Mukhiz Mahathir Sertai PAS Sebagai Langkah Terakhir?

Mukhriz Mahathir mengambil langkah terdesak dalam menangani krisis kepimpinan dengan mengadakan perlawanan bolasepak di Stadium Darul Aman untuk meraih simpati dari rakyat Kedah.mahfuz1

Beberapa foto yang di muatnaik menunjukkan beliau di temani Mahfuz Omar bertemu dengan penyokong Lang Merah di padang. Turut kelihatan isterinya yang selama ini tidak pernah menemani beliau selama Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Mungkinkah kehadiran Mahfuz sebagai jalan memujuk Mukhriz menyertai PAS sebagai untuk mengekalkan kuasa beliau sebagai MB Kedah?

Terdapat ura ura Mukhriz juga sedang di pancing untuk menyertai PAN sebagai Pengerusi Negeri oleh Presiden PAN, Mat Sabu. Mungkin Mukhriz akan mengambil langkah tersebut apabila keinginannya untuk terus menjadi MB Kedah terjejas dengan tindakan ADUN yang hilang kepercayaan terhadapnya.

Tidak mustahil anak Tun Mahathir ini akan mengambil langkah terdesak untuk menyelamatkan kariernya dan terus memerintah Kedah walau dengan pembangkang. Mahfuz yang di ketahui sebagai individu yang licik mengambil kesempatan tidak menunggu lama untuk melakukan apa sahaja yang menguntungkan partinya.

Akan wujudkah satu lagi sindrom ‘Reformasi’ dengan keengganan Mukhriz melepaskan jawatannya walau telah didesak oleh ADUN BN yang hilang kepercayaan kepadanya. Mukhriz dilihat seperti menderhaka kepada Institusi Di Raja Kedah yang telah mengeluarkan kenyataan tidak memihak kepada mana mana parti politik dalam konflik Umno Kedah.

Siapa arkitek sebenar Mukhriz dibalik segala kebiadapannya kepada kepimpinan parti dan kedegilannya yang engkar dengan Institusi Di Raja Kedah apabila cuba mengheret Istana dalam polemik politik agar memihak kepadanya.mahfuz