SJKC Pai Chee : Cukupkah Sekadar Tukar Atau Perlu Diturunkan Pangkat

Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor harus berdepan tindakan tegas jika dakwaan bahawa beliau bertanggungjawab menyebabkan guru-guru Melayu meninggalkan sekolah itu adalah benar, kata ahli parlimen Umno, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

Beliau juga menggesa Kementerian Pendidikan untuk menyiasat prestasi serta keupayaan guru besar itu susulan dakwaan rasis yang dilaporkan berlaku di sekolah berkenaan.

Baca: Tidak Pandai Mengajar, Guru Melayu Diserang Dan Dihalau Dari Sekolah Cina

“Bukan sahaja ditukarkan tetapi patut dikenakan tindakan disiplin atau tatatertib termasuk diturunkan pangkat jika terbukti beliau memaksa………….

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Novel KOMSAS Lucah

Sebuah pusat remaja hamil tanpa nikah melahirkan kekesalannya dengan pemilihan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin sebagai teks sastera untuk pelajar tingkatan empat yang didakwa berunsur lucah.

Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor (Darwa) berkata novel itu tidak wajar dijadikan sebagai komponen sastera (Komsas) di sekolah.

“Pihak kami menggesa panel pemilih supaya lebih berhati-hati, peka dan bertanggungjawab dalam pemilihan dan penilaian,” kata pengerusi pertubuhan itu Hazlina Abd Razak.

Dalam kenyataannya, Darwa berkata Pemilihan buku Pantai Kasihbertentangan dengan roh Falsafah Pendidikan Negara, Dasar Budaya Negara dan Dasar Sosial Negara.

Justeru, Darwa menggesa Kementerian Pendidikan menarik semula novel itu daripada………………

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Fenomena ‘Saya Yasmin’

Sekarang ini di media sosial, heboh di sana sini, kisah mengenai ‘Jadilah Seperti Rashid’ terpampang di mana-mana segenap ruang di dalam Facebook.

Ia merupakan karya satira, jenaka yang menampilkan watak bernama Rashid itu menceritakan pelbagai perkara yang dibuat oleh Rashid yang mempunyai kebaikan dan faedah. Kemudian, ramai pula yang mahu meniru gaya penulisan seperti watak Rashid dalam menyampaikan mesej lucu mereka.

Baca: Ketua Menteri Sarawak Sokong TPPA, Ketua Negeri Lain?

Bagaimanapun, satu watak telah direka dengan nama Yasmin untuk……………………………………

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Tidak Puashati-Tony Pua Sentuh Sensitiviti Islam?

DAP menuduh pemimpin PAS tidak menerima ajaran Islam yang tepat oleh guru-guru mereka kerana tidak menunjukkan akhlak seperti seorang ahli agama yang sewajarnya.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mendakwa, pemimpin PAS menonjolkan sikap bukan ahli agama kerana masih mendabik dada walaupun selepas mengakui memfitnah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Jelas dah mengaku membuat tuduhan tanpa asas. Katanya dah kesal dan tarik balik. Kena bayar kos lagi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Tapi selepas tu, mendabik dada antara pemimpin PAS. Dah fitnah orang, tak menunjuk perasaan kesal langsung, tapi mengucap tahniah pula. Akhlak dan tabiat sebegini, ada ikut agama ke?…………….

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/politik/

PAN Makin Haloba

Ketika DAP bergelut untuk mengikis label ‘anti-Melayu’ terhadap parti itu, rakan sekutunya PKR menyarankan DAP menukar separuh daripada kerusi majoriti Cina yang diwakilinya sekarang dengan Parti Amanah Negara (PAN).

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang berkata, sebagai pertukarannya, DAP boleh bertanding di kerusi majoriti campuran atau majoriti Melayu yang dijangka diperuntukkan kepada parti serpihan PAS itu.

“Ini akan membantu AMANAH mendapatkan sebilangan kerusi yang boleh menang manakala DAP mencapai transformasinya untuk menjadi parti berbilang……………………………..

Baca Di Sini : http://www.bicara.news/category/politik/