Kedah Kekal Setia Umno,Pembangkang Bakal Gigit Jari

Krisis Menteri Besar Kedah memasuki episod baru hari ini dengan campur tangan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempelawa Dato Paduka Mukhriz Mahathir menyertai parti tersebut.zahid0000

Pelawaan dari Adun Lunas,Selambau,Bakar Arang dan Sidam dikeluarkan pada satu sidang media di Bakar Arang. Kenyataan bersama dari pihak pembangkang Kedah itu nyata hanyalah helah mereka dalam usaha memburukkan lagi krisis yang melanda kepimpinan Umno Kedah.

Selaku orang yang mengaku jiwa Umno, Mukhriz tahu selok belok pembangkang yang ibarat ‘anjing tersepit’ dan bakal menggigit sesiapa yang melepaskannya. Krisis Umno Kedah tidak seburuk yang disangka pembangkang kerana rakyat Kedah sendiri akan menerima sesiapa sahaja yang dilantik selagi wakil itu dari Barisan Nasional.

Cubaan pihak pembangkang Kedah mengaitkan rasuah dengan Umno ternyata sesuatu yang memalukan mereka sendiri. Skandal Pintu Gerbang Selangor di bawah kerajaan PKR yang masih diselubungi misteri identiti penderma rahsia. Cubaan Haniza Talha mengelirukan rakyat dengan menyembunyikan identiti penderma hanya taktik PKR.

Skandal PKR Selangor juga penuh dengan keraguan membabitkan rasuah di peringkat tertinggi parti tersebut dan cubaan pembangkang di Kedah mengatakan Umno sebagai sebuah perti korup memakan diri mereka sendiri. Bayangkan jika di Selangor mereka membazirkan sejumlah Rm9.8juta wang rakyat ke projek pintu gerbang, apa yang  mereka tidak mampu lakukan jika memerintah Kedah.

Pembangkang Kedah hanya mengambil peluang dari krisis yang melanda Kedah namun kebijaksanaan Presiden Umno menyelsaikan kemeut ini bakal mengecewakan mereka. Isu dana pilihanraya yang dikaitkan dengan Najib telah selesai apabila Peguam Negara mengesahkan tiada keraguan yang timbul dari kes tersebut dan turut ditegaskan isu tersebut ditutup.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga telah menjelaskan derma yang di terima oleh Najib dari penderma dianggap selesai sebaik sahaja Peguam Negara mengumumkan identiti penderma. Walau demikian, SPRM kini terpalit dengan isu kebocoran maklumat dari pihak tertinggi siasatan dan perkara ini menjadi ‘viral’ dalam media sosial. Perkara demikian menjatuhkan reputasi SPRM sebagai agensi yang tidak memihak kepada sesiapa dalam Malaysia dan pihak atasan SPRM akan mengambil tindakan tegas dalam isu berkenaan.

Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri telah mengambil serius tentang kebocoran dan ‘viral’ mengenainya di dalam media sosial. Beliau mengarahkan siasatan tegas akan kesahihan ketirisan maklumat siasatan oleh isteri kepada seorang pegawai yang terlibat dalam siasatan isu penderma yang dikaitkan dengan Najib.

Rakyat berharap ketelusan Zahid dan ketegasan ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri kerana bimbang akan terjadi lagi perkara sedemikian dalam isu yang membabitkan negara.  Mengenai kemelut Umno Kedah, Zahid selaku Naib Presiden Umno akur dengan keputusan parti setelah mengambil kira pandangan Majlis Jemaah Pemangku Di Raja Kedah.

Pembangkang Kedah hanya mampu mengigit jari kerana dalam Umno biasanya semangat setiakawan sangat erat umpama ‘Biduk lalu kiambang bertaut’. Mereka hanya boleh menyimpan impian menawan Kedah dan Umno serta rakyat Kedah sudah serik di perintah pembangkang. Setiap kemelut dalaman Umno akan diselesaikan dengan semangat muhibbah dan keadaan akan kembali seperti biasa.

 

 

 

Guru Ugut Bom PM?

Gila glamour sudah semakin menjadi trend dunia maya sosial terhangat. Belum reda kisah seorang isteri kepada penjawat awam kini timbul pula kisah seorang guru yang menaikmuat status berbaur hasutan dan ugutan. Satu akaun facebook menggunakan nama Iera Shafii membuat satu kejutan bila kenyataannya mahu mengebom Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak jika DAP menjadi kerajaan pusat.

cikgu gila


 

Menurut keterangan yang ada dalam statusnya, Iera Shafii mengajar di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Sejauh mana kebenaran akaun ini belum dapat dipastikan lagi kerana seperti biasa alasan klise “akaun saya kena godam” akan digunakan untuk mengelak sebarang tindakan…………………………….

Baca : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Onar Isteri Kedua Pegawai SPRM?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertindak mengikut kuasa yang diberikan. Masyarakat secara umumnya menyanjung integriti yang dimiliki oleh SPRM terutama ketika menjalankan siasatan berkaitan rasuah dalam semua organisasi kerajaan dan bukan kerajaan. Ketelusan mereka biasanya tidak akan dipertikai lebih-lebih lagi kalau siasatan mereka melibatkan kepentingan kerajaan.

Namun, kebelakangan ini SPRM dilihat sebagai sebuah entiti yang lebih banyak menyerang kerajaan dan melindungi kepentingan pembangkang dalam setiap kenyataan mahu pun tindakan. Bahkan pada satu ketika, pernah diadakan majlis sambutan besar-besaran kepada gerombolan ahli politik pakatan haram pembangkang ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan membuat kenyataan media secara bersama. Menurut sumber, keadaan itu berlaku kerana permainan Pegawai Perhubungan SPRM sendiri yang sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan pembangkang kerana sebelum ini beliau difahamkan pernah bertugas di sebuah portal pro pembangkang. Maka tidak hairanlah kalau banyak rahsia tercicir dan terbocor kepada umum walaupun statusnya belum sahih dan apa yang terbocor………………………………

Baca : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/sprm