Kedah Kekal Setia Umno,Pembangkang Bakal Gigit Jari

Krisis Menteri Besar Kedah memasuki episod baru hari ini dengan campur tangan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempelawa Dato Paduka Mukhriz Mahathir menyertai parti tersebut.zahid0000

Pelawaan dari Adun Lunas,Selambau,Bakar Arang dan Sidam dikeluarkan pada satu sidang media di Bakar Arang. Kenyataan bersama dari pihak pembangkang Kedah itu nyata hanyalah helah mereka dalam usaha memburukkan lagi krisis yang melanda kepimpinan Umno Kedah.

Selaku orang yang mengaku jiwa Umno, Mukhriz tahu selok belok pembangkang yang ibarat ‘anjing tersepit’ dan bakal menggigit sesiapa yang melepaskannya. Krisis Umno Kedah tidak seburuk yang disangka pembangkang kerana rakyat Kedah sendiri akan menerima sesiapa sahaja yang dilantik selagi wakil itu dari Barisan Nasional.

Cubaan pihak pembangkang Kedah mengaitkan rasuah dengan Umno ternyata sesuatu yang memalukan mereka sendiri. Skandal Pintu Gerbang Selangor di bawah kerajaan PKR yang masih diselubungi misteri identiti penderma rahsia. Cubaan Haniza Talha mengelirukan rakyat dengan menyembunyikan identiti penderma hanya taktik PKR.

Skandal PKR Selangor juga penuh dengan keraguan membabitkan rasuah di peringkat tertinggi parti tersebut dan cubaan pembangkang di Kedah mengatakan Umno sebagai sebuah perti korup memakan diri mereka sendiri. Bayangkan jika di Selangor mereka membazirkan sejumlah Rm9.8juta wang rakyat ke projek pintu gerbang, apa yang  mereka tidak mampu lakukan jika memerintah Kedah.

Pembangkang Kedah hanya mengambil peluang dari krisis yang melanda Kedah namun kebijaksanaan Presiden Umno menyelsaikan kemeut ini bakal mengecewakan mereka. Isu dana pilihanraya yang dikaitkan dengan Najib telah selesai apabila Peguam Negara mengesahkan tiada keraguan yang timbul dari kes tersebut dan turut ditegaskan isu tersebut ditutup.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga telah menjelaskan derma yang di terima oleh Najib dari penderma dianggap selesai sebaik sahaja Peguam Negara mengumumkan identiti penderma. Walau demikian, SPRM kini terpalit dengan isu kebocoran maklumat dari pihak tertinggi siasatan dan perkara ini menjadi ‘viral’ dalam media sosial. Perkara demikian menjatuhkan reputasi SPRM sebagai agensi yang tidak memihak kepada sesiapa dalam Malaysia dan pihak atasan SPRM akan mengambil tindakan tegas dalam isu berkenaan.

Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri telah mengambil serius tentang kebocoran dan ‘viral’ mengenainya di dalam media sosial. Beliau mengarahkan siasatan tegas akan kesahihan ketirisan maklumat siasatan oleh isteri kepada seorang pegawai yang terlibat dalam siasatan isu penderma yang dikaitkan dengan Najib.

Rakyat berharap ketelusan Zahid dan ketegasan ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri kerana bimbang akan terjadi lagi perkara sedemikian dalam isu yang membabitkan negara.  Mengenai kemelut Umno Kedah, Zahid selaku Naib Presiden Umno akur dengan keputusan parti setelah mengambil kira pandangan Majlis Jemaah Pemangku Di Raja Kedah.

Pembangkang Kedah hanya mampu mengigit jari kerana dalam Umno biasanya semangat setiakawan sangat erat umpama ‘Biduk lalu kiambang bertaut’. Mereka hanya boleh menyimpan impian menawan Kedah dan Umno serta rakyat Kedah sudah serik di perintah pembangkang. Setiap kemelut dalaman Umno akan diselesaikan dengan semangat muhibbah dan keadaan akan kembali seperti biasa.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s