Najib Luar Biasa- Salleh Said Keruak

Jika kita kembali pada tahun 1987, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘berseteru’ dalam pertembungan pemilihan UMNO pada tahun tersebut dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam, pada masa itu dikenali sebagai ‘Team B’.  Najib Tun Razak, bagaimanapun, enggan menyertai perseteruan itu kerana merasakan ia amat tidak baik untuk Umno dan hanya boleh menyebabkan perpecahan merosakkan parti.

Walau bagaimanapun, oleh kerana menjunjung tradisi kesetiaan kepada presiden parti dan paling penting demi kepentingan parti secara langsung, Najib menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir dan pemerhati politik telah menulis ia juga menyumbang kepada kemenangan ‘Team A’ dengan perbezaan majoriti yang tipis.

Permasalahannya ialah individu kadang-kadang membuat kesilapan dengan memikirkan bahawa apabila seseorang itu lebih memilih untuk berdiplomasi dan menyukai alternatif solusi yang aman bagi menyelesaikan perbezaan bermakna individu tersebut tidak mempunyai keberanian. Mereka sebenarnya gagal melihat dari sudut yang positif, iaitu individu yang berkenaan itu seorang yang budiman.

Walaupun Najib telah menunjukkan bahawa dia boleh melawan jika perlu, beliau juga telah menonjolkan sifat dia lebih suka untuk tidak memerangi jika………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/semasa/