SPRM Sorok Pertuduhan Rasuah?

INTEGRITI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM) telah tercalar dengan teruk namun mereka dilihat terus gagal memperbaiki imej tersebut. Masihkah anda ingat kes AP menantu kepada Datuk Seri Rafidah Aziz? Laporan demi laporan telah dibuat. Malahan bukti-bukti telah dihantar kepada SPRM sebelum ini tetapi sehingga kini SPRM dilihat seolah-olah mahu menyorokkan pertuduhan rasuah terhadap Rafidah Aziz.

Namun berlainan pula nasib yang menimpa bekas Ketua Pemuda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Noor yang telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah memiliki dokumen rahsia rasmi kerajaan dan mengedarkannya kepada media, pada tahun 1999.

Baca: Rafidah Terjebak Dengan Mainan Politik Pembangkang – Shahrizat

Ezam telah mengadakan sidang akhbar pada 6 November 1999 untuk mendedahkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Rafidah Aziz. Sebelum itu………………………………

Baca http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

 

 

 

 

 

China Sahkan Ada Virus Zika

Pihak berkuasa China mengesahkan penemuan kes virus Zika pertama yang dibawa masuk ke negara itu lewat Selasa iaitu hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurut agensi berita Xinhua, ia mencetuskan kebimbangan semakin memuncak ekoran virus yang kian pantas merebak dan dikaitkan dengan kecacatan kelahiran bayi, yang kebanyakannya dilaporkan di Amerika Latin.

Baca: Virus Zika: Elak Melawat 26 Negara

Meskipun hanya segelintir kes jangkitan dibawa nyamuk itu dilaporkan di Asia, namun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sudahpun mengisytiharkannya sebagai keadaan darurat sejagat bagi……………………..

Baca http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Tangan Ghaib Mahathir

Menurut Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today,

Untuk memahami mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad amat menentang pelantikan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali yang menggantikan Abdul Gani Patail pada tahun lepas, kita perlu terlebih dahulu cuba memahami sedikit sejarah. Semua perkara ini bermula semasa apa yang kini dikenali sebagai Krisis Kehakiman 1988 Malaysia.

Baca: Mahathir Sedia Korbankan Anak-Anaknya Demi ‘Bunuh Najib’?

Pada tahun 1987, Dr Mahathir memenangi jawatan presiden parti menentang Tengku Razaleigh Hamzah dengan hanya 43 undi. penyokong Tengku Razaleigh, bagaimanapun, enggan menerima keputusan kerana dakwaan terdapat 78 perwakilan haram di kalangan 1,479 perwakilan. Dan mereka merasakan bahawa tanpa ‘perwakilan haram’ ini Tengku Razaleigh akan menang.

Penyokong Tengku Razaleigh menuntut agar pilihan raya baru diadakan……………………

Baca http://www.bicara.news/category/politik/

Izzah Cari ‘Dewa’ Ganti Anwar

Adalah sesuatu yang memilukan apabila Nurul Izzah, anak kepada Anwar Ibrahim yang kini di tahan di Penjara Sungai Buluh di atas kesalahan jenayah liwat yang dilakukannya, memohon agar kedudukan ayahnya tidak di gantikan walaupun sudah di mamah usia atau dengan kata lain sudah tidak mampu mengangkat senjata yang berat.

Ia berikutan dengan cadangan bekas seorang yang pernah berjuang bersama didalam parti Keadilan, Zaid Ibrahim yang mahukan agar dihentikan usaha untuk membebaskan Anwar dan sebaliknya diberi tumpuan kepada mencari muka baru atau ‘wira’ baru bagi meneruskan impian Anwar.

Zaib berkata didalam sebuah portal………………………..

Baca http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Jangan Gantikan Anwar Walau Tua

Tidak ada sebab untuk menggantikan Anwar Ibrahim sebagai tokoh pembangkang hanya kerana beliau sudah berumur, kata anak perempuannya, Nurul Izzah.

Baca: Lupakan Bebas Anwar, Cari Wira Baru – Zaid Ibrahim

Katanya, ada yang mengatakan bahawa Anwar sudah berumur dan sudah tiba masanya untuk pemimpin baru.

Tetapi di Amerika Syarikat, kata Nurul Izzah, Bernie Sanders yang berusia 74 tahun sedang berjuang memerangi jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya.

Nurul menegaskan demikian dalam satu majlis di luar Penjara Sungai Buloh bagi menandakan ulang tahun pertama pemenjaraan Anwar.

Anwar telah menjadi wajah dan tokoh pembangkang sejak……………….

Baca http://www.bicara.news/category/politik/

Suruhanjaya DiRaja Perlu Di Tubuhkan Menyiasat Skandal DAP

dap000Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal berkembar mega Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditubuh bagi mendedahkan kebenaran kepada umum.

Sememangnya ianya harus ditubuhkan bagi menunjukan ketelusan sistem perundangan dalam Negara ini, Suruhanjaya DiRaja sepatutnya ditubuhkan bagi menyiasat skandal DAP yang selama ini disorokkan dari pengetahuan umum.

Suruhanjaya DiRaja yang berperanan sebagai salah satu badan berkecuali yang diharapkan oleh rakyat untuk ketelusan siasatan. DAP yang lantang meminta apa juga siasatan berkaitan Barisan Nasional dan Umno dilakukan tanpa prejudis perlu menerima hakikat bahawa mereka juga boleh disiasat oleh Suruhanjaya DiRaja.

