kerajaan.

“Ada sesetengah pengguna media sosial ini menyalahgunakannya dengan menyebarkan kebencian dan ekstremisme agama yang boleh menjejaskan kestabilan negara dan ini amat merisaukan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rangkaian Maklumat dan Komunikasi…………………….

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/fokus/

‘Telaga’ Selangor – Azmin Sabotaj Rakyat Selangor?

Kerajaan Selangor cuba memperbodohkan rakyat dalam isu infrstruktur jalanraya dan sistem perparitan yang kini berada pada tahap kritikal. Azmin Ali tidak menyediakan peruntukan untuk membaiki jalanraya serta menaiktaraf sistem perparitan Selangor.

Azmin juga seperti menyorokkan fakta sebenar peruntukan setiap kali rakyat Selangor mengeluh mengenai keroasakan jalanraya dan masalah banjir kilat yang melanda negeri tersebut.

Selangor mendapat peruntukan sebanyak Rm564.6juta melalui Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya(MARRIS) dari Kerajaan Pusat untuk meyelenggara seluruh jalan negeri pada 2015.

Rm156juta untuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor
Rm3juta setiap PBT Selangor berjumlah Rm168juta
Rm500ribu setiap Pejabat Tanah dan Daerah……………….

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/fokus/

Aktivis Reformasi Indonesia Di Usir

Aktivis reformasi Indonesia Mugiyanto dihalau pulang berikutan ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) hari ini.

Perkara ini dinyatakan oleh sektariat BERSIH  dalam satu tweet.

“BREAKING: Panelis forum #YellowMania malam ini, Sdr Mugiyanto ditahan di KLIA2 dan dihantar pulang. @saifuddinabd @Ambiga_S, petik tweet itu.

Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdulah, yang disebut dalam tweet itu kemudian bertanya, “Atas alasan apa dia diperlakukan demikian?”

Mugiyanto dijadualkan untuk berucap di forum #YellowMania anjuran kumpulan NGO reformasi pilihan raya bertajuk “gerakan rakyat boleh bawa perubahan” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, malam ini.

Mugiyanto, yang merupakan seorang pemimpin pelajar semasa pergerakan reformasi anti-Suharto………………………

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/fokus/

BERNAS Sabotaj Kerajaan?

Isu pemotongan padi oleh BERNAS nampaknya sudah menjadi isu yang panas kepada golongan pesawah dan mula memasuki gerbang politik kotor. Di Selangor, menurut sumber wakil rakyat DAP , Ng Sue Lim sudah merancang untuk menggunakan isu ini bagi menghasut petani di kawasannya Sekinchan agar keluar berdemo di jalanan.

Persoalan timbul, siapa yang berkuasa sebenarnya dalam hal ini?

Kementerian di bawah pimpinan Menterinya atau agensi pelaksana, BERNAS yang berada di bawah kementerian yang dipertanggungjawabkan?

Adakah kesemua yang disebut masih tidak memahami apa itu erti tolak ansur? Adakah terlalu sukar untuk mengira angka ‘win-win’ di dalam isu sebegini?…………………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/fokus/

Pemuda PAN Hina Ulama’

Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) memperlekehkan hasrat Rayani Air mahu mendapatkan khidmat Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din sebagai Penasihat Syariah syarikat penerbangan itu.

Pengarah Hal Ehwal Ekonominya, Syed Marwan Mujahid turut mempersoalkan mengapa Rayani Air yang tidak pernah mempunyai panel penasihat syariah atau ahli lembaga syariah tetapi berani menyatakan syarikat penerbangan itu patuh syariah sebelum ini.

“Sejauh mana Rayani Air patuh syariah? Apa definisi patuh syariah? Siapa yang mengesahkan mereka patuh syariah? Adakah cukup pramugari pakai tudung dan tidak hidang arak boleh dipromosikan sebagai patuh……………………..

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/fokus/

Haramkan Vape Dan Rokok Elektronik- Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sepang – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia .

Beliau berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Katanya keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

“Dua kertas kerja turut dibentangkan malam semalam , dari sudut kesihatan dan…………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/fokus/vape

Solar Terbesar Di Dunia Terletak Di Perlis

Penggunaan teknologi solar untuk menjana elektrik, yang bukan sahaja menjimatkan api serta mesra alam, kini turut dimanfaatkan dalam projek pertanian.

Setelah menjalankan kajian selama dua tahun, Cypark Resources Berhad (Cypark), syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar negara, berjaya membangunkan Taman Tenaga Solar yang merupakan tapak ladang Agri-Solar terbesar di dunia, bertempat di Kampung Wai, Kuala Perlis.

Menggunakan kaedah Pertanian Moden Berintegrasi Tenaga Solar (AIPV), ladang berkeluasan dua hektar dengan tanaman buah ‘rock melon’, pokok misai kucing, stevia, terung, petola, kacang bendi dan cili dibangunkan sejak awal tahun ini.

“Itulah apa yang kami cuba lakukan dan buktikan dengan menggabungkan penjanaan tenaga lestari dan pertanian moden rumah hijau di negara yang beriklim tropika (seperti Malaysia),” kata Pengurus Besar Cypark Achmat Nadhrain Ibrahim ketika ditemui pemberita yang menyertai Kembara Media Jabatan Penerangan ke Perlis baru-baru ini.

Dua dalam satu

Cypark, yang juga sebuah syarikat penjana dan pembekal elektrik kepada Tenaga Nasional (TNB), setakat ini mempunyai lima ladang solar termasuk di Perlis,……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/fokus/