Mahathir,Kit Siang Bersatu Jahanamkan Umno

Lim Kit Siang hari ini mengakui bahawa beliau telah berjumpa dengan Mahathir bagi membincangkan isu-isu negara dan mereka mencapai perkembangan yang menggalakkan bagi menyelesaikan masalah negara.

Baca: Kit Siang Mungkin Sudah Gila, Mengaku Beliau Adalah Suara 3 Juta Ahli UMNO

Ini timbul ketika spekulasi bertiup kencang bahawa Mahathir selepas mengisytiharkan dirinya keluar Umno semalam, kini menerajui gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Najib Razak.

“Saya telah jumpa dan bincang dengan Dr Mahathir mengenai keadaan negara pada masa ini dan juga dengan Zaid Ibrahim mengenai inisiatif 27 Mac anjurannya itu,” kata Lim pada ucapannya sempena pemukiman ahli majlis DAP di Selangor, hari ini.

Tanpa mengulas lanjut, beliau berkata, DAP akan menyokong…

BACA SINI

Utusan Malaysia Bukan Rasis – Sultan Perak

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah membela Utusan Malaysia dengan berkata bahawa akhbar tersebut tidak bersifat perkauman tetapi sebaliknya mengamalkan semangat satu Malaysia.

Malah, titah baginda, mana-mana pihak yang melabel akhbar itu sebagai perkauman mempunyai agenda terancang untuk menghapuskan persetujuan kontrak sosial.

Baca: Peranan Media Dalam Pembangunan Negara – Dr. Salleh Said Keruak

“Kumpulan Utusan dan akhbar utama penerbitannya Utusan Malaysia kini semakin dijenamakan sebagai rasis, sengaja digembar-gemburkan oleh kalangan yang tidak senang dan oleh kalangan yang mempunyai agenda terancang mahu mahu menghapuskan persetujuan kontrak sosial yang telah dicapai oleh pendukung-pendukung utama ketika memformulasikan dasar-dasar utama untuk membentuk sebuah negara merdeka.

BACA SINI

Mahathir Terasa Maksum….

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf berhubung dakawan beliau bertanggungjawab menyebabakan krisis politik hari ini yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Bagi tahu apa yang saya lakukan,” kata Mahathir sambil menafikan kritikan bahawa dirinya yang menyebabkan badan kehakiman menjadi lesu.

“Saya tolak dakwaan yang saya melemahkan badan kehakiman.

“Badan kehakiman semasa saya (jadi perdana menteri) boleh mengharamkan Umno,” katanya.

Beliau berkata ini tidak mungkin dapat dilaksanakan hari ini dengan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak membenarkan sebarang dakwaan ke mahkamah.

Baca: “Nasib Baik Tun Razak Meninggal Awal, Kalau Tak Itu Pun Mahathir Bergaduh” – Nazri

Episod di mana Mahathir didakwa melemahkan badan kehakiman berlaku pada tahun

BACA SINI