Suruhanjaya DiRaja Perlu Di Tubuhkan Menyiasat Skandal DAP

dap000Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal berkembar mega Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditubuh bagi mendedahkan kebenaran kepada umum.

Sememangnya ianya harus ditubuhkan bagi menunjukan ketelusan sistem perundangan dalam Negara ini, Suruhanjaya DiRaja sepatutnya ditubuhkan bagi menyiasat skandal DAP yang selama ini disorokkan dari pengetahuan umum.

Suruhanjaya DiRaja yang berperanan sebagai salah satu badan berkecuali yang diharapkan oleh rakyat untuk ketelusan siasatan. DAP yang lantang meminta apa juga siasatan berkaitan Barisan Nasional dan Umno dilakukan tanpa prejudis perlu menerima hakikat bahawa mereka juga boleh disiasat oleh Suruhanjaya DiRaja.

Skandal terowong dasar laut di Pulau Pinang merupakan penyelewengan wang rakyat yang perlu disiasat segera kerana melibatkan jumlah ketirisan wang yang amat besar. Lim Guan Eng hingga kini enggan menjelaskan berapa jumlah sebenar kos pembinaan terowong yang didakwakan dilakukan melalui penukaran hak milik rakyat Pulau Pinang tanpa penjelasan telus dari kerajaan negeri. Walaupun ada desakan dari rakyat, Guan Eng tetap berkeras tidak mendedahkan apa yang dikatakan sebagai pengambilan wang rakyat secara sembunyi oleh DAP.

Penubuhan Suruhanjaya Di Raja mungkin akan menyelasaikan misteri kos sebenar pembinaan yang dicadangkan Guan Eng. Malah siasatan juga boleh merangkumi skandal wang derma dana bernilai RM 1.2 billion dari Israel seperti yang telah didedahkan oleh Mohamed Razali, bekas ahli DAP yang mengakui telah mengikuti latihan propaganda yang dikendalikan oleh agen Mossad. Malah siasatan juga akan membongkar dakwaan ahli PAS bahawa DAP bersedia memberi sebidang tanah di Port Dickson sebagai pertukaran untuk dana yang dijanjikan.

Siasatan juga mungkin akan menemui jawapan kepada kekayaan Dinasti Lim yang selama ini disorokkan dari pengetahuan ahlinya sendiri dan rakyat. Lim Kit Siang yang diketahui menjadi Setiausaha Agung DAP yang paling lama tentunya mempunyai rangkaian perniagaan samada terang mahu pun gelap untuk menampung kegiatan politik dan partinya.

Jamuan makan malam mengutip derma yang diadakan oleh DAP hanya sekadar menutup dan menyembunyikan kegiatan sebenar di mata rakyat.

Ada baiknya saranan Lim Kit Siang untuk penubuhan Suruhanjaya Di Raja turut menyiasat sumber dana DAP yang di terima mereka serta kerajaan Pulau Pinang yang di tadbir Lim Guan Eng.

Malah kewujudan rumah urut di Selangor juga dikatakan menyumbang kepada dana politik DAP. Selangor yang dikuasai PKR menjadi lubuk DAP mewujudkan rumah rumah pelacuran yang berselindung di balik nama rumah urut tradisional. Tiada siasatan serius yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap mereka merupakan punca DAP berani mendesak penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat Perdana Menteri Malaysia.

Skandal 1MDB dan dana politik yang DAP cuba kaitkan dengan Najib telah dijelaskan oleh Peguam Negara dan hasil siasatan SPRM mendapati tiada kesalahan yang dilakukan oleh Najib malah penyumbang dana telah didedahkan.

Namun, DAP hingga kini tidak berani mendedahkan pihak yang menyumbang dana sebanyak Rm1.2billion seperti yang di dakwa oleh bekas ahlinya sendiri. Selama 4 tahun DAP tidak memberikan kenyataan yang telus kepada rakyat sebagaimana didakwa Razali.

Tubuhkan segera Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa oleh DAP dalam kerajaan Pulau Pinang dan kehilangan wang rakyat untuk projek yang tidak bermanfaat.

Kehilangan wang rakyat dalam jumlah besar perlu dijelaskan oleh DAP kerana mereka kini berhadapan dengan desakan rakyat yang mahu Kit Siang mendedahkan segala kegiatan yang selama ini tidak di ketahui umum.

Justeru itu, penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat isu yang dikatakan oleh Lim Kit Siang terhadap Perdana Menteri tidak wajar dilakukan sebaliknya Suruhanjaya DiRaja MESTI ditubuhkan untuk menyiasat skandal skandal terbesar yang melibatkan wang rakyat oleh kerajaan Pulau Pinang.