Kedah Hantar Gadis Pom Pom?

Bekas Perdana Menteri Tun Mahthir mohammad di jangka akan menghadiri Pesidangan Agung Umno 2015 sebagai jemputan khas. Bagaimanapun kehadiran Mahathir di jangka hanya untuk menjatuhkan kredibiliti Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. Selepas menyerang Najib dalam siri ceramah di Kelab Sultan Sulaiman, Mahathir akan cuba membuat provokasi semasa ucapan penggulungan Presiden.

Menurut sumber, cubaan oleh bekas PM itu akan mendapat bantuan dari Menteri Besar Kedah, Dato Mukhriz Mahathir. Dikhabarkan Mukhriz akan menyediakan satu pasukan untuk bersorak bila Mahathir bangun dari kerusi dan meninggalkan majlis ketika Najib sedang berucap.

Mukhriz di katakan menyediakan pasukan sorak untuk memeriahkan ketibaan Maha……………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/pandangan/

Muhyiddin Wajar Di Kenakan Tindakan : Ketua Bahagian

Majlis Tertinggi (MT) Umno perlu segera mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya di satu majlis di Kelab Sultan Sulaiman yang dilihat melampauibatasan dan melanggar perlembagaan parti.

Demikian pandangan beberapa pemimpin yang berpendapat tindakan Muhyiddin selaku timbalan presiden Umno berkongsi masalah dalaman parti secara terbuka boleh mengelirukan anggota, sekali gus melemahkan parti.

Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar berkata cadangan supaya Muhyiddin dikenakan tindakan disiplin itu tepat ekoran ucapannya yang dianggap ‘mencabar’ sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata bekas timbalan perdana menteri itu seolah-olah sengaja mengabaikan segala ruang dan peluang untuk bersuara seperti platform MT, sebaliknya terus menyuarakan isu-isu itu di khalayak ramai.

“Dia masih timbalan presiden parti yang sah, masih berada dalam MT, banyak saluran yang boleh digunakan… dan kebanyakan isu yang dia bangkitkan (mengenai pentadbiran negara) terjadi semasa beliau masih dalam Kabinet, tapi tak bersuara pun.

“Tindak-tanduk (Muhyiddin) kebelakangan ini agak mencabar…………

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

PAU 2015: Taklimat Khas Isu Dan Politik,1MDB,Ekonomi Oleh PM.

KUALA LUMPUR : Isu dana RM2.6 bilion, masalah dihadapi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta cabaran ekonomi semasa adalah tiga perkara utama yang disentuh Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan amanat kepada perwakilan UMNO di Dewan Merdeka, malam ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata setiap perkara itu diperjelas berserta fakta oleh Perdana Menteri.

Berhubung cabaran ekonomi, Zahid berkata Presiden UMNO itu memperbetulkan fakta yang sudah diseleweng menerusi serangan daripada pelbagai pihak yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara miskin dan rakyat menjadi pengemis.

Katanya, Najib turut menjelaskan bahawa pelan rasionalisasi 1MDB bagi mengurangkan bebanan hutang syarikat itu kini berjalan dengan baik.

“Najib turut menyentuh berkenaan keputusan 1MDB menjual aset tenaganya, Edra Global Energy Berhad kepada syarikat asing dengan menyatakan bahawanya ia bagi mengelakkan timbul soal ‘bail out’ kepada kerajaan jika TNB diberi………….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/

Gerakan Anti Kerajaan, Umno Wajar Perangi: PAU2015

Wanita sedar wujud gerakan dan komplot yang ingin menjatuhkan kerajaan, termasuklah melalui campur tangan orang asing, kata Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya, kerajaan perlu menentang sekeras-kerasnya gerakan atau komplot itu tanpa mengambil kira mereka dari kumpulan mana atau parti apa.

“Tugas ini tidak mudah. Ada kalanya keputusan yang tidak popular perlu dibuat demi menyelamatkan negara.

“Ketika ini, pengorbanan perlu dilakukan demi memastikan rakyat terus dapat menikmati kehidupan yang aman dan damai,” kata Shahrizat dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Wanita Umno 2015.

Shahrizat juga berkata, keganasan tidak mengenal agama dan ia menjadi ancaman kepada semua, seolah-olah ia mengekori manusia di mana saja.

Katanya, keganasan itu semakin mengejutkan……….

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/category/politik/