Disaat semua parti politik di Sarawak sedang bersiap sedia untuk menamakan calon masing-masing di semua kerusi DUN di Sarawak, Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAN dijangka bakal meletakkan 85 orang calon, lebih 3 orang calon yang sepatutnya diletakkan di semua 82 DUN di Sarawak.
Menghairankan, bagaimana kepimpinan Pakatan Harapan boleh membenarkan pertembungan sesama sendiri di tiga kerusi DUN walhal sebelum ini, baik pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mahupun pemimpin Pakatan Harapan negeri, mereka memberi jaminan bahawa tiada pertembungan sesama sendiri di semua kerusi DUN Sarawak.
Untuk rekod, PKR dijangka akan meletakkan 37 orang calon, DAP 35 dan PAN 13 orang calon. Kesemua calon-calon ini masih belum lagi diumumkan secara rasmi, namun menurut sumber dalaman ketiga-tiga parti berkenaan, jumlah kerusi yang akan ditandingi ini adalah sahih dan dipersetujui oleh semua Presiden dan pengerusi parti-parti berkenaan.
Dalam pada itu, PAS juga akan meletakkan 11 orang calon bagi pilihan raya kali ini dimana kesemua calon ini PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju, yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu.
Pastinya, akan ada pertembungan 3 mahupun 4 penjuru di beberapa kerusi yang akan dipertandingkan kelak dan ini pastinya akan membawa kepada perpecahan undi di beberapa lokasi nanti.
Paling melucukan, baik PKR, DAP mahupun PAN, ketiga-tiga parti ini, sehingga kini masih belum menamakan calon mereka untuk menghadapi pilihan raya kali ini. Ini menampakkan bahawa ketiga-tiga parti ini masih belum mencapai kata sepakat, siapa yang akan mereka letakkan
Sumber : http://www.sarawakiana.net/2016/04/pakatan-harapan-tawar-85-calon-untuk-82.html