Pengarah Hutan Selangor Tukang Cuci Duit Azmin?

1. Saya dengan ini merakamkan simpati dengan Pengarah dan semua warga Jabatan Hutan Negeri Selangor yang terpaksa menjadi pencuci kepada kesalahan ahli politik.

Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Hutan Selangor bertarikh 23 Feb 2016 nampak jelas beliau terpaksa berpusing berhempas pulas mencuci penipuan Menteri Besar di media.

2. Persoalan yang saya bangkitkan ialah

a. Azmin di media menyerang saya dengan kata–kata kesat untuk menyatakan projek balak yang dimaksudkan diberi secara TENDER TERBUKA
b. Azmin menyebut dia tidak terlibat dalam sebarang proses dalam meluluskan atau memilih syarikat untuk projek balak di Selangor.
c. Apa kriteria pemilihan sebuah syarikat ‘enterprise’ yang mempunyai bidang kerja rojak termasuk kutip sampah, bekal alat tulis, bekal pakaian dan macam – macam lagi yang tidak kena mengena dengan pembalakan dapat kerja membalak nilai puluh juta?

Baca: Senarai Skandal Azmin Ali, SPRM Tunggu Apa Lagi

3. Dari kenyataan Pengarah Jabatan Hutan Selangor ternyata dia mungkin dalam keadaan tertekan, dipaksa menjawab. Oleh kerana itu dalam kenyataan perenggan akhir dia memerli hina kerajaan negeri seolah rubber stamp dan konon menerima sahaja cadangan pegawai kerajaan.

4. Namun perlu diteliti perenggan ke 8 kenyataan tersebut yang jelas menyatakan Lesen Mengeluar hasil hanya dikeluarkan selepas kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (mesyuarat Exco). Persoalanya sekarang siapa yang mempengerusikan mesyuarat Exco ? Dan dari kenyataan tersebut juga dinyatakan bahawa agihan projek balak yang dimaksudkan tidak melalui tender terbuka.

5. Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Hutan Selangor yang melalui kenyataannya membuktikan sekali lagi Azmin menipu kerana jelas dia terlibat dalam proses kelulusan projek balak yang dimaksudkan dan tidak wujud………..

Baca Seterusnya SINI

Advertisements

Muhyiddin Bakal Di Gantung?

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata oleh kerana Muhyiddin tetap mengkritik Datuk Seri Najib Razak selaku presiden, beliau akan diusul untuk digantung jawatannya kepada Jawatankuasa Disiplin.

Baca: Muhyiddin Guna Apa Saja ‘Pentas’ Untuk Belasah Najib

“Bila satu keputusan dibuat oleh majlis tertinggi Umno, ia mengikat presiden, timbalan presiden, mana mana ahli Umno, dalam konteks keputusan tersebut.

“Jadi bila timbalan presiden tidak hiraukan keputusan yang telah dibuat, sebulat suara dalam majlis kerja tertinggi, maka, mana-mana ahli, yang tidak menghiraukan arahan itu, mempunyai risiko berdepan dengan tindakan disiplin,” katanya.

Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan hari terbuka Makmal Pengurusan Sisa Pepejal Negara di sebuah hotel…………..

Selanjutnya Baca Sini