Rakyat Malaysia Susah? Nombor 4 Dalam Senarai Melancong.

ANTARA ramalan atau pandangan paling dinantikan penggiat industri pelancongan setiap akhir tahun adalah Kajian Niat Perjalanan Visa (Visa Travel Intentions Study), yang merupakan satu kertas kerja yang membentangkan analisis data daripada pelbagai sektor termasuklah tren keseluruhan dan pelancongan berasaskan teknologi.

Pada awal tahun ini, syarikat perkhidmatan kewangan itu telah melakukan sesi bancian terhadap 13,603 orang pelancong dewasa daripada 25 buah negara seluruh dunia mengenai niat dan pengalaman mereka setakat ini bagi tahun 2015 dan 2016. Data yang diperoleh ini kemudiannya dibandingkan dengan respon pelancong pada tahun 2013.

Berdasarkan maklumat yang didapati daripada responden, di sini kami rumuskan kepada 10 yang terpenting:

1. Dengan purata 2.42 kali setiap seorang, pelancong paling banyak mengembara pada dua tahun kebelakangan ini berasal daripada benua Amerika Utara dan Selatan. Bilangan pelancong paling rendah pula berasal daripada negara-negara Afrika dan Timur Tengah.

2. Peningkatan paling besar dalam bilangan pelepasan pelancong antarabangsa pada tahun 2014 dan 2015 merupakan warga negara-negara Asia Tenggara, dengan Indonesia di tangga pertama dengan pertumbuhan sebanyak 33% berbanding tahun 2013, diikuti dengan Thailand sebanyak 22% dan Korea Selatan (+21%).

3. Meskipun matawang ringgit jatuh sedikit tahun ini, namun kewangan rakyat Malaysia menampakkan perkembangan positif, dengan pertambahan golongan yang melancong sebanyak 14% berbanding dua tahun sebelum……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

PAS Seru Rakyat Tolak DAP Pada PRU14.

Isu 2 atlet pelayar dari negara Israel nampaknya betul betul menaikkan kemarahan PAS. Semalam PAS Perak menempelak DAP kerana kebiadapan cuba berpolitik melangkaui sentimen kedaulatan negara yang begitu konsisten menolak kekejaman Israel.

Hari ini Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari pula dengan lantang mengajak umat Islam perlu bangkit secara besar-besaran menolak DAP dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut Ahmad Fadhli DAP telah menunjukkan wajah sebenar parti itu ke atas agama Islam apabila mengutuk langkah kerajaan menyekat dua atlet luncur angin Israel daripada menyertai………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Salleh Said Keruak Bercuti Dari Jawatan Presiden USBO

Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak sememangnya dikenali sebagai tokoh pemimpin yang begitu komited menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau. Terbaru, demi kelangsungan dan kebertanggungjawaban kepada amanah yang diberi, beliau mengambil keputusan untuk bercuti dari jawatan Presiden USBO ( United Sabah Bumis Organisation).

Kenyataan akhbar Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak:

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa saya akan mengambil cuti sebagai Presiden United Sabah Bumis Organisation (USBO), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mana mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan memerintah, Barisan Nasional.

Perletakan jawatan ini adalah supaya saya dapat menumpukan tugas saya sebagai menteri di peringkat pusat sebagai menteri kabinet. Sepanjang percutian saya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/isu-terkini/

Mufti Gila Glamour?

Saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan agar rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup mendapat reaksi pantas dari mufti Perlis yang terlalu banyak kontrovesi di dalam medium internet.

Walaupun Dr. Maza atau Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak menyebut nama menteri berkenaan secara langsung, Maza dipercayai merujuk kenyataan Ahmad Maslan semalam yang memberi pandangan supaya rakyat Malaysia melakukan dua pekerjaan sehari.

“Menteri itu sepatutnya mencari penyelesaian untuk rakyat, bukan membuat cadangan yang membebankan lagi rakyat.

“Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

“Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang ‘pak menteri’, maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan yang istimewa untuknya?,” soal Asri dengan……………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.azmykelanajaya.com/2015/12/2-kerja-mufti-perlis-sindir-mat-maslan.html

Wan Azizah Di Tolak.

