DAP ‘Melayu’ Sila Pandang Cermin

kit-siang

“Sila pandang cermin”, ungkapan itu sesuai ditujukan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang mendesak kerajaan pusat menilai semula prinsip Islam dalam Perlembagaan Negara sebelum menilai golongan liberal dan progrsesif yang cuba menanamkan satu bentuk baru pemikiran di kalangan Umat Islam sejajar dengan kehendak parti sekular sosialis itu.

Zairil pernah menggemparkan negara apabila beberapa foto ‘intim’ beliau bersama ikon anak muda DAP, Dyana Sofya tersebar dalam media sosial perlu melihat diri sendiri sebelum mengulas mengenai prinsip Islam yang dijunjung kerajaan. Cubaan beliau memburukkan Tabung Haji dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPIEM) dan mengaitkan kerajaan apabila mengulas mengenai kenyataan Datuk Jamil Khir Baharom menganggap kumpulan Islam liberal sebagai sesat dan mengelirukan rakyat.

DAP yang mengamalkan politik sekular sosialis memang mahukan satu bentuk pemikiran baru diterapkan kepada umat Islam mengenai kebebasan mempertikaikan hukum agama Islam seperti yang telah mereka berjaya lakukan dalam PAS hingga menyebabkan perpecahan berlaku dan mereka yang menerima pemikiran baru ‘ala DAP’ membawa haluan dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN).

Pemikiran liberal dalam Islam tidak di terima dalam sebuah negara yang mengamalkan Sunnah Wal Jamaah. PAN selaku proksi DAP pula akan meracuni pemikiran ahli PAS serta Melayu untuk menerima cara baru berfikir dan berani mempersoalkan tiap hukum yang telah ditetapkan dalam Quran.

Malah, sewaktu PAS masih bersma dalam Pakatan haram pengaruh Anwar digunakan untuk membawa pertentangan pemikiran di kalangan ahli PAS hingga menyebabkan wujud dua puak dalam PAS. Satu puak menyokong kepimpinan Ulama dan mempertahankan perjuangan Negara Islam dan satu puak lagi lebih terbuak menerima perubahan dan enggan terikat dengan konsep negara Islam PAS.

Memburukkan keadaan, selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya, golongan liberal atau Anwarisme dalam PAS seperti hilang arah dan mula menyerang kepimpinan Hj Hadi Awnag serta mewujudkan konfrantasi dalaman hingga membawa kekalahan Mat Sabu dan angkatannya.

DAP yang nampak perpecahan ini tidak menunggu lama untuk mempengaruhi mereka yang kalah dalam pemilihan PAS supaya keluar dari kepompong dan menubuhkan sebuah parti yang lebih liberal dan boleh menerima idelisme DAP. Mat Sabu kemudiannya menyahut seruan DAP dan menubuhkan PAN yang lebih bersikap liberal dalam isu Islam.

Zairil yang juga di kenali sebagai ‘kekasih gelap’ Dyana Sofya itu mahu kerajaan mengiktiraf kewujudan pemikiran liberal Islam dan boleh memberi ruang kepada mereka untuk bergerak dan tidak di kekang atas nama prinsip pemikiran terbuka. Ini adalah satu penghinaan oleh Zairil kepada Umat Islam di negara ini.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu turut menuduh kerajaan pusat sebagai sebuah kerajaan mengamalkan korupsi, salah urus serta menyalah guna kuasa tidak berani menyentuh mengenai hal sama yang berlaku di Pulau Pinang mahu pun Selangor. Cuba mengalih perhatian terhadap skandal slah guna kuasa  Ketua Menteri Pulau Pinang dalam isu pembelian satu unit banglo di bawah harga pasaran, Zairil juga turut mempersoalkan pembelian tanah oleh Tabung Haji dan memanipulasi penjualannya hartanah tersebut kepada 1MDB.

Zairil perlu sedar isu tersebut telah dijelaskan oleh pengurusan Tabung Haji malah fitnah ke atas TH dari Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli turut memaksa TH membuat satu laporan polis bagi membersihkan intergriti institusi terbabit.Malah terma dan syarat penjualan hartanah TH kepada 1MDB tidak dijelaskan Zairil dan hanya berpandu kepada laporan media.

Anggota CEC DAP itu juga tidak berani mempersoalkan skandal pembaziran wang rakyat yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dalam projek mengecat laluan basikal bernilai RM30 juta serta pengambilan tanah kaum Bumiputera secara tidak adil oleh DAP untuk projek terowong dasar laut. Malah Zairil turut tidak mempertikaikan mengenai transaksi penjualan tanah terbabit yang dikatakan tidak melibatkan tunai dan diberikan kepada konsesi secara percuma dan banyak lagi skandal DAP yang tidak dipersoalkan Zairil.

Terbaru skandal penualan tanah rakyat oleh DAP yang sepatutnya dibangunkan sebagai perumahan rakyat tetapi telah ditukarkan status untuk membolehkan hotel serta bangunan mewah di bina di atas tapak tersebut. Adakah Zairil tidak mengetahui perkara tersebut atau hanya pejam mata apabila membabitkan DAP?

Zairil bersikap munafik apabila tidak berani mempertikaikan apa juga tindakan DAP terhadap rakyat Pulau Pinang tetapi menyerang kerajaan pusat yang selama ini membantu kewangan kerajaan negeri walau Lim mendakwa kerajaan DAP telus dalam membelanjakan wang rakyat. Berani atau tidak Zairil bertanya kepada Guan Eng mengapa isteri Ketua Menteri itu dikatakan menerima elaun tinggi dari DAP selaku isteri Ketua Menteri dan dari mana datangnya wang tersebut?

Adakah Guan Eng akan menjawap sebagaimana Azmin menjawap apabila di soal mengenai pembiaya projek Gerbang Selangor?

Badan NGO, National Oversight and Whistleblowers (NOW) tidak pernah mengulas mengenai pembaziran yang dilakukan oleh DAP serta sekutu pembangkang dalam isu yang tidak memberi keuntungan politik kepada Pakatan Rakyat. Malah sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) yang agak melengah lengahkan siasatan apabila isu berkaitan pembangkang turut menimbulkan persoalan pembabitan ‘tangan ghaib’ dalam agensi kerajaan itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s