“Batut” Bakal Gugur Pru14

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dikatakan tidak akan di pilih mewakili parti tersebut dalam Pru akan datang. Menurut sumber dari bilik gerakan pakatan harapan, penguguran Kor Ming adalah kerana pimpinan tertinggi DAP mahu memberi laluan kepada muka baru.

Turut tidak di nafikan ialah penglibatan Nga dalam beberapa siri ‘skandal projek’ yang memberi impak negatif kepada DAP dan yang terbaru kebocoran bahawa beliau amat tidak begitu mahir berbahasa kebangsaan yang menyebabkan DAP malu. Isu “BATUT”.

Antara ‘Skandal’ Nga:

Dikenali sebagai seorang yang biadap berikutan merujuk Menteri Besar Perak, Dato Zambry Kadir sebagai “black metalic” dalam satu ceramah pada 2011 di Kamunting. Walau bagaimanapun Kor Ming menafikannya. Perkara tersebut juga menimbulkan rasa tidak senang kepada mendiang Karpal Singh.

Kor Ming merupakan antara yang lantang dalam mengkritik serta memfitnah pemimpin lawan dalam isu rasuah serta salah guna kuasa. Namun begitu ternyata Nga tidak terlepas dari melakukan kesalahan sama.

Syarikat milik isteri beliau dikatakan mendapat kontrak membekalkan………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

1001 Alasan Rafizi.

PEMBANGKANG menggunakan bermacam-macam cara untuk “menghalalkan” tindakan jahat mereka. Umum amat maklum bahawa pembangkang terlalu kerap melontarkan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan.

Namun apabila tindakan saman dilakukan terhadap mereka, pemimpin pembangkang menggunakan alasan bodoh seperti “gurauan” dan sebagainya untuk melepaskan diri daripada saman-saman tersebut.

Kali ini  Pengarah Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir pula menggunakan alasan kononnya isu yang beliau bawa merupakan isu kepentingan awam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom membawa………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Pkr Rasuah Tiket Wayang,Mana Datang Dana?

Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengambil pilihan membelanja seluruh penduduk di kawasan parlimennya yang berusia 21 hingga 35 tahun menonton wayang Star Wars : The Force Awakens pada Rabu, 30 Disember 2015.

Rujuk status terkini akaun facebook peribadi miliknya.

Tindakan Shamsul ini mengundang banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat di negara ini. Adakah menonton wayang menjadi keperluan rakyat di negara ini atau sekadar memberi ‘rasuah’ untuk mengundinya nanti?

Jika dihitung jumlah pengundi di Bukit Katil lebih kurang 100 ribu, dan anggaran pengundi yang berusia 21 hingga 35 tahun lebih kurang 40 ribu. Harga tiket wayang pada hari rabu bernilai RM8.00. Jika didarabkan dengan ika didarabkan dengan anggaran jumlah pengundi mengikut umur yang ditawarkan oleh YB Syamsul 40000 maka jumlahnya………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Naik 50%, Siapa Mahu Guling?

RIYADH: Arab Saudi menaikkan harga petrol sehingga lebih 50 peratus mulai hari ini susulan pemotongan subsidi selepas negara itu mencatatkan belanjawan defisit.

Kenaikan harga juga membabitkan tarif elektrik, air, diesel dan minyak tanah selepas Kabinet diketuai Raja Salman memutuskan pengurusan subsidi ke atas bahan berkenaan, lapor agensi berita SPA hari ini.

Kabinet memutuskan harga petrol gred tinggi naik 0.90 Riyal (AS$0.24) seliter berbanding 0.60 Riyal sebelum ini, iaitu……………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Azmin Ali Gagal Di Selangor.

Bajet ‘Smart Selangor’ yang di bentang oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pada Oktober lepas hanya gimik untuk menutup kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri PKR.

Ternyata pembentangan belanjawan tersebut merupakan janji manis oleh Pakatan Rakyat memancing simpati pengundi.

Selangor yang berhadapan dengan pelbagai isu dalaman dalam mengurus tadbir kini perlu mencari alternatif sebagai langkah mengekalkan kuasa memerintah untuk penggal akan datang.

Jumlah defisit yang di catit pada 2015 sebanyak Rm450juta nyata memberi kesan negatif kepada perkembangan ekonomi Selangor. Perbelanjaan sebanyak Rm1.97 billion tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan kepada industri perkilangan yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor. Sebanyak 33.8% rakyat Selangor masih berada dibawah paras kemiskinan sejak PKR mengambil alih pemerintahan.

Penutupan operasi kilang kilang besar Selangor membuktikan…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

SAH! Staff BSN…

Semalam viral gambar pengantin yang memilih gimik mempersendakan PM berkaitan isu berkaitan Derma 2.6 billion baru-baru ini.

Dalam artikel semalam dinyatakan salah seorang pengantin tersebut ialah kakitangan di Bank Simpanan Nasional di Ipoh.

Pencarian info terus dari sumber dalaman mengesahkan pengantin tersebut ialah salah seorang daripada kakitangan BSN sebuah bank milikan penuh kerajaan. Menurut sumber lagi, pengantin tersebut bertugas sebagai seorang agen insurans di bawah BSN Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai beliau ditemui selepas melakukan pencarian di FACEBOOK telah menjadi pengesahan seterusnya tentang keberadaan Pengantin Kangkang ini bertugas di BSN.

Apakah tindakan BSN selaku majikan terhadap kemungkinan besar data pelanggan akan diseludup……………………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/