Lagi sekali PAS Sarawak mengulangi pendirian parti itu akan tetap bertanding di Sarawak walaupun hasrat berkenaan diperlekehkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee menegaskan bahawa tuduhan PAS adalah parti eksterim dan tidak sesuai untuk masyarakat Sarawak adalah tuduhan yang tidak benar sama sekali. Walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berpandangan sebaliknya.

Wan Azizah beberapa hari lalu dengan secara terang-terangan memperlekehkan hasrat PAS bertanding di Sarawak dengan mendakwa parti Islam tersebut tidak mempunyai pengaruh di negeri berkenaan. Tanpa rasa sedikitpun tentangan dari PAS, Wan Azizah seolah-olah meminta pemimpin PAS Sarawak mencerminkan diri apabila turut meminta PAS supaya menyedari bahawa pengaruh PAS di Sabah dan Sarawak tidak sama seperti di Semenanjung Malaysia.

Rakan gabungan baharu politik PKR dalam Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN) mengumumkan parti itu mahu bertanding di Sarawak yang dijangka……………

Baca seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Pengantin 2.6Billion Staf BSN?

Telah viral kisah tentang sepasang pengantin yang kononnya mahu membuat kelainan dan mencari populariti murahan apabila bergambar dengan poster yang bertulis ‘Mana Hilang 2.6 Billion?’.

Apa keseronokan melakukan sedemikian pada hari bahagia mereka jika gimik seperti itu yang dibanggakan sebagai sebahagian pengisian hari perkahwinan mereka?

Ramai yang mula tertanya, siapakah mereka?

Menurut sumber, pengantin lelaki gila glamor itu ialah salah seorang ahli dari sebuah parti pembangkang yang bekerja di pejabat parti PKR dan paling menarik ialah status pekerjaan pengantin wanita iaitu dikatakan bertugas sebagai staf di Bank Simpanan Nasional (BSN) di Ipoh?

Kalau benar ia sebegitu, perlulah diketahui bahawa BSN ialah sebuah bank milikan penuh Kerajaan Malaysia.
Apakah status pekerja bank pun masih keliru tentang isu ini?

Isu Derma 2.6 Billion telah diperjelaskan sebelum ini oleh pelbagai agensi yang terlibat dalam siasatan dan ia tidak perlu diperbincangkan dengan lengkap kerana siasatan………………………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Kerjasama Umno,PAS : Ada Yang Panas?

Siri 1 – Barua dan Broker Memang Wujud Dalam PAS

Kejayaan Perdana Menteri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Hadi Awang ketika Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 minggu lalu membuka satu lembaran baru dalam usaha mengadakan satu bentuk kerjasama strategik khususnya menjurus ke arah memperkukuhkan kesatuan agama serta bangsa walaupun berbeza ideology kepartian jelas telah membuka mata dan membangkitkan ramai pihak terutama mereka yang sedia menentang sebarang usaha penyatuan ummah.

Istilah seperti UNITED GOVERNMENT atau UG seperti menjadi istilah paling dibenci oleh sebahagian ahli PAS.

Apa tidaknya, istilah UG inilah menyebabkan krisis dalam parti itu satu ketika dahulu sehingga menyaksikan pemecatan beberapa pimpinan kanannya. Hanya kerana berbicara soal perpaduan sudah melenting parasit parti dalam PAS. Tidak dinafikan juga, ia juga ada dalam UMNO, ahli yang enggan menerima usaha penyatuan ini berlaku.

Sebenarnya usaha perpaduan antara umno-PAS telah dimulakan sejak zaman Allahyarham Fadzil Noor sebagai Presiden PAS lagi cuma ia tidak………………

Baca Seterusnya Klik :http://www.bicara.news/category/politik/

DAP Melampau Membela Israel.

Syarat-syarat yang dikenakan ke atas dua pelayar israel bagi menyertai Kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2015 merupakan amalan biasa.

Penolong setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata para pelayar terbabit perlu mematuhi syarat kejohanan yang diadakan di Langkawi bermula esok hingga 3 Jan.

