Sebantal Tak Semimpi?

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 minggu lalu membuka satu lembaran baru dalam usaha mengadakan satu bentuk kerjasama strategik khususnya menjurus ke arah memperkukuhkan kesatuan agama serta bangsa walaupun berbeza ideologi kepartian nyata telah membuka mata dan membangkitkan perhatian ramai pihak terutama mereka yang sedia menentang sebarang usaha penyatuan ummah.

Kenapa masih ada pihak yang risau?

Najib Tokoh Perdamaian Antarabangsa

Sosok tubuh berperawakan sederhana ini sebenarnya bukanlah asing sebagai tokoh yang sentiasa memperjuangkan perpaduan.

Beliau adalah nama yang dihormati oleh lawan dan kawan. Hanya pentaksub pro pembangkang yang selalu kedengaran sinis menyindir dan mempersendakan ketokohan beliau dalam arena antarabangsa khususnya sebagai pemimpin yang sentiasa ditunjuk sebagai pendamai terbaik.

Namun fakta tetap fakta walaupun dibayangi dengan auta yang hebat daripada pihak yang tidak menyenangi cara beliau menyantuni perpaduan baik dalam negara mahu pun di luar negara.

Najib tetap ‘steady’ walaupun dituduh dengan pelbagai isu sejak setahun kebelakangan ini namun, pandangan umum di peringkat antarabangsa tetap menyanjung kredibiliti dirinya sebagai tokoh paling dipercayai untuk menjadi orang tengah dalam mana-mana perbincangan berkaitan pendamaian.

Sesekali agak hairan dengan cara rakyat Malaysia menilai Najib sebagai………………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Gempar!!! Anak Nik Aziz Sertai PAN.

 

Salah seorang anak kepada bekas mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan telah menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH) pimpinan Mat Sabu.

Dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu malam tadi di Petaling Jaya, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar Nik Aziz dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah AMANAH Kelantan. Nik Omar bagaimanapun tidak hadir di majlis yang dihadiri kira-kira 1000 penyokong parti itu.

Namun apabila ditanya selepas itu, Nordin menafikan beliau ada menyebut penyertaan Nik Omar dalam AMANAH dan mengatakan mungkin wartawan tersalah dengar berhubung pengumuman tersebut.

Namun menurut seorang pemimpin AMANAH Kelantan beliau mengesahkan anak lelaki sulung kepada bekas menteri besar Kelantan dan mursyidul am PAS Malaysia itu memang telah menyertai parti berkenaan. Tegas beliau Nik Omar tidak akan hadir pada majlis-majlis yang melibatkan orang ramai pada ketika ini bagi menghormati permintaan keluarga.

Tambah sumber lagi, Nik Omar akan muncul apabila ada mesyuarat dalaman parti tersebut kerana Nik Omar masih belum bersedia tampilkan dirinya kerana permintaan…………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/PAN