PAN Puji DAP Isu Atlet Israel.

Ahli Parlimen Shah Alam yang bertindak keluar dari PAS dan menyertai parti yang diasaskan oleh Mat Sabu, PAN, Khalid Samad dengan bangganya melabelkan betapa DAP adalah sebuah parti yang begitu cakna kepada Islam dan Melayu di Malaysia. Ini merujuk kepada tindakan DAP yang amat berani menarik balik bantahan ke atas kerajaan kerana melarang atlet Israel menyertai satu pertandingan di Langkawi, Kedah.

Khalid Samad yang juga Pengarah Komunikasi PAN turut mengucapkan tahniah kepada DAP. Tindakan pantas yang patut mendapat pujian keatas kepedulian mereka terhadap sensitiviti masyarakat Melayu Islam. Menurut Khalid Samad, ini jelas membuktikan kepalsuan dakwaan golongan perkauman Melayu terhadap DAP selama ini.

Khalid dengan itu memohon agar orang Melayu tidak terpedaya dengan laungan perpaduan Melayu Islam yang nyaring dilaungkan mutakhir ini dan dakwa beliau itu cuma laungan yang bertujuan untuk mengkekalkan Melayu di bawah tempurung UMNO.

DAP dikecam ramai pihak baru-baru ini berikutan tindakan pemimpin parti itu mengutuk kerajaan menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Langkawi. Khalid mungkin lupaPemuda PAN turut mengecam tindakan DAP…………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/khalid samad.jpg

USD300Juta Dana Pru DAP?

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mendesak supaya DAP menafikan dakwaan tentang parti itu ditawarkan dana USD300 juta oleh Israel sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, kegagalan DAP menjawab pendedahan oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel.

“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zuhdi berkata, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/