Surat Terbuka Untuk Muhyiddin, Shafiee Dan Mukhriz Mengenai seruan Mahathir

Tindakan Mahathir yang menyeru kepada kekalahan Barisan Nasional dalam 2 Pilihanraya Kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar adalah sesuatu yang mengecewakan saya selaku ahli Umno berdaftar yang menjunjung demokrasi dalam parti tertua kaum Melayu iaitu Umno.

Rentetan deklarasi rakyat yang di terajui Mahathir bersama pembangkang dan di sertai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafiee Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir telah membuat siri jelajah menyeru rakyat agar menandatangani satu desakan agar Yang DiPertuan Agong untuk melucutkan jawatan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Siri jelajah yang mengumpulkan sejuta tandatangan untuk mendesak YDPA melucutkan jawatan PM bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan ini merupakan satu penghinaan kepada sistem yang digunapakai sejak merdeka.

Saya Yusman Zahari Zakaria no k/p 730726125297 dan ahli Umno no 03644769 dari cawangan Sg Koyan 2 Bahagian cameron Highlands mendesak agar satu kenyataan daripada Muhyiddin, Shafiee dan Mukhriz menyatakan pendirian mereka berkaitan seruan Tun Mahathir yang menyeru kepada kejatuhan Barisan Nasional di Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Adakah mereka menyokong seruan Mahathir dan rela belot kepada perjuangan Umno dan BN terhadap rakyat Malaysia dan bersedia meninggalkan Umno untuk menyertai gerakan Mahathir menjatuhkan Najib dan BN?

Surat terbuka ini tidak di pengaruhi mana mana individu dan datang dari pemerhatian saya sejak dari 2015 berkaitan tindak tanduk Tun M yang mencari jalan menjatuhkan Najib dan menggunakan nama rakyat untuk meraih simpati. Tindakan Mahathir telah menimbulkan perpecahan di kalangan ahli Umno dan ini amat menggusarkan saya selaku ahli Umno yang mahu Umno terus menerajui tampuk kepimpinan negara.

Muhyiddin, Shafiee dan Mukhriz pula sebagai ahli Umno perlu menyatakan pendirian mereka agar rakyat tidak terus dikelirukan dengan penglibatan mereka dalam siri jelajah ‘Selamatkan Malaysia’ yang diterajui bersama pembangkang.

Perlu juga diingatkan mereka masih ahli Umno dan seharusnya mematuhi perlembagaan parti sebagaimana ahli Umno yang lain. Jika mereka tidak lagi mempercayai kepimpinan parti maka lebih elok mereka mengisytiharkan keluar dari Umno sebagaimana yang dilakukan Mahathir.

 

 

Advertisements