1001 Alasan Rafizi.

PEMBANGKANG menggunakan bermacam-macam cara untuk “menghalalkan” tindakan jahat mereka. Umum amat maklum bahawa pembangkang terlalu kerap melontarkan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan.

Namun apabila tindakan saman dilakukan terhadap mereka, pemimpin pembangkang menggunakan alasan bodoh seperti “gurauan” dan sebagainya untuk melepaskan diri daripada saman-saman tersebut.

Kali ini  Pengarah Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir pula menggunakan alasan kononnya isu yang beliau bawa merupakan isu kepentingan awam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom membawa………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Pkr Rasuah Tiket Wayang,Mana Datang Dana?

Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengambil pilihan membelanja seluruh penduduk di kawasan parlimennya yang berusia 21 hingga 35 tahun menonton wayang Star Wars : The Force Awakens pada Rabu, 30 Disember 2015.

Rujuk status terkini akaun facebook peribadi miliknya.

Tindakan Shamsul ini mengundang banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat di negara ini. Adakah menonton wayang menjadi keperluan rakyat di negara ini atau sekadar memberi ‘rasuah’ untuk mengundinya nanti?

Jika dihitung jumlah pengundi di Bukit Katil lebih kurang 100 ribu, dan anggaran pengundi yang berusia 21 hingga 35 tahun lebih kurang 40 ribu. Harga tiket wayang pada hari rabu bernilai RM8.00. Jika didarabkan dengan ika didarabkan dengan anggaran jumlah pengundi mengikut umur yang ditawarkan oleh YB Syamsul 40000 maka jumlahnya………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Naik 50%, Siapa Mahu Guling?

RIYADH: Arab Saudi menaikkan harga petrol sehingga lebih 50 peratus mulai hari ini susulan pemotongan subsidi selepas negara itu mencatatkan belanjawan defisit.

Kenaikan harga juga membabitkan tarif elektrik, air, diesel dan minyak tanah selepas Kabinet diketuai Raja Salman memutuskan pengurusan subsidi ke atas bahan berkenaan, lapor agensi berita SPA hari ini.

Kabinet memutuskan harga petrol gred tinggi naik 0.90 Riyal (AS$0.24) seliter berbanding 0.60 Riyal sebelum ini, iaitu……………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Azmin Ali Gagal Di Selangor.

Bajet ‘Smart Selangor’ yang di bentang oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pada Oktober lepas hanya gimik untuk menutup kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri PKR.

Ternyata pembentangan belanjawan tersebut merupakan janji manis oleh Pakatan Rakyat memancing simpati pengundi.

Selangor yang berhadapan dengan pelbagai isu dalaman dalam mengurus tadbir kini perlu mencari alternatif sebagai langkah mengekalkan kuasa memerintah untuk penggal akan datang.

Jumlah defisit yang di catit pada 2015 sebanyak Rm450juta nyata memberi kesan negatif kepada perkembangan ekonomi Selangor. Perbelanjaan sebanyak Rm1.97 billion tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan kepada industri perkilangan yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor. Sebanyak 33.8% rakyat Selangor masih berada dibawah paras kemiskinan sejak PKR mengambil alih pemerintahan.

Penutupan operasi kilang kilang besar Selangor membuktikan…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

SAH! Staff BSN…

Semalam viral gambar pengantin yang memilih gimik mempersendakan PM berkaitan isu berkaitan Derma 2.6 billion baru-baru ini.

Dalam artikel semalam dinyatakan salah seorang pengantin tersebut ialah kakitangan di Bank Simpanan Nasional di Ipoh.

Pencarian info terus dari sumber dalaman mengesahkan pengantin tersebut ialah salah seorang daripada kakitangan BSN sebuah bank milikan penuh kerajaan. Menurut sumber lagi, pengantin tersebut bertugas sebagai seorang agen insurans di bawah BSN Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai beliau ditemui selepas melakukan pencarian di FACEBOOK telah menjadi pengesahan seterusnya tentang keberadaan Pengantin Kangkang ini bertugas di BSN.

Apakah tindakan BSN selaku majikan terhadap kemungkinan besar data pelanggan akan diseludup……………………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Rakyat Malaysia Susah? Nombor 4 Dalam Senarai Melancong.

ANTARA ramalan atau pandangan paling dinantikan penggiat industri pelancongan setiap akhir tahun adalah Kajian Niat Perjalanan Visa (Visa Travel Intentions Study), yang merupakan satu kertas kerja yang membentangkan analisis data daripada pelbagai sektor termasuklah tren keseluruhan dan pelancongan berasaskan teknologi.

