Mahathir Punyai Aset Berbillion Dollar?

Mahathir Mohamad menafikan beliau mempunyai aset bernilai berbilion dolar setelah dicabar mengisytiharkannya.

Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) sebelum ini mendakwa Mahathir mempunyai banyak aset di Argentina, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Langkawi dan Subang Jaya.

Baca: Wawasan 2020 dan Musa Hitam Adalah Kegagalan Saya – Mahathir

Pemimpin NGO itu Ramesh Rao membangkitkan dakwaan dalam bukuMalaysia Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times karya penulis antarabangsa Barry Wain.

“Saya mahu beritahu tentang (buku) Malaysia Maverick, tentang perkara yang saya sepatutnya ada, ia bukan milik saya. Saya tiada apa-apa.

“Bila saya pencen, mereka tawarkan saya tanah, tetapi saya tolak. Saya bayar untuk tanah itu.

“Kesemua benda yang diberikan kepada saya, saya pulangkan…………..

BACA SINI

Mahathir Sahkan Hadir Himpunan Haram

Mahathir hari ini mengakui bahawa beliau akan menghadiri perhimpunan pada 27 Mac ini yang mahu menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Baca: Mahfuz Dedah Mahathir Ajak Semua Parti Politik Tumbangkan Najib

Menurut beliau kononnya pilihan lain bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan sudah disekat dan ini memaksanya menyertai perhimpunan yang tidak dipersetujui dan ditentangnya semasa menjadi perdana menteri.

“Perkara sudah ubah. Dulu, kita ada forum untuk suarakan bantahan kepada kerajaan. Sekarang dah tak ada. Perhimpunan juga tak dibenarkan.

“Sekarang, rakyat juga dihalang bermesyuarat walaupun di dalam bilik. Sebelum ini, boleh. Tapi sekarang tak boleh. Rakyat tak boleh cakap apa-apa langsung sekarang, kena dengar kerajaan saja,” kata Mahathir yang cuba menimbulkan persepsi jahat dan zalimnya kerajaan BN sekarang.

Perhimpunan 27 Mac ini adalah anjuran Zaid Ibrahim yang memaklumkan bahawa ia adalah acara tertutup.

Beliau juga berkata selain parti-parti politik daripada……………..

BACASINI