DAP Ada ‘Barua’ Dalam Agensi Kerajaan?

Dap0.7Pengaruh DAP terhadap penjawat awam semakin kuat setelah pelbagai propaganda mengenai kelebihan parti tersebut sering di gembar-gemburkan oleh wakil dari kaum Melayu yang bergerak aktif dalam parti. Sejak dari penubuhan parti serpihan People Action Party (PAP), Lim Kit Siang tidak pernah jemu untuk menanam rasa bencikan kerajaan Umno pada setiap ahlinya.

Ditubuhkan pada 11 Oktober 1965, DAP asalnya dinamakan Parti Demokratik Sosialis pada 18 Mac 1966 melancarkan The Rocket sebagai bahan propaganda untuk mempengaruhi rakyat. Pada tahun yang sama DAP menyertai 55 parti sosialis dalam ‘Socialist International’ dan menyertai Persidangan Sosialis di Zurich,Switzerland.

Dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘Malaysian First’, DAP kini mengorak langkah membuka ruang kepada kaum bumiputera untuk bersama mereka menjayakan agenda parti. Walaubagaimanapun pemerhatian dalam senarai CEC DAP mendapati hanya terdapat 6 orang sahaja dari kaum Melayu menduduki senarai terataas di pusat. Manakala di peringkat negeri pula Tengku Zulpuri dari Pahang mewakili kaum Melayu dan selebihnya dari kaum lain. dap000

Selama menjadi parti politik dalam Malaysia, DAP mengekalkan rekod cemerlang mereka dengan hanya seorang Setiausaha Agung yang memegang jawatan itu berdekad lamanya. Malah lebih hebat lagi sumber kewangan DAP tidak pernah didedahkan oleh mana mana pemimpin parti itu kepada ahlinya sendiri. Kerahsiaan dana politik yang menjadi tanda tanya tidak diulas oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kini tercabar dengan pendedahan oleh bekas ahlinya sendiri.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga enggan mengulas pendedahan yang dibuat mengaitkan dana politik DAP yang dikatakan datang dari Israel, dan sebagai balasan Port Dickson ditawarkan menjadi pengkalan untuk negara yang menyalurkan dana kepada DAP. Terdapat sumber mengatakan sumber dana politik DAP juga datang dari kelab lumba kuda.

Sila Baca Di Sini : http://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2015/08/dana-dap-dari-kelab-lumba-kuda.html

Mengapa DAP tidak berani mendedahkan sumber mereka dan hanya menuding Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mendedahkan dana yang didermakan oleh individu dari Timur Tengah. Isu penderma telah selesai baru baru ini dan pihak SPRM diarahkan menutup kes tersebut.

Sila Baca Di Sini : http://www.bicara.news/dana-politik-rm2-6-b-hadi-awang-sokong-tidak-berbelah-bagi-kepada-pm/

Krisis CEC DAP yang masih tidak selesai hingga kini juga agak pelik. Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bermain tarik tali dalam kes yang membabitkan DAP dan seperti memihak kepada kemahuan DAP dengan membiakan perkara ini berlanjutan. Apakah ada individu didalam ROS turut terlibat melengahkan keputusan mengenai kesahihan mesyuarat DAP, atau lebih memburukkan keadaan ROS juga mengikut jejak langkah individu didalam SPRM.

Sila Baca Di Sini : http://www.bicara.news/isteri-kedua-pegawai-sprm-guna-suami-ambil-alih-syarikat-abg-kandung/

DAP juga perlu didesak menjelaskan sumber dana politik mereka kerana perbelanjaan untuk pilihanraya dan sebagainya memakan jumlah yang agak besar. Beranikah SPRM menyiasat sumber dana DAP serta kelewatan ROS dalam menyelasikan krisis CEC DAP. Rakyat memerhati dengan penuh minat setelah pelbagai isu yang melanda politik Malaysia dan sebarang kejutan sememangnya dinantikan.

Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan juga enggan menjelaskan sumber dana mereka kerana tidak mahu disiasat SPRM. Malah PKR menggunakan projek Pintu Gerbang Selangor untuk mengalih perhatian sumber dana politik mereka dengan menyatakan ada penderma yang membiayai projek berharga Rm9.8 juta. Taktik PKR berjaya mengelakkan mereka dari disiasat oleh SPRM dan hingga kini tiada siasatan dilakukan terhadap pembaziran yang terjadi kepada wang rakyat. Jumlah dana politik DAP dikatakan mencecah berbillion ringgit pula senyap dan tiada tindakan proaktif SPRM untuk melakukan sebarang siasatan mendatangkan persoalan kepada rakyat.

Sila Baca Di Sini : http://www.bicara.news/dap-bangga-akui-berjaya-wujudkan-persepsi-negatif-terhadap-kerajaan-pusat/

DAP yang menaja Parti Amanah Malaysia (PAN) tentulah telah menyediakan sejumlah besar dana untuk memastikan hasrat mereka sejak penubuhan parti tercapai. Malah dengan memilih bekas pemimpin dari PAS, DAP ternyata berjaya merealisasikan impian tanpa disedari kaum Bumiputera. Ternyata PAN merupakan satu lagi bahan eksperimen DAP untuk menjatuhkan demokrasi yang subur di Malaysia.

Mampukah SPRM dan ROS menyelasikan perkara berbangkit mengenai DAP ini. Dari pemerhatian yang dilakukan dikhuatiri pengaruh DAP terhadap ketelusan dan intergriti kedua-dua agensi terbabit amat kuat hingga hampir tiada tindakan dibuat keatas DAP.