Pada awal tahun ini, syarikat perkhidmatan kewangan itu telah melakukan sesi bancian terhadap 13,603 orang pelancong dewasa daripada 25 buah negara seluruh dunia mengenai niat dan pengalaman mereka setakat ini bagi tahun 2015 dan 2016. Data yang diperoleh ini kemudiannya dibandingkan dengan respon pelancong pada tahun 2013.

Berdasarkan maklumat yang didapati daripada responden, di sini kami rumuskan kepada 10 yang terpenting:

1. Dengan purata 2.42 kali setiap seorang, pelancong paling banyak mengembara pada dua tahun kebelakangan ini berasal daripada benua Amerika Utara dan Selatan. Bilangan pelancong paling rendah pula berasal daripada negara-negara Afrika dan Timur Tengah.

2. Peningkatan paling besar dalam bilangan pelepasan pelancong antarabangsa pada tahun 2014 dan 2015 merupakan warga negara-negara Asia Tenggara, dengan Indonesia di tangga pertama dengan pertumbuhan sebanyak 33% berbanding tahun 2013, diikuti dengan Thailand sebanyak 22% dan Korea Selatan (+21%).

3. Meskipun matawang ringgit jatuh sedikit tahun ini, namun kewangan rakyat Malaysia menampakkan perkembangan positif, dengan pertambahan golongan yang melancong sebanyak 14% berbanding dua tahun sebelum……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

PAS Seru Rakyat Tolak DAP Pada PRU14.

Isu 2 atlet pelayar dari negara Israel nampaknya betul betul menaikkan kemarahan PAS. Semalam PAS Perak menempelak DAP kerana kebiadapan cuba berpolitik melangkaui sentimen kedaulatan negara yang begitu konsisten menolak kekejaman Israel.

Hari ini Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari pula dengan lantang mengajak umat Islam perlu bangkit secara besar-besaran menolak DAP dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut Ahmad Fadhli DAP telah menunjukkan wajah sebenar parti itu ke atas agama Islam apabila mengutuk langkah kerajaan menyekat dua atlet luncur angin Israel daripada menyertai………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Salleh Said Keruak Bercuti Dari Jawatan Presiden USBO

Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak sememangnya dikenali sebagai tokoh pemimpin yang begitu komited menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau. Terbaru, demi kelangsungan dan kebertanggungjawaban kepada amanah yang diberi, beliau mengambil keputusan untuk bercuti dari jawatan Presiden USBO ( United Sabah Bumis Organisation).

Kenyataan akhbar Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak:

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa saya akan mengambil cuti sebagai Presiden United Sabah Bumis Organisation (USBO), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mana mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan memerintah, Barisan Nasional.

Perletakan jawatan ini adalah supaya saya dapat menumpukan tugas saya sebagai menteri di peringkat pusat sebagai menteri kabinet. Sepanjang percutian saya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Mufti Gila Glamour?

Saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan agar rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup mendapat reaksi pantas dari mufti Perlis yang terlalu banyak kontrovesi di dalam medium internet.

Walaupun Dr. Maza atau Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak menyebut nama menteri berkenaan secara langsung, Maza dipercayai merujuk kenyataan Ahmad Maslan semalam yang memberi pandangan supaya rakyat Malaysia melakukan dua pekerjaan sehari.

“Menteri itu sepatutnya mencari penyelesaian untuk rakyat, bukan membuat cadangan yang membebankan lagi rakyat.

“Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

“Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang ‘pak menteri’, maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan yang istimewa untuknya?,” soal Asri dengan……………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.azmykelanajaya.com/2015/12/2-kerja-mufti-perlis-sindir-mat-maslan.html

Wan Azizah Di Tolak.

Lagi sekali PAS Sarawak mengulangi pendirian parti itu akan tetap bertanding di Sarawak walaupun hasrat berkenaan diperlekehkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee menegaskan bahawa tuduhan PAS adalah parti eksterim dan tidak sesuai untuk masyarakat Sarawak adalah tuduhan yang tidak benar sama sekali. Walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berpandangan sebaliknya.

Wan Azizah beberapa hari lalu dengan secara terang-terangan memperlekehkan hasrat PAS bertanding di Sarawak dengan mendakwa parti Islam tersebut tidak mempunyai pengaruh di negeri berkenaan. Tanpa rasa sedikitpun tentangan dari PAS, Wan Azizah seolah-olah meminta pemimpin PAS Sarawak mencerminkan diri apabila turut meminta PAS supaya menyedari bahawa pengaruh PAS di Sabah dan Sarawak tidak sama seperti di Semenanjung Malaysia.

Rakan gabungan baharu politik PKR dalam Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN) mengumumkan parti itu mahu bertanding di Sarawak yang dijangka……………

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/