Najib Arah C-130 Bawa Pulang Mangsa Dari Thai.

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pesawat C-130 akan dihantar ke Thailand untuk membawa pulang jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas bas di sana.

“Saya telah mengarahkan pesawat C-130 kita dihantar ke Thailand untuk bawa pulang jenazah rakyat kita yang terkorban akibat kemalangan di Chiang Mai,” katanya menerusi catatan di laman Facebook.

Pada masa sama, beliau berkata pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok telah berada di daerah tempat kejadian bagi memberi sebarang bantuan termasuk kepada anggota keluarga mangsa.

“Saya berkongsi kesedihan anggota keluarga. Sekiranya ada anggota keluarga atau kenalan mangsa nahas di Malaysia yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Bilik Gerakan Kementerian Luar Negeri di talian 03-88874570,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

Fitnah Lagi….

Ini adalah kisah yang berlegar di media sosial pada masa sekarang. Pelbagai macam versi atau kisah yang tidak benar telah dikeluarkan atau ditulis oleh netizen berhubung isu pinjaman perumahan kakitangan awam ini. Ini adalah penjelasan sebenar akan kemelut tersebut.

Kerajaan tidak akan memberhentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam seperti yang dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen dalam talian baru-baru ini.

Laporan itu menyebut bahawa kerajaan akan berbuat demikian bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

“Kementerian kewangan amat kesal atas kenyataan tersebut yang disiarkan tanpa merujuk kepada Kementerian terlebih dahulu,” kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Malah, kerajaan akan menambah baik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam.

“Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara berkaitan pinjaman perumahan penjawat awam.

” LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada, katanya. Pinjaman Perumahan Penjawat Awam Tidak Dihentikan…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

DAP Lebih Zalim….

KUALA LUMPUR – Definasi zalim ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak tepat kerana ia dibuka untuk dibahas dan dipersetujui berdasarkan majoriti undi di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Itu bidasan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin dalam perbahasan di Dewan Negara di sini pada Selasa berhubung kenyataan Senator Siti Aishah Shaik Ismail yang mendakwa RUU MKN konon bersifat zalim.

“Definisi zalim saya hendak beritahu apabila ada seorang yang ada personaliti, ada kuasa tetapi kuasa yang ada telah disalahgunakan kepada rakyat di bawah jajahannya.

“Tidak pernah lagi dalam mana-mana sejarah, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), ahli parlimen BN, ahli Dewan Negara BN menangis minta pembelaan seperti berlaku kepada ADUN PKR Penanti.

“Menangis di dalam sesi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kerana sudah bertahun-tahun jadi ADUN Penanti ditipu parti sendiri,” kata Megat Zulkarnain sewaktu membahaskan RUU MKN…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Siapa Dalang Di Balik Fitnah Rafizi Keatas YaPIEM?

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia atau ringkasnya YaPIEM adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan pada 19 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee IIncorporation) Act 1952.

Bagi menggerakkan potensi serta meluaskan peranannya, YaPIEM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai 1984 oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.

Objektifnya ialah “Menangani persoalan masyarakat secara realsitik, bersepadu, strategik dan profesional melalui usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi, mengukuhkan tradisi keilmuan, memantapkan kebajikan dan membangunkan institusi Islam demi kepentingan pembangunan ummah secara umum di Malaysia”.

Namun kebelakangan ini, yayasan ini menjadi mangsa serangan persepsi jahat oleh pembangkang kerana melibatkan menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam dalam program yang dianjurkan oleh YaPEIM.

Serangan itu berterusan dan fitnah terbaharu adalah mengenai dakwaaan yayasan tersebut memiliki peralatan simulator golf di sebuah pusat latihan dikatakan berada di Mentari Business Park.

NOW sebuah NGO yang diterajui oleh seorang yang aktif dalam sebuah parti pembangkang ternyata berniat jahat apabila hanya menegaskan mengenai pernyataan misi utama YaPIEM yang kononnya hanya berteraskan amal jariah untuk membangunkan ekonomi ummah.

Ia seolah-olah hendak menceritakan bahawa YaPEIM mengkhianati………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Haramkan Vape Dan Rokok Elektronik- Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sepang – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia .

Beliau berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Katanya keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

“Dua kertas kerja turut dibentangkan malam semalam , dari sudut kesihatan dan…………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/fokus/vape

Hasan Tidak Mampu Kawal Ahli PAC?

Laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, yang sepatutnya dibentangkan oleh Jawatankuasa Kira Kira Negara (PAC) hanya akan siap pada Februari tahun depan.

Namun apa yang dikesalkan wakil pembangkang yang berada di dalam PAC menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang 1MDB. Tony Phua, masih tidak berubah dan cuba meraih perhatian rakyat kononnya beliau tahu apa yang berlaku di dalam 1MDB.

Adakah beliau sebagai jurucakap rasmi PAC dan bukan Pengerusi PAC Datuk Hasan Ariffin sendiri yang mengumumkan?

Pua tidak pernah diberi kebenaran untuk bercakap bagi pihak PAC selama ini dan kenyataan yang di buat oleh beliau kepada wartawan dilihat sebagai amat mengelirukan.

Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Liang Teck Meng yang juga salah seorang anggota PAC menyelar tindakan Pua yang membelakangkan Pengerusi PAC serta mengelirukan orang ramai tentang prosiding siasatan. Dua pemimpin pembangkang yang menganggotai PAC sebenarnya lebih gemar mempolitikkan serta menimbulkan prejudis terhadap ketelusan………………….

Baca Seterusnya Klik :http://www.bicara.news/category/pandangan/