Skandal terowong dasar laut di Pulau Pinang merupakan penyelewengan wang rakyat yang perlu disiasat segera kerana melibatkan jumlah ketirisan wang yang amat besar. Lim Guan Eng hingga kini enggan menjelaskan berapa jumlah sebenar kos pembinaan terowong yang didakwakan dilakukan melalui penukaran hak milik rakyat Pulau Pinang tanpa penjelasan telus dari kerajaan negeri. Walaupun ada desakan dari rakyat, Guan Eng tetap berkeras tidak mendedahkan apa yang dikatakan sebagai pengambilan wang rakyat secara sembunyi oleh DAP.

Penubuhan Suruhanjaya Di Raja mungkin akan menyelasaikan misteri kos sebenar pembinaan yang dicadangkan Guan Eng. Malah siasatan juga boleh merangkumi skandal wang derma dana bernilai RM 1.2 billion dari Israel seperti yang telah didedahkan oleh Mohamed Razali, bekas ahli DAP yang mengakui telah mengikuti latihan propaganda yang dikendalikan oleh agen Mossad. Malah siasatan juga akan membongkar dakwaan ahli PAS bahawa DAP bersedia memberi sebidang tanah di Port Dickson sebagai pertukaran untuk dana yang dijanjikan.

Siasatan juga mungkin akan menemui jawapan kepada kekayaan Dinasti Lim yang selama ini disorokkan dari pengetahuan ahlinya sendiri dan rakyat. Lim Kit Siang yang diketahui menjadi Setiausaha Agung DAP yang paling lama tentunya mempunyai rangkaian perniagaan samada terang mahu pun gelap untuk menampung kegiatan politik dan partinya.

Jamuan makan malam mengutip derma yang diadakan oleh DAP hanya sekadar menutup dan menyembunyikan kegiatan sebenar di mata rakyat.

Ada baiknya saranan Lim Kit Siang untuk penubuhan Suruhanjaya Di Raja turut menyiasat sumber dana DAP yang di terima mereka serta kerajaan Pulau Pinang yang di tadbir Lim Guan Eng.

Malah kewujudan rumah urut di Selangor juga dikatakan menyumbang kepada dana politik DAP. Selangor yang dikuasai PKR menjadi lubuk DAP mewujudkan rumah rumah pelacuran yang berselindung di balik nama rumah urut tradisional. Tiada siasatan serius yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap mereka merupakan punca DAP berani mendesak penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat Perdana Menteri Malaysia.

Skandal 1MDB dan dana politik yang DAP cuba kaitkan dengan Najib telah dijelaskan oleh Peguam Negara dan hasil siasatan SPRM mendapati tiada kesalahan yang dilakukan oleh Najib malah penyumbang dana telah didedahkan.

Namun, DAP hingga kini tidak berani mendedahkan pihak yang menyumbang dana sebanyak Rm1.2billion seperti yang di dakwa oleh bekas ahlinya sendiri. Selama 4 tahun DAP tidak memberikan kenyataan yang telus kepada rakyat sebagaimana didakwa Razali.

Tubuhkan segera Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa oleh DAP dalam kerajaan Pulau Pinang dan kehilangan wang rakyat untuk projek yang tidak bermanfaat.

Kehilangan wang rakyat dalam jumlah besar perlu dijelaskan oleh DAP kerana mereka kini berhadapan dengan desakan rakyat yang mahu Kit Siang mendedahkan segala kegiatan yang selama ini tidak di ketahui umum.

Justeru itu, penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat isu yang dikatakan oleh Lim Kit Siang terhadap Perdana Menteri tidak wajar dilakukan sebaliknya Suruhanjaya DiRaja MESTI ditubuhkan untuk menyiasat skandal skandal terbesar yang melibatkan wang rakyat oleh kerajaan Pulau Pinang.

Mukhiz Mahathir Sertai PAS Sebagai Langkah Terakhir?

Mukhriz Mahathir mengambil langkah terdesak dalam menangani krisis kepimpinan dengan mengadakan perlawanan bolasepak di Stadium Darul Aman untuk meraih simpati dari rakyat Kedah.mahfuz1

Beberapa foto yang di muatnaik menunjukkan beliau di temani Mahfuz Omar bertemu dengan penyokong Lang Merah di padang. Turut kelihatan isterinya yang selama ini tidak pernah menemani beliau selama Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Mungkinkah kehadiran Mahfuz sebagai jalan memujuk Mukhriz menyertai PAS sebagai untuk mengekalkan kuasa beliau sebagai MB Kedah?

Terdapat ura ura Mukhriz juga sedang di pancing untuk menyertai PAN sebagai Pengerusi Negeri oleh Presiden PAN, Mat Sabu. Mungkin Mukhriz akan mengambil langkah tersebut apabila keinginannya untuk terus menjadi MB Kedah terjejas dengan tindakan ADUN yang hilang kepercayaan terhadapnya.

Tidak mustahil anak Tun Mahathir ini akan mengambil langkah terdesak untuk menyelamatkan kariernya dan terus memerintah Kedah walau dengan pembangkang. Mahfuz yang di ketahui sebagai individu yang licik mengambil kesempatan tidak menunggu lama untuk melakukan apa sahaja yang menguntungkan partinya.

Akan wujudkah satu lagi sindrom ‘Reformasi’ dengan keengganan Mukhriz melepaskan jawatannya walau telah didesak oleh ADUN BN yang hilang kepercayaan kepadanya. Mukhriz dilihat seperti menderhaka kepada Institusi Di Raja Kedah yang telah mengeluarkan kenyataan tidak memihak kepada mana mana parti politik dalam konflik Umno Kedah.

Siapa arkitek sebenar Mukhriz dibalik segala kebiadapannya kepada kepimpinan parti dan kedegilannya yang engkar dengan Institusi Di Raja Kedah apabila cuba mengheret Istana dalam polemik politik agar memihak kepadanya.mahfuz