“Secara amnya kalau ada wakil dari Israel, kita memang ada syarat macam itu dari kerajaan Malaysia yang perlu dipatuhi. Dulu pun sama juga, kita bagi tahu mereka syarat dan mereka marah.

“Sebelum ini ada wakil Israel pernah menyertai sesi Jawatankuasa Olimpik (IOC). Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) mesti teliti syarat yang diberikan oleh ISAF tetapi saya tidak pasti mengenai kejohanan ini,” kata bekas Setiausaha Kehormat MOM itu ketika dihubungi Bernama, Ahad.

ISAF kini dikenali sebagai World Sailing.

Sebelum ini beberapa insiden membabitkan individu atau pasukan berkaitan dengan Israel dan Yahudi iaitu pada 1997 pasukan kriket Israel menyertai pertandingan Piala Majlis Kriket…………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Haniza Bakal Dedah Nama Penderma Rm9.7Juta?

Projek Pintu Gerbang yang menelan belanja sekitar Rm9.8Juta di Selangor antara projek yang menjadi bukti bahawa skandal penggunaan duit rakyat sewenangnya digunakan oleh Azmin Ali?

Bayangkan dalam usaha Azmin Ali mengelak dari menjawab dan cuba mengalihkan isu ini tiba-tiba Haniza Talha, Adun PKR menyatakan ada individu yang menjadi pendermakepada projek tersebut dan yang melucukan adalah penderma meminta Kerajaan Selangor menggunakan duit rakyat dahulu dan akan digantikan kemudiannya.

Kenapa DAP membisu, biasanya parti inilah yang akan memekak apabila menyentuh soal integriti.

Dengan kehadiran DAP sebagai sekutu yang membentuk kerajaan Negeri selepas memenangi Pru13, banyak mempengaruhi keputusan Azmin dalam membelanjakan wang Selangor. PAS yang memegang majoriti kerusi di DUN pula hanya berdiam diri apabila Azmin menyatakan projek itu mendapat kelulusan Dewan Negeri.

Selepas Pakatan Rakyat menerajui Selangor, rumah rumah urut tumbuh dengan pesat di serata tempat tanpa di bendung. Malah rumah judi juga mendapat tempat yang agak baik di sana tanpa gusar penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan. Dikatakan sebahagian besar mereka dilindungi oleh ‘taiko taiko’ yang di upah oleh individu tertentu.

Benarkah ada khabar mengatakan terdapat individu dari kalangan Exco Selangor sendiri mempunyai rangkaian rumah pelacuran serta perjudian ‘halal’ tanpa sebarang sekatan.

Selain dari elaun yang di terima sebagai Adun, mereka juga mencari ‘duit tepi’ dengan menjadikan wanita sebagai bahan dagangan. Malah pusat pusat perlacuran di selindungkan dengan meletakkan papan tanda yang tidak di syaki bagi mengaburi aktiviti haram mereka.

Haniza Talha pastinya antara individu yang tahu akan kewujudan masalah sosial yang wujud dalam Selangor sejak PKR dan sekutu mengambil alih tampuk pemerintahan. Mungkin juga beliau ada perkongsian dalam kerja kerja haram tersebut dan mengenali siapa di balik tabir?

Tidak mustahil juga Haniza mengenali siapa individu yang di katakan sebagai penderma untuk membiayai kos Pintu Gerbang Selangor.

Penglibatan Kongsi Gelap dalam industri perlacuran dan perjudian Selangor ada benarnya.

Pelbagai lambang serta ‘kata aluan’ tertera pada papan tanda setiap premis kegiatan haram. Ini jelas dapat dilihat apabila terdapat lambang lambang yang berlainan di setiap premis. Azmin tahu tapi tidak mengambil apa apa tindakan?

Haniza juga tahu tapi enggan bersuara? PAS juga tahu tapi berdiam diri?

Adakah mereka di janjikan habuan untuk menutup mata dan mulut tentang hal ini. Atau mereka takutkan suara DAP yang bertindak seperti ‘GodFather’…………………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/