Solar Terbesar Di Dunia Terletak Di Perlis

Penggunaan teknologi solar untuk menjana elektrik, yang bukan sahaja menjimatkan api serta mesra alam, kini turut dimanfaatkan dalam projek pertanian.

Setelah menjalankan kajian selama dua tahun, Cypark Resources Berhad (Cypark), syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar negara, berjaya membangunkan Taman Tenaga Solar yang merupakan tapak ladang Agri-Solar terbesar di dunia, bertempat di Kampung Wai, Kuala Perlis.

Menggunakan kaedah Pertanian Moden Berintegrasi Tenaga Solar (AIPV), ladang berkeluasan dua hektar dengan tanaman buah ‘rock melon’, pokok misai kucing, stevia, terung, petola, kacang bendi dan cili dibangunkan sejak awal tahun ini.

“Itulah apa yang kami cuba lakukan dan buktikan dengan menggabungkan penjanaan tenaga lestari dan pertanian moden rumah hijau di negara yang beriklim tropika (seperti Malaysia),” kata Pengurus Besar Cypark Achmat Nadhrain Ibrahim ketika ditemui pemberita yang menyertai Kembara Media Jabatan Penerangan ke Perlis baru-baru ini.

Dua dalam satu

Cypark, yang juga sebuah syarikat penjana dan pembekal elektrik kepada Tenaga Nasional (TNB), setakat ini mempunyai lima ladang solar termasuk di Perlis,……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/fokus/

Soo Winci, Siapa Dia?

Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa,
Tertarik hati saya nak komen mengenai isu satu artis bernama Soo Wincci pemenang miss world Malaysia 2008 yang mendesak Dato’ Seri Najib letak jawatan dalam salah satu portal berita pagi ini.
Sebagai salah seorang artis yg berpendidikan undang2 seharusnya beliau tahu negara ini adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Setiap 5tahun akan diadakan pilihanraya bagi menentukan kerajaan dan kepimpinan.
Sebagai seorang yang sepatutnya memahami sistem undang2 “Innocent Till Proven Guilty” tetapi beliau lebih suka menghukum dengan mengikuti emosi dan persepsi yang dimainkan oleh pihak2 yang berkepentingan.
Jangan salahkan Dato’ Seri Najib bila album pertama gagal mendapat sambutan, jangan terus salahkan Dato’ Seri Najib bila penaja menarik diri drpd menaja konsert beliau.
Tindakan beliau mengeluarkan video menuntut Dato’ Seri Najib letak jawatan ketika Bersih 4 yang menbuat penaja tidak mahu menaja kerana penaja tidak mahu terlibat dengan pengerak himpunan2 haram yang merosakan imej negara dimata dunia, seharusnya beliau harus tahu implikasi sebelum beliau………………
Baca Seterusnya Klik : http://armandpju.blogspot.my/

Perkasa Parti Politik?

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ditubuhkan pada 2010 sebagai sebuah NGO yang pada asasnya memperjuangkan nasib orang-orang Melayu di Malaysia. Impian mereka mudah, untuk menjadikan orang-orang Melayu kembali kuat dan kukuh serta bersatu padu disebalik terlalu banyak ancaman kepada perpecahan.

Namun, banyak perkara yang berlaku didalam PERKAS itu sendiri lebih cenderong kearah politik sehingaa ada diantara ahli PERKASA enggan lagi mendokong panji-panji yang dilaungkan oleh PERKASA.

images

Pada Perhimpunan Agung Tahunan ke 6 PERKASA di Kuala Lumpur semalam, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyelar ketidak hadiran wakil UMNO didalam Perhimpunan berkenaan kerana kononnya UMNO sedang sibuk dalam persediaan menyambut hari Krismas. Persoalannya, apa relevan PERKASA mendakwa demikian?

Menyoroti tindak tanduk PERKASA sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka sudah tidak lagi sealiran berada dalam satu landasan bersama-sama UMNO. Malah keterbukaan PERKAS yang jelas menyokong semua tindak tanduk dan dakwaan fitnah Tun Dr Mahathir dalam menyerang kepimpinan UMNO hari ini……….

Baca seterusnya Klik : http://www.pru14.tv/category/utama/

Gaduh Lagi Sebab Telefon.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah Kota Raya di sini, semalam.

Klip video pergaduhan itu, yang berdurasi dua minit dan 30 saat, telah dimuat naik dalam YouTube.

Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit, dan ada yang membalingkan kerusi ke dalam kedai berkenaan.

Klip itu turut menunjukkan seorang lelaki berkemeja biru, dipercayai jurujual, terbaring di lantai sambil menutup mukanya dengan tangan.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah……….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Di Tahan Kerana Hina Sultan.

Dua lelaki dipercayai menghina kesultanan Johor dan kerabatnya melalui media sosial ditahan di lokasi berasingan semalam, kata Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd,

Beliau berkata suspek pertama berumur 40 tahun ditahan di sebuah apartmen di Jalan Kolam Air, Off Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur manakala suspek kedua berumur 39 tahun ditahan di Triang, Pahang.

Katanya polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek pertama dan dua buah telefon bimbit daripada suspek kedua.

“Polis turut menjumpai gambar-gambar Sultan Johor (Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar) dan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang telah diguna pakai suspek kedua bagi memuat naik gambar dalam laman Facebook,” katanya…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

13 Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Chiang Mai.

Kuala Lumpur – Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera termasuk empat parah dalam satu kemalangan bas di Chiang Mai, utara Thailand pada Ahad.

Ketika dihubungi Bernama malam Ahad, Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin berkata dalam kejadian 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) itu, seramai 22 rakyat Malaysia berada di dalam bas berkenaan selain beberapa penumpang lain yang belum dikenal pasti kewarganegaraan mereka.

“Pihak kedutaan sedang menunggu pengesahan mengenai pengecaman mayat rakyat Malaysia terbabit sebelum menghubungi waris mangsa di Malaysia.

“Berdasarkan sumber yang saya peroleh, rakyat Malaysia terbabit………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/nahas thai