ADINDA Lahir Pelapis Baru.

ADINDA yang dilancarkan secara rasmi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pada 8 Disember lalu sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan mula mengorak langkah merealisasikan impian membimbing anak muda.

Puteri UMNO mengambil pendekatan proaktif dengan melancarkan ADINDA, bertujuan menjadi penghubung dalam segala segi. ADINDA bukan sahaja akan menjadi wadah pendidikan, ruang ekspresi dan membina kesedaran politik yang sihat, malah juga menjadi penghubung antara Puteri dan wanita muda.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yakin pendekatan itu itu bukan saja mampu mengisi kekosongan dalam minda anak muda, tetapi juga mampu membantu mencapai sasaran mendaftarkan 500,000 ahli Puteri menjelang tahun 2017.

Bagi tenaga penggerak program ADINDA, Yom Nurul Akma Abd Lahsan, berkata idea mewujudkan ADINDA itu sebenarnya berpunca daripada maklum balas anak muda di peringkat bawahan yang sudah bosan mendengar rintihan, rungutan orang muda mengenai sistem pentadbiran kerajaan dan isu semasa.

“Perkara seperti ini perlu diselesaikan kerana ketika kita sedang menjayakan agenda menuju negara maju, kita masih berbalah dengan isu kecil.

“Kami fikir, adakah susah nak tukar corak pemikiran orang yang sudah berada dalam kerajaan. Kami adalah Gen Y, sudah pasti kami dalam situasi………..

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/