3000 Kad Touch n Go Percuma

KUALA LUMPUR – Syarikat konsesi lebuh raya Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) dan Grand Sepadu (NK) Sdn. Bhd. (Grand Sepadu) akan mengedarkan sebanyak 3,000 kad Touch ‘n Go secara percuma kepada orang ramai bersempena sambutan Krismas tahun ini.

Taliworks Corporation Berhad (Taliworks Corporation) dalam satu kenyataan berkata, Grand Saga selaku anak syarikatnya akan mengedarkan sebanyak 2,000 keping kad Touch ‘n Go bernilai keseluruhan RM28,000.

“Pengagihan ini selari dengan sasaran tol tanpa tunai yang dijadualkan dilaksanakan di Lebuhraya Cheras- Kajang pada 13 Januari 2016, dengan sasaran 100…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/

Nga Kor Ming Konsisten Hina Islam.

Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro Barisan Nasional hari ini membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang didakwa memuat naik gambar menghina pakaian wanita Islam berniqab dalam laman media sosial Facebook.

Presiden pakatan itu, Zulkarnain Mahdar berkata gambar yang dimuat naik pada 13 Disember lepas turut disertakan lukisan kartun yang didakwanya seolah-olah melambangkan ketakutan seseorang apabila melihat wanita berpakaian mengikut syariat Islam itu.

Zulkarnian mendakwa, perbuatan itu jelas memperlihatkan provokasi melampau terhadap wanita bertudung selain cuba menggambarkan golongan itu terlibat dengan aktiviti keganasan.

“Perbuatan dia (Nga Kor Ming) boleh mencetuskan persengketaan antara agama. Adakah dia mahu kami membalas balik perbuatannya?”, katanya kepada………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/fokus/

DAP Dan Politik Kotor Seiring – Adenan.

Kenyataan Penasihat DAP, LimKit Siang bahawa Sarawak meragui kepimpinan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah satu kenyataan dangkal untuk pemimpin veteran sepertinya.

Malaysiakini seperti lazimnya akan membuat spekulasi berlebihan untuk mendatangkan keraguan terhadap kerajaan dalam usaha menjatuhkan kredibiliti Najib.

Ketua Menteri Sarawak berkata “selagi Najib belum di buktikan bersalah BN Sarawak akan memberi sokongan dan taat setia kepadanya selaku Pengerusi BN Pusat dan Perdana Menteri”.

DAP di lihat cuba mengaitkan isu 1MDB sebagai satu faktor mengapa Sarawak perlu menarik balik sokongan terhadap Najib selaku Perdana Menteri, namun hakikat sebenar Kit Siang sebenarnya mahu menekan kerajaan agar tidak membenarkan Umno untuk masuk ke kancah politik negeri tersebut.

Secara terbuka Umno telah lama umumkan tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak. Faktor budaya politik yang agak berbeza menjadi penyebab untuk tidak berada di Bumi………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/pandangan/

PROTON Tenat, Tun M Alih Perhatian.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,

Asalamualaikum wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.

YABhg Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Tun menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib. Sudah tentu, topik 1MDB merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.

Tetapi disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.

Kami tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai ‘contra’ bayaran…………………………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/kolumnis/

Rampasan 6,924 ‘Flava’

Johor Bharu – Sebanyak 6,924 botol cecair berperisa untuk rokok elektronik atau vape dipercayai mengandungi nikotin dirampas dalam operasi bersepadu di tiga lokasi berasingan di sini, Selasa.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata turut dirampas dalam operasi yang bermula pada 4 petang itu adalah 190 unit aksesori vape bernilai RM380,385.

Katanya empat lelaki berusia antara 23 hingga 70 tahun ditahan dalam serbuan yang dilakukan di tiga premis iaitu dua di Taman Century dan satu di Larkin.

“Empat lelaki yang ditahan merupakan pemilik serta penjaga premis dan kesemuanya dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

“Serbuan dijalankan selepas tiga premis terbabit didapati melanggar……….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/dari-lensa/

Perpaduan UMNO dan PAS Jadi Kenyataan.

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang julung kali diadakan di ibunegara diharap dapat merintis jalan ke arah penyatuan dua parti Islam terbesar, iaitu PAS dan Umno.

Harapan ini dinyatakan Pengerusi Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia, Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, sesuai dengan seminar berkenan yang akan membincangkan perbezaan pendapat dan ideologi politik yang sedang melingkari masyarakat Islam di negara ini.

Kesempatan itu, katanya boleh membuka jalan kepada perpaduan antara kedua-dua parti berkenaan.

“Dalam konteks (tema:Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi) ini, sebenarnya kita fokuskan kepada fahaman politik, kerana kita ambil kira, sebahagian besar umat Islam di negara ini cenderung kepada dua dua parti politik Islam terbesar (PAS dan Umno).

“Salah satu tujuan pertemuan ini adalah untuk mendekatkan, nak menanamkan semangat perbincangan dialog… dan mungkin apa yang berlaku ini dapat mempengaruhi masyarakat Islam di negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Forum tiga hari bermula Rabu anjuran Rabitah Alumni Al-Azhar Malaysia dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak petang ini dan dijangka dihadiri 900 peserta dari dalam dan luar negara.

Selain itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijadualkan menyampaikan ucaptama beliau selepas Najib merasmikan seminar berkenaan.

Najib, sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya sebagai presiden Umno di perhimpunan agung parti itu 10 Disember lepas, telah menghulurkan “tali silaturahim……………………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/